Wednesday, November 27, 2013

Oh aleesya ariani...lagi sekali..

Bunyi macam poyo jer..hihihihi. .Tapi itulah hakikat.Bukan nak kempen ariani pun..Tapi itulah kenyataannye..Hati ku terpaut dengan aleesya sejak dua menjak ni..sebenarnye sebelum ni tak pandai nak pakai tudung yang macam shawl tu..tapi sejak ada aleesya,  rasa senang sangat ..dia terbentuk elok..macam cantik jer, macam comel jer..hihihihi. .parah , parah. Bukti nya...hari galeri ariani dah start sales






Antara koleksi yang Sempat disambar ...hasil tangkapan ku hari ini.Sempat le sambar 4 helai kaler ni..hijau..biru torquise ..merah hati dan merah bata..waktu dah settle semua urusan pembelian..merayau rayau jap kat kinta city AEON..dan lagi jengah butik fyi. .semua blouse new arrival chantek chantek blaka..hohohoho...parah dah ni...



Sambil nak menggayakan tudung
...


 Cantek cantek sgt kalernya...



Model ariani...saja jer nak tunjuk kaler dia ni..cantik hijau nih.



Sunday, November 24, 2013

Snowy cheese cake




Snowy cheese cake. Seindah namanya..selembut teksturnya dan selazat leleh meleleh. ..cheese nya..Ya Ampun...Kek nya sangat gebu dan mulus...indulge in your mouth. .che tie buat untuk tetamu yang dah lama tak jumpa.. Dia datang untuk berkunjung dan membawa baby Iman yang berusia 5 bulan...so ,this is special made for you kak cik..




Sewaktu  ia Sedang dibakar..gebu....


Setelah di sapu cream cheese dan diparut Cheddar cheese..so yummy and fluffy..meleleh..jom kita semak resepi

Bahan -bahan ;

150 gm tepung superfine
150 gm gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovalette
80 ml air
80 ml mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik
Perisa vanilla

Bahan krim;

250 gm cream cheese
1 cawan susu pekat manis

-putar kedua dua bahan ini sehingga sebati
Toping
Cheddar cheese parut


Cara cara( kek sponge)
1) masukkan semua bahan kecuali butter cair dan putar hingga gebu dan kembang.gunakan high speed.
2) perlahankan kelajuan dan masukkan mentega cair.Tutup mixer.dan kacau secara perlahan dengan spatula.
3) masukkan dalam acuan 8 'didalam preheated oven selama 45 minit - 1 jam suhu 150 °.
4) bila sudah masak, sejukkan dan potong kek kepada 2 bahagian.
5) sapukan cream cheese di lapisan tengah dan lapisan atas.
6 ) ratakan ke seluruh bahagian kek..dan parut cheese cheddar di atasnya.

Aleesya ariani punya cerita

Bunyi macam poyo je kan? Hahhahah..Tapi itu lah kenyataan.Tak kenal maka tak cinta.Srjak berkenalan dengan aleesya ariani nih, rasa hati terus terpikat..Penampilan pun boleh berubah kepada more gorgeous. ..hahhaha..lawak betul la..Memang terbaek la aleesya ariani ni..Senang pakai dan terletak elok jer..Tak sabar sabar nak tambah koleksi.Parah la aku ni..Sebenarnya dah bertahun pakai ariani..tapi biasa pakai yang biasa biasa je lah..sbb tak pandai nak pakai tang berbentuk shawl ni..tapi sekali cuba terus jatuh hati..
Ini buktinya..jeng, jeng, jeng.. mood meroyan..




Dengan farah fauzana fafau lagi....hhihihihi. .glamer you! !!..wink wink!

Jadi juri ala ala master chef la pulok. ...




With my daughter...peace...





koleksi ariani kat kedai...gorgeous kan kalerr...rasa cam nak beli semua..kalau aku kaya..hari hari hari raya...mak oiii!


Sewaktu temankan suami utk satu event di klcc baru baru ini...how do I look? Kihkihkih