Friday, March 27, 2015

Lasagna

Anak - anak cukup suka makan lasagna. Memang menjadi menu wajib apabila ke pizza hut. Sekarang ni Che Tie lebih suka buat sendiri memandangkan boleh alter ikut tekak sendiri.

Bahan - bahan
8 keping lasagna ( san remo)





Bahan sos merah

1 bungkus daging kisar
1 labu bawang besar holland dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
1 botol sos spagheti kimball
2 sudu besar sos cili
gula dan garam
italian herbs
1 biji buah tomato di cincang

1) Tumis bawang besar, bawang putih
2) Masukkan daging kisar.Biarkan airnta nya kering.
3) Masukkan buah tomato cincang, italian herbs dan sos spagheti
4) Masukkan garam dan gula . Tambahkan sos cili.Masak hingga agak pekat
5 ) Tutup api. Dan biarkan.

Bahan sos putih

 2 sudu besar mentega
500 ml susu segar
2 sudu besar tepung gandum
2 keping chedar slice cheese

Cara membuatnya :
1) Cairkan mentega
2) Masukkan tepung gandum
3) masukkan susu segar.biarkan seketika
4) Apabila susu dah panas, masukkan cheese dan biarkan cair. Tutup api

cara melapis
 Panaskan air didalam kuali
Ambil 2 keping lasagna dan celup dalam 3 saat. Lasagna ini tidak boleh dicelur sekaligus kerana ia akan melekat antara satu samal lain..Buat 2 keping saja utk satu paisan bergantung juga kepada saiz loyang anda.
Didalam loyang, sapukan sos merah .diikuti dengan sos putih.kemudia lapiskqn dengan lasagna tadi
ulang proses ini hingga 3 atau 4 lapisan.
Taburkan parmesan dan cheddar diatasnya.Che Tie tambah mozarella juga

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit

No comments:

Post a Comment