hmmmm.. This is the first time I want to share my secret moist chocolate recipe.. hihihi.. Ok..Chetie dapat resepi ni dari seorang kawan sewaktu zaman matrikulasi dulu.. Kiranya dah hampir 16 tahun telah berlalu.. Tapi resepi ni tetap mendapat sambutan hangat bila chetie buat...Senang dan simple.. Kadang tu malas jugak kalau banyak sangat bahan pelik pelik yang nak kena cari ye.. Nak nak bagi orang yang tinggal dikawasan pedalaman.. agak susah la nak dapatkan bahan - bahan yang pelik di kawasan luar bandar..Tapi kalau kat bandar, seronok je bila nak buat kek atau kuih.. macam macam ada.. naik rambang biji mata...
hmmmmm.. look very tempting? Perasan la pulak.. Tapi apa yang che tie nak bagitahu, kek ni memang best.. Tq utk kak fiza waktu matrikulasi dulu yang sanggup share this lovely recipe...A million of thanks!!!
Bahan - bahan :
250 gm mentega
1 1/2 cawan gula kastor
5 biji telur gred A
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar ovalette
sesudu kecil esen vanila
choc paste
1 cawan serbuk koko van houten
1/2 cawan gula
1 cawan air masak/ susu segar / whipping cream
- satukan bahan coklat ni dan letakkan di tepi
Bahan toping:
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
secubit garam
3 sudu besar minyak jagung
Cara membuatnya :
1. Panaskan oven pada suhu 180 ' selama 10 minit
2. Alaskan loyang dgn kertas minyak dan sapukan dengan marjerin atau lebihan mentega pada pembalut tadi
3. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan ringan
4. Masukkan telur satu persatu sehingga habis.. Masukkan juga esen vanilla
5. Apabila sebati , masukkan pula tepung yang telah diayak berselang seli dengan coklat paste sehingga habis
6. Masukkan ovalette dan kacau hingga sebati
7. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar sehingga masak. (80 minit)
Cara buat toping:
1. panaskan air dalam periuk
2. dalam mahgkuk lain, satukan bahan toping..
3. tutup api ..dan masukkan bekas toping kedalam periuk.. Kacau perlahan - lahan hingga adunan toping sebati
4. Tuang atas keatas kek sewaktu kek masih panas.
5. Hiaskan mengikut kreativiti sendiri.