Friday, January 15, 2010

Spagheti


Sos spagheti

Alahai.. rasanya baru sekejap dok kat Bagan Datoh . Dah hubby kena pindah ke Pahang pulak.. Pastu petang semalam ada kawan datang minta pokok bunga. Takut tak sempat . Baik cepat ambil sebelum che tie keluar dari rumah ni..So, che tie pun dok fikir nak jamu apa kat depa ni.. Pastu baru teringat ada lagi sebungkus spagheti kat dalam kabinet.


Apa lagi mula le start projek. Dah le waktu balik rumah tadi terkejut, packers dah start pack barang..Lagi le rasa macam sedih sangat nak keluar dari rumah yang serba - serbinya lengkap ni.







Bahan - bahannya:
1/2 bungkus spagheti - direbus sehingga lembut ( sila rujuk pada bungkusan)
Bahan sos
2 biji bawang besar kuning - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - di ketuk dan racik halus
2 biji tomato- dipotong dadu
7 biji cendawan butang
sedikit oregano
1 tin kecil puri tomato/1/2 botol sos spagheti
2 sudu besar sos cili
300 gram daging kisar ( boleh ditambah ikut citarasa)
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1) Rebus spageti sehingga lembut ( masukkan sedikit garam dan minyak masak dalam air rebusan) - angkat dan tos
2) Tumis bawang putih , bawang besar kuning.
3) masukkan daging . Biarkan daging empuk.
4) masukkan tomato segar , tomato puri dan sos cili. Taburkan sedikit oregano
5) Tambahkan 1 cawan air
6) masukkan cendawan butang yang telah dibelah 4
7)masukkan garam dan gula secukup rasa
8)Hidangkan dengan spagheti yang telah direbus

Thursday, January 14, 2010

Kek "Carrot" dan Epal







hmm.. Che tie betul - betul sibuk . Maklum lah sekolah baru buka.. Sibuk dengan pelbagai hal. sampaikan tak sempat langsung nak update blog..Hari tu ada special ocassion utk suami. Rasa macam boring dah buat kek coklat selalu. Cuba buat resepi lain pulak. Kek 'carrot" dan epal hijau dengan cream cheese frosting. Suami Che tie cakap .. Sedap.. Resepinya pun senang

Ini lah hasilnya.. che tie tak pandai sangat bab menghias kek ni. Lepas ni kena pergi kelas le.
Bahan - bahannya:
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk kayu manis ( Che Tie guma rempah kuih lapis)
3/4 cawan gula perang
1/2 cawan gula kastor
4 biji telur
300 gram lobak merah - diparut
150 gram epal hijau - diparut
1 cawan minyak jagung
100 gram mentega - dicairkan
15 gram badam cincang ( pilihan sekiranya suka)
Cara membuatnya:
1) ayak tepung,soda bikarbonat,serbuk penaik, garam dan serbuk kayu manis
2) Satukan bahan - bahan lain
3) masukkan tepung yang telah diayak
4)Pukul pada kelajuan rendah selama 1 minit. dan tukar tahap kelajuan sederhana selama 2 minit.
5) Masukkan kedalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak dan gris dengan sedikit marjerin
6) Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan . Masa nya lebih kurang 45 minit - 1 jam


Cream cheese frosting
250 gram cream cheese
4 sudu besar mentega
1 sudu teh jus lemon
1/2 cawan gula aising
- putar hingga kembang
-hiaskan pada kek setelah kek benar - benar sejuk



Saturday, January 2, 2010

Laksam



Laksam yang telah siap digulung
Laksam.. makanan sarapan pagi terkenal di negeri pantai timur..
lupa pulak Che Tie nak ucap SElamat Tahun Baru utk semua..Semoga tahun baru ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik utk kita semua.
Laksam
bahan
1/2 kilogram tepung beras
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh garam
4 gelas air ( sekiranya agak pekat tambah lagi )
- campurkan semua bahan diatas
- lensakan tudung periuk dgn sedikit minyak masak
-letakkan tudung periuk dalam periuk kukusan ( tudung periuk bulat)
- tuangkan sesenduk bancuhan tepung tadi kedalam tudung periuk
- kukus sehingga masak ( lebih kurang 4 minit )
- angkat tudung periuk dari periuk kukusan
- gulung dgn menggunakan sudu
- ulang proses di atas sehingga bancuhan tepung habis.
Bahan kuah:
1/2 kilogram ikan kembung - direbus dan diambil isinya dan dikisar halus
1 biji kelapa - diambil 1 liter santan (ikut citarasa - blh pekat atau cair)
1 sudu kecil lada hitam
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 keping asam keping
gula dan garam secukup rasa
- kisar bawang merah, bawang putih dan lada hitam
- satukan semua bahan didalm periuk dan masak hingga mendidih
-hidangkan dgn ulam seperti timun, taugeh, kacang panjang dan air cili.