Memasak adalah satu terapi yang dapat memberikan kepuasan pada sesiapa sahaja yang meminati dunia masakan..
Showing posts with label gulai. Show all posts
Showing posts with label gulai. Show all posts
Thursday, November 22, 2012
Kerutup Ayam
Salam...Begitu pedih dan sedih bila mengenangkan Palestine... Begitu menyayat hati..Tak sanggup rasanya melihat berita berita terkini tentang kezaliman Israel.Kenapa mereka ini terlalu kejam.Adakah kerana perbezaan agama mereka bertindak ganas dan liar diluar batas batas kemanusiaan? Sungguh menyayat hati..Dalam dok sibuk mengikuti perkembangan terkini, dari bumi Palestine..seperti biasa kena jugak siapkan juadah untuk anak anak makan tengahari..Tapi hari ni masak special sikit..Kerutup Ayam dan nasi beriani..Macam biasalah..anak anak bila bau je je nasi tgh menggelegak..semua turun ke dapur." Mama masak nasi apa hari ni?.macam nasi beriani je...Adoiii...tahu tahu je deria bau anak anak ku ...Maklumlah dah biasa sangat dengan bau bau macam ni..jawab si Arif..hmmm..dia ni sorang memang la..taste tinggi..huhuhu..kesian mama dia..hihihi
RESEPI ini juga dah di sent kepada teman baik nun di U.K..Semoga dia akan pulang dgn membawa segulung phd..demi anak bangsa dan ummah..
BAHAN BAHAN
1 ekor ayam -potong 12 dan dibersihkan
2 sudu besar rempah kerutup
6 ulas bawang merah dikisar
1 inci halia dikisar
1 sudu besar cili kering kisar
Rempah 3 sekawan
1/2 kg santan pekat
Sedikit air asam jawa
4 biji kentang - bersihkan dan dibelah dua
Garam dan gula melaka atau gula
Sedikit minyak utk menumis
1. Tumiskan rempah 3 sekawan
2.sukkan bahan kisar. Kacau sehingga wangi dan masukkan rempah kerutup
3.Biarkan sehingga pecah minyak dan masukkan ayam.
4.Tutup periuk dan biarkan sehingga air agak kering.Masukkan ubi kentang
5.Masukkan santan dan tambahkan sedikit air jika perlu
6.perisakan dengan garam , gula , air asam jawa
7.Masukkan kerisik.
8.Biarkan kuah mendidih dan pekat.
9.Hidangkan bersama nasi putih , nasi briani ataupun di makan bersama roti putih.
Thursday, October 7, 2010
Nasi dagang dan Gulai Ikan Tongkol
Nasi dagang memang terkenal terutamanya disebelah negeri Pantai Timur.. Kelantan dan Terengganu. Tapi ada banyak versi nasi dagang. Ada yang pakai beras nasi dagang, ada juga yang guna beras wangi yang dicampur sedikit dengan beras pulut. waktu buat majlis hari raya kat rumah baru - baru ini che Tie ada juga masak nasi dagang. alhamdulillah kebanyakan tetamu yang datang berpuas hati dan tidak kurang juga yang bertanya macam mana cara nak masak nasi dagang yang sedap. Ini lah lebih kurang resepi nasi dagang yang dibuat oleh keluarga che tie sejak zaman che tie kecil lagi
Bahan untuk nasi
1 kg beras wangi
2 cawan beras nasi dagang
3 inci halia - dimayang
7 ulas bawang putih dimayang
6 ulas bawang merah - dimayang
2 sudu besar halba
3 cawan santan pekat (tambahkan sedikit gula dan garam- ikut citarasa)
2 cawan santan cair
Cara membuatnya:
1. panaskan periuk kukus
2. Campurkan kedua - dua jenis beras yang telah direndam selama 3 jam
3.kukus hingga masa
4.Angkat dan gaulkan dgn santan cair
5.Masukkan semula beras dalam periuk kukus. Buat sedikit lubang ditengah beras dan masukkan halia, bawang putih dan merah serta halba (halba blh dikurangkan ikut citarasa
6. Kukus semula 15 minit.
7. Angkat dan gaul dengan santan pekat
8. Gaul hingga sebati.
9. Boleh terus dihidangkan atau dikukus sekejap supaya nasi tidak cepat basi kerana menggunakan santan mentah.
Gulai Ikan Tongkol
Bahan - bahan
1 ekor ikan tongkol ( saiz besar )( direbus bersama dengan asam keping, garam, sedikit cuka dan gula merah atau gula kerek - biarkan semalaman )
1 sudu besar rempah gulai darat/kari
santan pekat
Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
1 sudu kecil ketumbar biji
1 sudu besar cili kering yang telah digiling
1 hiris lengkuas
1/4 inci kunyit hidup
cara :
1. Campurkan serbuk gulai darat dengan bahan kisar
2. Tumis hingga wangi
3. Masukkan santan dan ikan
4. Tambahkan asam keping, garam dan gula secukup rasa
5. Biarkan mendidih.
6. Boleh dihidangkan bersama nasi dagang atau nasi putih
Subscribe to:
Posts (Atom)

