Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Wednesday, May 7, 2014

ikan labau (ikan sungai)masak tempoyak

Negeri perak dan Pahang..kedua duanya terkenal dengan masakan tepoyak..cuma cara dan bhn mungkin sedikit berbeza..Ada yang letak serai dan ada yang tak letak serai..begitu juga dengan bawang merah..ada resepi letak bawang merah dan ada yg tk letak..Walau apa pun tetap dipanggil masak tempoyak..tempoyak oh tempoyak..makin diperam makin sedap..hihihi...chetie selalu simpan tempoyak tempat frozen sbb tak nk terlalu masam..tahan lama dan tak berkulat..Sekarang ni suami sangat suka makan ikan sungai masak tempoyak..dibelinya ikan sungai sebesar betis manusia...harganya memang mahal...maklumlah ikan sungai, payah nak dapat..jadi ikan yang seekor tu chetie masak 3 kali...so..tempoyak tempoyak tempoyak...anak anak pula tak suka ..wajib masak lauk lain untuk diorang..

Sangat senang sebenarnya..Resepinya pun sangat ringkas..janji cukup asam , garam dan tempoyak tu, maka sedap lah ia..bergantung juga kepada kepedasan..ikut selera dan citarasa masing masing la...



Inilah hasilnya..jom tengok resepi sempoi

2 ulas bawang merah
2 keping isi ikan sungai
1 inchi kunyit hidup
4 -6 biji cili api ..bergantung kepada citarasa masing masing
Tempoyak secukupnya ( lebih kurang 3 sudu besar )
Gula dan garam secukup rasa
Daun kesum
1 keping asam
1/2 litter air

Cara -cara ;

1) tumbuk kunyit hidup, cili api dan bawang.tumbuk hingga halus
2) masukkan bahan tumbuk kedalam periuk.Tambahkan air dan tempoyak secukupnya
3) masukkan asam keping , gula dan garam secukup rasa.
4) Letakkan atas dapur dan biarkan mendidih.
5) masukkan isi ikan, kacau
6)apabila ikan telah masak , boleh lah letak daun kesum.



Ikan lampan goreng garing...rangup kruk kruk...sodap...hahahaha



Sunday, May 4, 2014

portmeirion datang lagi..botanic rose

Ini adalah koleksi botanic rose dan tambahan untuk botanic garden ..2nd batch from uk..sangat teruja untuk memiliki bunga bunga yang chantek ini...menunggu selama 2 bulan , akhirnya menjelma jua...lega rasanya. Hilang stress bila melihat bunga bunga yang cantek ini tersusun...
 Seronok tengok bunga bunga yang mekar ini diadaptasi ke atas pinggan



Sangat teruja bila ia sampai ke Malaysia dengan selamat tanpa pecah dan any defect..terima kasih bebanyak kepada penjual yang begitu cermat dan bertanggungjawab..sis haniza



In sha Allah ada rezeki nanti boleh tambah koleksi sedikit demi sedikit.




 Beberapa koleksi botanic garden dan pomona yang chetie sisipkan dalam order kali ini..suka dan amat berpuashati dgn kualiti nya



Coffee pot yang menjadi idaman dihati..akhirnya kau milikku jua..hhahahah poyo ke?


Bukti dah guna pinggan mangkuk ni..kalau tak guna ..nak simpan aje dalam almari..baik tak payah beli...kalau sayang kena guna..itu falsafah chetie..makanan menjadi bertambah sedap kot kalau guna pinggan portmeirion ni...hihihihi


Sotong goreng kunyit pun sodap letak dalam pinggan ni....kihkihkih..jangan marah yer...seloka aje..

Friday, January 24, 2014

portmeirion collection...first batch..botanic garden dan pomona

Salam untuk semua....kejap je masa berlalu..dah tiba ke penghujung januari..Begitu pantas
masa berlalu..macam macam fenomena yang berlaku sekarang ni.Dengan perubahan cuaca yang tak menentu..Itu semua sudah ditetapkan oleh Allah..bila masa nya akan berlaku kiamat..Hanya Allah yang maha mengetahui.Allahu Akbar..

   Minggu ni che tie rasa sgt teruja sbb dah hampir 2 bulan lebih menunggu portmeirion  dari UK..minta tolong seorang sahabat yang sedang menuntut di sana tolong belikan... Kalau nak beli kat Malaysia ni..rasa cam nak terkeluar biji mata dengar harga nya..

   Akhirnya..penantian berakhir isnin lalu bila dapat panggilan daripada shipping company yang mereka dah sampai ke rumah..hhohohoho..nak buat camne ..dah minat dengan pinggan mangkuk.kali ni che tie beli botanic garden dan pomona..second batch nanti che tie dah order botanic rose pulak....hehehehe..yang kali ni, takde teapot sebab takde sales utk teapot hari tu..tapi dah order coffee pot utk lengkapkan set yang ni...




Set cawan botanic garden..set of 6 different motifs..bunga lain lain...


Motif yang berbeza pada setiap cawan



10inch dinner plate..set of 6 different motif




8 inch side plate..set of 6



8 inch bowl..sesuai untuk letak sup Atau makanan berkuah



Pizza plater..pomona buah pic



Mini square pomona..comel jer buat letak sambal belacan atau budu...hihihi



Covered sugar drum..daisy flower..kecil dan comel



Pinggan makan 10 inchi . Dan juga mangkuk..
Kelebihan portmeirion ni ialah hampir semua perlatan boleh masuk dalam oven...tu yang che tie suka tu..boleh direct oven ke meja..



Baking square sesuai untuk baking..pasta..bunga bunga dan buah buahan ni nampak sangat fresh...