Friday, March 27, 2015

Lasagna

Anak - anak cukup suka makan lasagna. Memang menjadi menu wajib apabila ke pizza hut. Sekarang ni Che Tie lebih suka buat sendiri memandangkan boleh alter ikut tekak sendiri.

Bahan - bahan
8 keping lasagna ( san remo)





Bahan sos merah

1 bungkus daging kisar
1 labu bawang besar holland dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
1 botol sos spagheti kimball
2 sudu besar sos cili
gula dan garam
italian herbs
1 biji buah tomato di cincang

1) Tumis bawang besar, bawang putih
2) Masukkan daging kisar.Biarkan airnta nya kering.
3) Masukkan buah tomato cincang, italian herbs dan sos spagheti
4) Masukkan garam dan gula . Tambahkan sos cili.Masak hingga agak pekat
5 ) Tutup api. Dan biarkan.

Bahan sos putih

 2 sudu besar mentega
500 ml susu segar
2 sudu besar tepung gandum
2 keping chedar slice cheese

Cara membuatnya :
1) Cairkan mentega
2) Masukkan tepung gandum
3) masukkan susu segar.biarkan seketika
4) Apabila susu dah panas, masukkan cheese dan biarkan cair. Tutup api

cara melapis
 Panaskan air didalam kuali
Ambil 2 keping lasagna dan celup dalam 3 saat. Lasagna ini tidak boleh dicelur sekaligus kerana ia akan melekat antara satu samal lain..Buat 2 keping saja utk satu paisan bergantung juga kepada saiz loyang anda.
Didalam loyang, sapukan sos merah .diikuti dengan sos putih.kemudia lapiskqn dengan lasagna tadi
ulang proses ini hingga 3 atau 4 lapisan.
Taburkan parmesan dan cheddar diatasnya.Che Tie tambah mozarella juga

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit

sup ekor melotup..che tie style..

    Dah lama tak update blog..dah pindah ke negeri puteri Santubong..selama 3 bulan berada di bandaraya Miri..Alhamdulillah telah dapat sesuaikan diri...kat sini betul - betul.multi racial.Pelbagai bangsa dan keturunan wujud. Semangat perpaduan masih lagi wujud dikalangan penduduk Malaysia.
     Sup ekor.Menu kegemaran en. Suami.. Dah lama tak buat. Kebetulan semalam terjumpa ekor fresh . Che Tie beli 2 pack dalam sekilogram..balik rumah terus mulakan operasi..inilah hasilnya..jeng jeng jeng




Dah siap

Resepinya senang banget ibu ibu..semua main campak campak aje..

Bahan bahan

1 kg ekor lembu
10 ulas bawang merah dimayang
5 ulas bawang putih dimayang
3 inci halia di hiris
1 bungkus rempah sup tulang adabi
1/2 sudu besar lada hitam- biarkan berbiji
1 biji tomato -dibelah 4
daun sup dan daun bawang
1 biji limau nipis
cili api jika mahu

Cara cara membuatnya:
1) Bersihkan ekor dan letak ditepi
2) Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga garing dan naik bau.Masukkan sekali rempah sup tulang. Masukkan juga lada hitam biji.
3) Che Tie guna pressure cooker noxxa Amway . Jadi, Che tie terus masukkan ekor dan tambahkan air sehingga ekor tenggelam sahaja. Pressure cooker tidak mengeringkan air.
4) Che Tie tekan butang high pressure selama 40 minit dan tunggu.
5)Apabila dah cukup masa, buka pressure cooker dengan kaedah yang betul dan biarkan ia mereneh lagi selama 20 minit. Boleh tambah air kerana proses mereneh ini mengeringkan sup .
6) Masukkan daun sup, garam dan sedikit gula ( ajinomoto tak digunakan dirumah saya)
7) Apabila dah nak matikan api, masukkan buah tomato, perahkan limau nipis dan masukkan juga cili api.
8) Matikan api dan hidangkan dengan taburan daun sup dan daun bawang dan bawang goreng.