Thursday, October 28, 2010

Chicken Stew ( Ayam reneh)




oohh.. lepas operation minggu lepas, che tie terpaksa berpantang dari makan makanan yang gatal, sejuk dan berbisa.. aduh.. tu yang tak tahan tu.. sebenarnya ada byk resepi yang che tie nak pos. Rasa mcm nak pos semuanya hari ni..Ok resepi yang che tie buat hari selasa lepas ialah Chicken stew (ala kalau orang melayu - rebus aje atau renih) tapi berkhasiat dan sedap

Bahan - bahan:

Bahan tumisan:
1/2 sudu besar lada hitam - kisar
3 ulas bawang putih - ketuk
1 biji bawang besar holland - belah 6

Bahan lain
1/2 ekor ayam - dopotong 8
2 biji kentang - dibelah 4
1/2 biji capsicum - dipotong dadu
1 batang lobak merah - dipotong memanjang dan tebal
sedikit brokoli
1 biji buah tomato - belah 4
Garam dan sedikit gula / bahan perisa

Cara membuatnya:

1) Tumis bawang putih, bawang besar dan lada hitam hingga wangi
2) Masukkan ayam. Biarkan seketika
3) Tambahkan 3 cawan air dan masukkan ubi kentang.Masukkan juga garam dan sedikit gula
4) Biarkan ia mendidih dan kentang empuk
5) Masukkan semua jenis sayuran (brokoli, lobak merah, buah tomato, capsicum. Tutup periuk selama 5 - 7 minit.
6) Tutup api dan hidangkan bersama dgn nasi putih atau roti..
5) Bila ayam dan kentang telah masak sepenuhnya,

Monday, October 18, 2010

Ikan Percik



Ikan percik.. mmm sedapnya.. Kalau hari - hari masak macam ni , memang berselera.. Nasib baik masak percik ayam atau ikan 2 atau 3 minggu sekali. Ikan percik ni memang sedap kalau ada menu masak lemak labu.. fuh..Memang mak mertua lalu pun tak nampak.

Bahan - Bahannya:

3 ekor ikan kembung/selar - Perap dengan sedikit bawang putih yang tealh ditumbuk dgn garam

Bahan kuah:

4 ulas bawang merah -dikisar
2 cawan santan pekat
1 batang serai
1 sudu besar cili kering yang telah dikisar
Sedikit asam jawa , garam dan gula secukup rasa

Cara :
1. Satukan semua bahan kuah dalam kuali
2. Masak sehingga pekat dan ketepikan
3. Ikan yang telah diperap dipanggang seketika
4. Tuangkan kuah percik diatas bahagian atas ikan
5. Balikkan ikan dan tuang kuah lagi.. sehingga 2 kali proses 4 dan 5.
6.Lebihan kuah yang tinggal dituang ke atas ikan yang telah siap diangkat sebelum dihidangkan

Thursday, October 7, 2010

Nasi dagang dan Gulai Ikan Tongkol





Nasi dagang memang terkenal terutamanya disebelah negeri Pantai Timur.. Kelantan dan Terengganu. Tapi ada banyak versi nasi dagang. Ada yang pakai beras nasi dagang, ada juga yang guna beras wangi yang dicampur sedikit dengan beras pulut. waktu buat majlis hari raya kat rumah baru - baru ini che Tie ada juga masak nasi dagang. alhamdulillah kebanyakan tetamu yang datang berpuas hati dan tidak kurang juga yang bertanya macam mana cara nak masak nasi dagang yang sedap. Ini lah lebih kurang resepi nasi dagang yang dibuat oleh keluarga che tie sejak zaman che tie kecil lagi

Bahan untuk nasi

1 kg beras wangi
2 cawan beras nasi dagang
3 inci halia - dimayang
7 ulas bawang putih dimayang
6 ulas bawang merah - dimayang
2 sudu besar halba
3 cawan santan pekat (tambahkan sedikit gula dan garam- ikut citarasa)
2 cawan santan cair

Cara membuatnya:

1. panaskan periuk kukus
2. Campurkan kedua - dua jenis beras yang telah direndam selama 3 jam
3.kukus hingga masa
4.Angkat dan gaulkan dgn santan cair
5.Masukkan semula beras dalam periuk kukus. Buat sedikit lubang ditengah beras dan masukkan halia, bawang putih dan merah serta halba (halba blh dikurangkan ikut citarasa
6. Kukus semula 15 minit.
7. Angkat dan gaul dengan santan pekat
8. Gaul hingga sebati.
9. Boleh terus dihidangkan atau dikukus sekejap supaya nasi tidak cepat basi kerana menggunakan santan mentah.

Gulai Ikan Tongkol

Bahan - bahan

1 ekor ikan tongkol ( saiz besar )( direbus bersama dengan asam keping, garam, sedikit cuka dan gula merah atau gula kerek - biarkan semalaman )
1 sudu besar rempah gulai darat/kari
santan pekat

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
1 sudu kecil ketumbar biji
1 sudu besar cili kering yang telah digiling
1 hiris lengkuas
1/4 inci kunyit hidup


cara :
1. Campurkan serbuk gulai darat dengan bahan kisar
2. Tumis hingga wangi
3. Masukkan santan dan ikan
4. Tambahkan asam keping, garam dan gula secukup rasa
5. Biarkan mendidih.
6. Boleh dihidangkan bersama nasi dagang atau nasi putih