Showing posts with label lauk pauk. Show all posts
Showing posts with label lauk pauk. Show all posts

Sunday, October 21, 2012

Siakap Stim Limau Nipis

Hi!.. I' m back.. Minta maaf le banyak banyak ye.. Sangat tidak sempat nak update blog.. Byk sangat agenda dan kekangan sejak kebelakangan ini.. ok..Tiap tiap hari chetie masak.. cuma tak sempat nak update blog je.. Hari ni chetie nlak share resepi yang cukup simple .. Siakap stim.. Ingat pantun lama - lama tak? Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama lama mencuri... hihihi.. Tapi makan ikan siakap ni memang best.. Keenakan dan kelembutan isi ikannya....  fuh!.. kurus semangat..






Bahan - bahan:

seekor ikan siakap saiz sederhana.. bersihkan dan lumur dgn sedikit garam
- masukkan dalam mangkuk yang tahan panas

Bahan Kuah:

3 Inci  halia - potong halus dan memanjang
3 ulas bawang ptih - ketuk
1 labu bawang besar - belah 8
1 biji cili merah - potong
2 biji limau nipis
daun sup dan daun bawang
1 biji buah tomato - belah 6
sedikit garam dan gula
minyak untuk tumis

Cara - cara membuatnya:

1) Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, halia dan bawang besar
2) masukkan 2 cawan air
3) masukkan garam , gula, buah tomato dan biarkan hingga mendidih
4)  Perahkan limau nipis dan tutup api.
5) Biarkan kuah sehinnga suam
6)  Tuangkan  ke dalam mangkuk yang berisi ikan tadi
7) taburkan cili potong dan daun sup dan daun bawang
8 ) kukus lebih kurang 10 minit di dalam periuk kukus yang telah di panaskan sebelum sediakan kuah tadi
9) Angkat dan hidangkan bersama nasi putih...

Wednesday, July 4, 2012

LALA LEMAK CILI API

Lala ..lauk wajib setiap minggu. Memandangkan semua anak suka makan lala. Samaada di tumis pedas , masak bersama sos tiram atau masak lemak. Tapi Chetie jarang masak lemak cili api lala. Sekali sekala boleh lah tukar selera.

Bahan - bahan :

1 kg lala
1/2 inci kunyit hidup
8 biji cili api
3 ulas bawang merah
1 batang serai - diketuk
2 cawan santan
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya :

1. Tumbuk halus kunyit hidup, bawang merah dan cili api.
2. Tumis bahan tumbuk, masukkan serai sehingga wangi
3. masukkan santan, garam dan gula.Biarkan sehingga mendidih.
4. Akhir sekali, masukkan lala..
5. Biarkan seketika sehingga lala masak (warna kekuningan dan sedikit terbuka )

Wednesday, May 16, 2012

Ayam masak lemak cili api

Salam pagi khamis untuk semua yang berada di luar sana.. cuaca dua tiga hari ni sentiasa mendung dan redup.. Jadi tuan empunya badan pun agak sejuk la...Semalam adalah merupakan hari guru. ianya disambut dengan penuh kemeriahan di seluruh pelusuk tanah air.Guru tidak mengharap kan hadiah dan penghargaan daripada pelajar nya. Cukuplah dengan ucapan terima kasih dari pelajar.. bagi seorang guru , hadiah yang terbaik ialah pelajarnya dapat mengemudi hidup mereka sendiri pada  masa akan datang.. Teringat zaman che tie sekolah dulu, guru yang paling che tie sayang ialah Cikgu Syafie yaakob. sekarang ni beliau menjadi pengetua di sebuah sekolah Menengah di daerah Besut, Terengganu.. Beliau begitu hebat di mata che tie.. Kerana dialah juga sumber inspirasi Che Tie.. Akhirnya anak didiknya menjadi seorang guru juga.Alhamdulillah

Ok lah, hari ni Che Tie nak kongsi satu resepi yang agak simple.. ayam masak lemak cili api.. Banyak cara untuk masak lemak cili api ni.ada kaedah tumis dan ada kaedah terus rebus.


 Hehehe.. yang ni satu je picture ayam masak lemak cili api.. dalam periuk tembaga laaaagi... Kata kawan yang duduk kat UK sana,, dia tak dapat nak masak sebab takde priuk tembaga..Apa - apa je lah cik Rashidah sri  oiii... hahaha

 Bahan  - bahan:

1/2 ekor  ayam - dipotong kecil
1/2 inci kunyit hidup
7 biji cili api- secukup rasa lah (ikut kepedasan yang dikehendaki)
2 batang serai - dititik
Santan pekat
2 biji ubi kentang
2 ulas bawang merah
cili besar hijau
Garam dan gula secukup rasa
2 keping asam keping


Cara membuatnya :

1. Tumbuk lumat bawang merah, kunyit hidup dan cili api
2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi  bersama serai tang telah dititik.
3. masukkan ayam,garam ,gula dan asam keping. Masukkan juga ubi kentang yang telah dukupas dan dibelah 4. Tutup periuk seketika sehingga air ayam kering.
4. Masukkan santan dan biarkan seketika..
5. Perisakan secukup rasa..
6. Masukkan cili hijau yang dibelah 2..
7. Tutup api.. bolehlah dihidangkan bersama nasi.








Sedap tak nampak ketupat sotong tu?.. saje je paste kat sini... Che Tie akan masukkan dalam ntri yang lain... hihi...saja je Che Tie ni kan...