Saturday, July 2, 2011

ROTI COKLAT

2 julai 2011...hari untuk Larian 1 murid 1 sukan.. tanya lah diri sendiri.. apakah signifikannya...balik aje dari pelancaran program tersebut,chetie terus menyingsing lengan masuk dapur sbb pagi tadi tidak sempat menyediakan apa - apa juadah utk hari ni.Jadi, sebab rasa macam nak tukar selera sikit, chetie pun masak mee kari.. dah siap mee kari, teringat la pulak request anak -anak utk makan puding karamel. chetie alter sikit resepinya dgn menggunakan jus laici dan juga buah laici dalam tin. Hasilnya memang sedap.kalau tak percaya,try ler.hehe.. Dah siap 2 benda tu, chetie buat le pulak roti bantal coklat,, lembut dan gebu...Ini yang buat tak sabar nak share nih

Bahan -bahan:

160ml air
280ml fresh milk
660gm tepung high protein
9 sudu besar gula
21/2 sudu besar mentega
2 sudu teh garam
40gm serbuk coklat
1 sudu kecil yis kering
cara membuatnya:
1) masukkan semua bahan kedalam breadmaker ikut turutan dan set kepada program "sweet"
2)setkan saiz,, warna roti dan tekan butang "start"
3) bila dah masak,keluarkan dr bread pan dan sapukan dgn mentega.

Monday, June 20, 2011

daging lada hitam panggang


lama benar che tie tak update blog. Rindu sebenarnya. tapi oleh kerana kesibukan memang tak dpt nak dielakkan> tambahan pula dah pakai smartphone
mari kita lihat apa resepi mudah kita kali ini. Bahan -bahnanya:

1/2 kg daging batang pinang
4 sudu besar sos lada hitam (jenama life)
2 sudu besar sos tiram

-perapkan bahan diatas sekurang -kurangnya 1 jam
- bakar guna kuali non stick .sehingga masak
-kemudian sediakan bahan - bahan ini;

1 biji kentang- potong kiub
1/2 biji capsicum - potong dadu
1 labu bawang holland

selepas mengangkat daging dari kuali, masukkan semua bahan - bahan tersebut. Grill sehingga empuk dan lembut .
- angkat dan letakkan di atas daging tadi..

Komennya: sedap dan mudah kan?