Memasak adalah satu terapi yang dapat memberikan kepuasan pada sesiapa sahaja yang meminati dunia masakan..
Thursday, May 10, 2012
SAMBAL PAUH /MANGGA MUDA
Salam Jumaat semua.. Pagi yang indah..Dah lama betul tak bersiaran.. Mohon maaf kepada follower.. ada masalah teknikal sikit.SEbenarnya sibuk dengan urusan pindah . dari Pahang ke Perak. Bila dah pindah ke tempat baru ni, banyaklah benda dan urusan yang perlukan perhatian.Sebenarnya banyak sangat resepi yang tertangguh untuk di publishkan.. sabar ye!. Hari ni kta start dengan yang paling mudah dulu.. tapi melotup eh.. Hehehe.. Namanya Sambal mangga muda...fuh! mesti tak cukup nasi punya..
Bahan - bahan:
2 biji mangga muda - dikupas kulit dan diracik racik panjang
1 ekor ikan kembung- saiz sedang (direbus dan diambil isinya)
4 biji cili api ( ikut citarasa)
sedikit garam
Cara membuatnya:
1. Tumbuk cili api dengan garam
2. Masukkan isi ikan dan mangga
3. tumbuk hingga isi ikan dan mangga muda tadi mesra.. pecah - pecahkan sedikit buah mangga tadi
4. Boleh dimakan bersama nasi panas..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment