Selamat pagi dan salam untuk semua..sekarang ni kita digegarkan dengan berita banjir di Kuantan, pahang yang amat memberi kesan terhadap penduduknya..Begitu juga dengan Kelantan dan Terengganu..juga mengalami nasib yang sama. Cuma kali ni .Kuantan yang begitu tetuk sekali. Semoga penduduk di sana sabar dan tabah menghadapinya..Ujian Allah dalam pelbagai bentuk. .bak kata ustaz..itu baru Allah hantar tentera air..blm lagi tentera Api.. semoga kita sama sama berdoa untuk kesejahteraan rakyat di negeri neheri pantai Timur. . In sha Allah. .
Dah banyak hari teringin nak masak nasi minyak untuk sarapan pagi untuk anak anak dan suami..Ada aje aral nya walaupun bangun awal setiap pagi..Alhamdulillah pagi tadi tercipta realisasi...Kalau kat bandar Jerteh..ada satu restoran Zalina ..nasi minyak dan nasi kerabu dia sgt sedap..dan terkenal di kalangan penduduk sekitarnya..sekarang nama restoran dah pun ditukar.. tapi chetie tak ingat apa namanya..tapi restoran zalina memang sinonim dengan sarapan pagi yang enak..
Jom ..kita masak nasi minyak yang senang ni..sedap dimakan bersama dengan gulai ayam dan acar mentah atau jelatah..
Nasi minyak dengan gulai ayam dan acar timun..a complete set..
Nasi minyak ..kaler kuning ..nampak sgt menyelerakan gitu...hihihihihi
Acar timun atau jelatah.. rangup disamping menghilangkan rasa muak gulai atau nasi
Bahan - bahan nasi
500 gram beras basmathi ( basmathi moghul faiza)
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu besar minyak sapi ( chetie guna planta)
Sedikit minyak masak
Pewarna kuning telur
2 inci halia - dihiris
2 ulas bawang merah - dimayang
Sedikit garam
Cara - cara membuatnya:
1) panaskan minyak dan minyak sapi.
2) tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga harum
3) masukkan halia, bawang merah dan daun pandan
4) masukkan beras dan susu cair
5) tambahkan air secukupnya dan sedikit garam. Tambahkan juga pewarna kuning.
6) masak nasi hingga masak..
7) apabila nasi sudah masak, kacau dengan garfu.
Gulai ayam
Bahan - bahan
5 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
1 Iinci halia
1 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar biji
Kisar bahan bahan diatas
1 ekor ayam - dipotong 16
Bahan tumis
1 kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit kerisik
Santan secukupnya
Rempah kari
Cara membuatnya:
1) tumis rempah tumis hingga harum
2 ) masukkan bahan kisar .Tumis hingga harum
3 ) masukkan rempah kari ayam
4) biar hingga semua bahan nampak pecah minyak.
5 ) masukkan ayam , gula , air asam jawa dan sedikit garam
6) biarkan api sederhana dan tutup periuk hingga air ayam kering.
7) buka tutup periuk dan masukkan santan
8 ) kacau perlahan lahan hingga santan mendidih..
9) masukkan perisa gula dan garam secukup rasa
Gulai ayam..che tie namakan dia sebagai gulai darat..sebab rempah kari dia specially brought from kelate with love♥♥♥