Wednesday, February 27, 2013

Cheesy penne with meatball



Penne..boleh di variasikan dengan pelbagai cara....selalu guna elbow untuk masak cheesy meatball ..kali ni...saja je guna penne .rasa nye sama je dengan pasta yang lain
Ready to bake!!!!


DoNe...yeah...

Bahan -bahan:
1/2 bungkus penne ( che tie guna jenama san remo )
Rebus hingga lembut-ikut je aturan kat bungkusan tu


1 bungkus daging kisar
1 labu bawang holland dipotong dadu
2 ulas bwg putih-ketuk
Sedikit minyak utk menumis
Sebiji tomato dipotong dadu
1 sudu besar cili kisar
Meatball secukupnya
Sedikit oregano
2 sudu besar sos cili
1 tin sos spagheti kimball

Mozarella cheese dan parmesan cheese
  

 cara membuatnya:

1) tumis bawang besar dan bawang putih
2) masukkan cili kisar..dan daging kisar
3) masukkan sos spagheti
4) masukkan buah tomato , tambahkan secawan air
5) masukkan garam dan gula secukup rasa dan tambahkan sos cili 
6) taburkan oregano..masukkan meatball sehingga masak.
7) Tutup api dan masukkan penne yang telah direbus tadi
8) tuang ke dalam loyang dan taburkan mozarella cheese ..tutup dgn aluminium foil dan bakar pada suhu 170 °c selama 40 minit..
9) buka aluminium foil dan tabur parmesan cheese dan bakar lagi 10 minit..
10) keluarkan daripada oven dan hidangkan

Pink and red velvet cake

Kek besday cikgu NurhayatiYusuf..




Pink cupcakes...saja je suka suka...Dulu dah pernah buat  sekali kek ni..tapi hasilnya tak  memuaskan..Alhamdulillah, makin lama makin cemerlang..hihihihi. ..practise make perfect..tak gitu? Dah banyak kali buat pulak.Dalam masa 3 minggu dah hampir setiap minggu buat pink and red velvet ni..seronok pulak bila hasil dihargai.. kawan kawan pula seronok jer dapat makan kek...Hari ni pulak sempat buat utk seorang teman kat bilik guru.cikgu Norhayati Yusuf namanya.Gambarnya ada kat bawah ni..Minta maaf banyak byk sebab memang sgt sibuk kebelakangan ni..Tak dan nak update blog ni...
 






Cupcakes yang belum diletak cream cheese...

Inilah dia cikgu Nurhayati Yusuf yg baru kami sambut bdaynya pagi tadi..



Ok
Resepinya chetie dapat dari blog dari dapur ct delima  .

Bahan -bahan:

113 gm mentega
250 gm tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam-diayak bersama tepung
2 biji telur
150 gm gula kastor
Sedikit esen vanilla

1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil cuka makan

240 ml butter milk (235 ml fresh milk +1sudu besar cuka makan (
Dibiarkan selama 10 - 15 minit

Cream cheese frosting
250 gm cream cheese
100 gm gula kastor
100 gm mentega
SediKit perahan lemon

Cara membuatnya:
1) sediakan buttermilk terlebih dahulu
2) Ayakkan tepung, baking powder dan garam
3) pukul mentega dan gula hingga sebati
4) Masukkan telur sebiji demi sebiji..putar hingga kembang
5) Ambil buttermilk dan masukkan pewarna pink secukupnya  chetie tambah sedikit pewarna merah kedalam nya...
6) Tuang 1/3 tepung dan selang seli dgn butter milk tadi..ulang sebanyak 3 kali ( tepung, buttermilk , tepung, buttermilk dan akhiri dgn tepung)
7Akhir sekali ambil soda bikarbonat , masukkan cuka dan kacau dgn cepat dan tuang ke dalam adunan kek..kaupbalikkan sehingga sebati
8) Tuang ke dalam loyang yang telah digris dgn mentega
9) bakar pada suhu 170°c selama 30 - 40 minit utk kek dan 20 minit utk cupcakes..

Cream cheese frosting

Campurkan cream cheese dan butter..kacau hingga lembut..
Masukkan gula dan perahan lemon
Tuang atas kek bila kek dah sejuk dan ratakan..hias ikut kreativiti anda sendiri