Thursday, December 5, 2013

Nasi minyak ...menu popular sarapan pagi


  Selamat pagi dan salam untuk semua..sekarang ni kita digegarkan dengan berita banjir di Kuantan, pahang yang amat memberi kesan terhadap penduduknya..Begitu juga dengan Kelantan dan Terengganu..juga mengalami nasib yang sama. Cuma kali ni .Kuantan yang begitu tetuk sekali. Semoga penduduk di sana sabar dan tabah menghadapinya..Ujian Allah dalam pelbagai bentuk. .bak kata ustaz..itu baru Allah hantar tentera air..blm lagi tentera Api.. semoga kita sama sama berdoa untuk kesejahteraan  rakyat di negeri neheri pantai Timur. . In sha Allah. .

Dah banyak hari teringin nak masak nasi minyak untuk sarapan pagi untuk anak anak dan suami..Ada aje aral nya walaupun bangun awal setiap pagi..Alhamdulillah pagi tadi tercipta   realisasi...Kalau kat bandar Jerteh..ada satu restoran Zalina ..nasi minyak dan nasi kerabu dia sgt sedap..dan terkenal di kalangan penduduk sekitarnya..sekarang nama restoran dah pun ditukar.. tapi chetie tak ingat apa namanya..tapi restoran zalina memang sinonim dengan sarapan pagi yang enak..

Jom ..kita masak nasi minyak yang senang ni..sedap dimakan bersama dengan gulai ayam dan acar mentah atau jelatah..




Nasi minyak dengan gulai ayam dan acar timun..a complete set..




Nasi minyak ..kaler kuning ..nampak sgt menyelerakan gitu...hihihihihi




Acar timun atau jelatah.. rangup disamping menghilangkan rasa muak gulai atau nasi


Bahan - bahan  nasi

500 gram beras basmathi ( basmathi moghul faiza)
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu besar minyak sapi ( chetie guna planta)
Sedikit minyak masak
Pewarna kuning telur
2 inci halia - dihiris
2 ulas bawang merah - dimayang
Sedikit garam

Cara - cara membuatnya:

1) panaskan minyak dan minyak sapi.
2) tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga harum
3) masukkan halia, bawang merah dan daun pandan
4) masukkan beras dan susu cair
5) tambahkan air secukupnya dan sedikit garam. Tambahkan juga pewarna kuning.
6) masak nasi hingga masak..
7) apabila nasi sudah masak, kacau dengan garfu.


Gulai ayam

 Bahan - bahan

5 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
1 Iinci halia
1 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar biji
Kisar bahan bahan diatas

1 ekor ayam - dipotong 16

Bahan tumis
1 kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Gula dan garam secukup rasa
Sedikit kerisik
Santan secukupnya
Rempah kari

Cara membuatnya:

1) tumis rempah tumis hingga harum
2 ) masukkan bahan kisar .Tumis hingga harum
3 ) masukkan rempah kari ayam
4) biar hingga semua bahan nampak pecah minyak.
5 ) masukkan ayam , gula , air asam jawa dan sedikit garam
6) biarkan api sederhana dan tutup periuk  hingga air ayam kering.
7) buka tutup periuk dan masukkan santan
8 ) kacau perlahan lahan hingga santan mendidih..
9) masukkan perisa gula dan garam secukup rasa





Gulai ayam..che tie namakan dia sebagai gulai darat..sebab rempah kari dia specially brought from kelate with love♥♥♥

Tuesday, December 3, 2013

Koleksi koleksi pinggan mangkuk kesayangan. .

Dah nama pun perempuan...mesti minat buat koleksi pinggan mangkuk..bukan niat nak show off..tapi sbb chetie pun suka baca dan lihat koleksi orang lain..macam blogger kak ida 1001 rasa..macam macam koleksi dia ada...I love it....tapi sekadar nak berkongsi dengan peminat peminat vantage dan lain lain jenama pinggan mangkuk diluar sana.. vantage..dulu takut nak beli sebab diperbuat daripada porcelain. .mudah sumbing..ada juga beli yang koleksi lama lama dulu..tapi sayang nak guna sbb takut sumbing..pinggan belasahan untuk digunakan hari hari wajib guna corelle. ..sebab faktor tahan lasak ...namun corak bunga bunga vantage tidak mampu dilihat begitu saja...sekarang ni..timbul pulak koleksi windsor, yang juga tahan lasak macam corelle..dengan bunga yang makin menawan...hohohoho...tak mampu tengok saja...inilah yang menjadi koleksi kesayangan chetie...portmeirion pulak  dalam perjalanan ke malaysia ..akan tiba tak lama lagi..mode..tahan nafas...nak buat macam mana..dah jadi hobi...ada juga orang kata membazir...tapi for me tak membazir ..sebab bukan buang pun..malah boleh dikekalkan turun temurun..hingga ke anak cucu...malah boleh jadi aset...




Biarlah gambar berbicara...hahhahahah...macam cantik jer...yang ni nama dia strawberry ...koleksi yang cukup disayangi...bunga bunga dia sgt cantik..dan warna nya pun terang dan menyerlah...bercinta  jugak waktu nak beli set ni...hahhahahaha



Yang ni satu satunya set arcopal atau luminarc...suka dengan bentuk dia yang tembam..chetie pun beli Lah..bunga bunga kecil...




Yang ni pulak cake tier 2 tingkat jer..sangat suka dengan bunga atau corak yang ni...




Candy bowl...atau apa ntah namanye..kawan kat jerteh Terengganu yang selalu belikan chetie barang barang vantage..ada jer sale kat k.bharu...kami pakat pakat tambah koleksi. .ada 2 biji jer setakat nih..





Yang ni pulak.. royal albert london... seorang teman..Dr. Rashidah Mamat yang duduk kat U.K tolong beli  waktu christmas sale di sana hujung tahun lepas..dan lepas tu dia pos ke Malaysia..Tq dr shidah...nak beli kat sogo..rasa cam nak pengsan...hIhihihi






Ini pulak bekas kuih set 6 biji..time raya je guna...isi biskut raya..berbaloi..besar dia punya balang nih...buleh isi dalam 70 pieces biskut raya.




Nampak sedap minum. Nescafe dalam cawan nih....hahhahaha..meroyan ke apa nih!!





Ni pulak koleksi vantage windsor cherry  blossom...seindah bunga cheery..sweet soft pink gitu...tahan lasak sbb dari koleksi windsor.. so sweet...




Juga dari koleksi windsor..cherry blossom..




Mangkuk hidang 3 biji...dah lama dah beli..more than 8 years rasanya....


Ini koleksi klasik vantage..bunga yang evergreen  sentiasa mendapat tempat dihati peminat koleksi vantage...tak ingat dah nama dia...ini koleksi yang pertama dibeli dolu dolu...ini lah koleksi pertama yang menjadi pencetus untuk buat koleksi yang seterusnya...

Wednesday, November 27, 2013

Oh aleesya ariani...lagi sekali..

Bunyi macam poyo jer..hihihihi. .Tapi itulah hakikat.Bukan nak kempen ariani pun..Tapi itulah kenyataannye..Hati ku terpaut dengan aleesya sejak dua menjak ni..sebenarnye sebelum ni tak pandai nak pakai tudung yang macam shawl tu..tapi sejak ada aleesya,  rasa senang sangat ..dia terbentuk elok..macam cantik jer, macam comel jer..hihihihi. .parah , parah. Bukti nya...hari galeri ariani dah start sales






Antara koleksi yang Sempat disambar ...hasil tangkapan ku hari ini.Sempat le sambar 4 helai kaler ni..hijau..biru torquise ..merah hati dan merah bata..waktu dah settle semua urusan pembelian..merayau rayau jap kat kinta city AEON..dan lagi jengah butik fyi. .semua blouse new arrival chantek chantek blaka..hohohoho...parah dah ni...



Sambil nak menggayakan tudung
...


 Cantek cantek sgt kalernya...



Model ariani...saja jer nak tunjuk kaler dia ni..cantik hijau nih.



Sunday, November 24, 2013

Snowy cheese cake




Snowy cheese cake. Seindah namanya..selembut teksturnya dan selazat leleh meleleh. ..cheese nya..Ya Ampun...Kek nya sangat gebu dan mulus...indulge in your mouth. .che tie buat untuk tetamu yang dah lama tak jumpa.. Dia datang untuk berkunjung dan membawa baby Iman yang berusia 5 bulan...so ,this is special made for you kak cik..




Sewaktu  ia Sedang dibakar..gebu....


Setelah di sapu cream cheese dan diparut Cheddar cheese..so yummy and fluffy..meleleh..jom kita semak resepi

Bahan -bahan ;

150 gm tepung superfine
150 gm gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovalette
80 ml air
80 ml mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik
Perisa vanilla

Bahan krim;

250 gm cream cheese
1 cawan susu pekat manis

-putar kedua dua bahan ini sehingga sebati
Toping
Cheddar cheese parut


Cara cara( kek sponge)
1) masukkan semua bahan kecuali butter cair dan putar hingga gebu dan kembang.gunakan high speed.
2) perlahankan kelajuan dan masukkan mentega cair.Tutup mixer.dan kacau secara perlahan dengan spatula.
3) masukkan dalam acuan 8 'didalam preheated oven selama 45 minit - 1 jam suhu 150 °.
4) bila sudah masak, sejukkan dan potong kek kepada 2 bahagian.
5) sapukan cream cheese di lapisan tengah dan lapisan atas.
6 ) ratakan ke seluruh bahagian kek..dan parut cheese cheddar di atasnya.

Aleesya ariani punya cerita

Bunyi macam poyo je kan? Hahhahah..Tapi itu lah kenyataan.Tak kenal maka tak cinta.Srjak berkenalan dengan aleesya ariani nih, rasa hati terus terpikat..Penampilan pun boleh berubah kepada more gorgeous. ..hahhaha..lawak betul la..Memang terbaek la aleesya ariani ni..Senang pakai dan terletak elok jer..Tak sabar sabar nak tambah koleksi.Parah la aku ni..Sebenarnya dah bertahun pakai ariani..tapi biasa pakai yang biasa biasa je lah..sbb tak pandai nak pakai tang berbentuk shawl ni..tapi sekali cuba terus jatuh hati..
Ini buktinya..jeng, jeng, jeng.. mood meroyan..




Dengan farah fauzana fafau lagi....hhihihihi. .glamer you! !!..wink wink!

Jadi juri ala ala master chef la pulok. ...




With my daughter...peace...





koleksi ariani kat kedai...gorgeous kan kalerr...rasa cam nak beli semua..kalau aku kaya..hari hari hari raya...mak oiii!


Sewaktu temankan suami utk satu event di klcc baru baru ini...how do I look? Kihkihkih


Wednesday, April 10, 2013

Perjalanan dan ujian kesabaran...

Salam untuk semua...semoga kita senantiasa berada di dalam barakah dan rahmah Nya..Allah..Tuhan semesta alam...kali ni...entri yang berlainan sedikit..Tiada gambar masakan...Cuma hanya ingin berkongsi sedikit pengalaman di bumi yang penuh barakah ...Alhamdulillah. ..Che Tie bersama en suami terchenta...telah selamat menunaikan ibadah umrah..Segala urusan kami dipermudahkan Allah...walaupun puluhan ribu manusia...berpusu pusu..kami dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna...Semoga dengan rezeki Allah..kami akan dapat ke sana lagi..Subhanallah..tak terucap bila melihat Kaabah di hadapan mata...Tiada kata yang dapat diucapkan..Hanya kesyahduan yang dirasai...Allah hu Akbar..Betapa Agungnya kuasa Mu..Ya Allah...
Terasa begitu kerdilnya diri ini...Ya Allah..sekiranya ini adalah ibadah yang terakhir ku..makan anggaplah ini ibadah yang terbaik dariku untuk Mu...Ampunkan dosa dosa ku...sambungannya di part 2..dah berlinang airmata..




Wednesday, February 27, 2013

Cheesy penne with meatball



Penne..boleh di variasikan dengan pelbagai cara....selalu guna elbow untuk masak cheesy meatball ..kali ni...saja je guna penne .rasa nye sama je dengan pasta yang lain
Ready to bake!!!!


DoNe...yeah...

Bahan -bahan:
1/2 bungkus penne ( che tie guna jenama san remo )
Rebus hingga lembut-ikut je aturan kat bungkusan tu


1 bungkus daging kisar
1 labu bawang holland dipotong dadu
2 ulas bwg putih-ketuk
Sedikit minyak utk menumis
Sebiji tomato dipotong dadu
1 sudu besar cili kisar
Meatball secukupnya
Sedikit oregano
2 sudu besar sos cili
1 tin sos spagheti kimball

Mozarella cheese dan parmesan cheese
  

 cara membuatnya:

1) tumis bawang besar dan bawang putih
2) masukkan cili kisar..dan daging kisar
3) masukkan sos spagheti
4) masukkan buah tomato , tambahkan secawan air
5) masukkan garam dan gula secukup rasa dan tambahkan sos cili 
6) taburkan oregano..masukkan meatball sehingga masak.
7) Tutup api dan masukkan penne yang telah direbus tadi
8) tuang ke dalam loyang dan taburkan mozarella cheese ..tutup dgn aluminium foil dan bakar pada suhu 170 °c selama 40 minit..
9) buka aluminium foil dan tabur parmesan cheese dan bakar lagi 10 minit..
10) keluarkan daripada oven dan hidangkan

Pink and red velvet cake

Kek besday cikgu NurhayatiYusuf..




Pink cupcakes...saja je suka suka...Dulu dah pernah buat  sekali kek ni..tapi hasilnya tak  memuaskan..Alhamdulillah, makin lama makin cemerlang..hihihihi. ..practise make perfect..tak gitu? Dah banyak kali buat pulak.Dalam masa 3 minggu dah hampir setiap minggu buat pink and red velvet ni..seronok pulak bila hasil dihargai.. kawan kawan pula seronok jer dapat makan kek...Hari ni pulak sempat buat utk seorang teman kat bilik guru.cikgu Norhayati Yusuf namanya.Gambarnya ada kat bawah ni..Minta maaf banyak byk sebab memang sgt sibuk kebelakangan ni..Tak dan nak update blog ni...
 






Cupcakes yang belum diletak cream cheese...

Inilah dia cikgu Nurhayati Yusuf yg baru kami sambut bdaynya pagi tadi..



Ok
Resepinya chetie dapat dari blog dari dapur ct delima  .

Bahan -bahan:

113 gm mentega
250 gm tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam-diayak bersama tepung
2 biji telur
150 gm gula kastor
Sedikit esen vanilla

1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil cuka makan

240 ml butter milk (235 ml fresh milk +1sudu besar cuka makan (
Dibiarkan selama 10 - 15 minit

Cream cheese frosting
250 gm cream cheese
100 gm gula kastor
100 gm mentega
SediKit perahan lemon

Cara membuatnya:
1) sediakan buttermilk terlebih dahulu
2) Ayakkan tepung, baking powder dan garam
3) pukul mentega dan gula hingga sebati
4) Masukkan telur sebiji demi sebiji..putar hingga kembang
5) Ambil buttermilk dan masukkan pewarna pink secukupnya  chetie tambah sedikit pewarna merah kedalam nya...
6) Tuang 1/3 tepung dan selang seli dgn butter milk tadi..ulang sebanyak 3 kali ( tepung, buttermilk , tepung, buttermilk dan akhiri dgn tepung)
7Akhir sekali ambil soda bikarbonat , masukkan cuka dan kacau dgn cepat dan tuang ke dalam adunan kek..kaupbalikkan sehingga sebati
8) Tuang ke dalam loyang yang telah digris dgn mentega
9) bakar pada suhu 170°c selama 30 - 40 minit utk kek dan 20 minit utk cupcakes..

Cream cheese frosting

Campurkan cream cheese dan butter..kacau hingga lembut..
Masukkan gula dan perahan lemon
Tuang atas kek bila kek dah sejuk dan ratakan..hias ikut kreativiti anda sendiri