Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Monday, May 19, 2014

moist choc cake

The devil choc cake..berhantu..sblm ni dah pernah masukkan resepi ..tapi hari ni ulangtayang resepi coz baru jer buat utk minum petang ..dan ramai yang kata tak jumpa resepi yang chetie dah pernah post kat blog ni..choc cake ni cukup moist.. dan juga sempoi jer resepinya.. sekali makan pasti nak lagi.


Bahan - bahan nya:

250 gram mentega
5 biji telur gred A
2  cawan gula kastor ( chetie guna 1 1/2 cawan) untuk kurangkan manis
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan tepung naik sendiri (ayak )
1 sudu besar ovalette

Bahan choc paste

1 cawan serbuk koko van houten @ beryl's
1 cawan air
1/2 cawan gula kastor
- satukan bahan ini dan letakkan ditepi

Cara membuat kek:

1)putar gula dan mentega hingga kembang
2)masukkan telur satu persatu.putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla.



Hasilnye^_^




Dipotong -potong..



3) masukkan choc paste.selang selikan dengan tepung hingga habis.
4)masukkan ovalette.putar hingga sebati
5)tuang dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega.kali ini chetie masukkan didalam mangkuk pyrex jer..senang..
6)bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celcius selama 80 minit.

Topping

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1/4 minyak jagung
Secubit garam
Gaul.semua bahan dan panaskan secara double boiled.

Tuang ke atas kek bila kek dikeluarkan dari loyang.Dalam kek chetie ni..chetie tuang je terus kedalam mangkuk pyrex ni dan taburkan almond slice yang telah dipanggang terlebih dahulu..

Wednesday, February 27, 2013

Pink and red velvet cake

Kek besday cikgu NurhayatiYusuf..




Pink cupcakes...saja je suka suka...Dulu dah pernah buat  sekali kek ni..tapi hasilnya tak  memuaskan..Alhamdulillah, makin lama makin cemerlang..hihihihi. ..practise make perfect..tak gitu? Dah banyak kali buat pulak.Dalam masa 3 minggu dah hampir setiap minggu buat pink and red velvet ni..seronok pulak bila hasil dihargai.. kawan kawan pula seronok jer dapat makan kek...Hari ni pulak sempat buat utk seorang teman kat bilik guru.cikgu Norhayati Yusuf namanya.Gambarnya ada kat bawah ni..Minta maaf banyak byk sebab memang sgt sibuk kebelakangan ni..Tak dan nak update blog ni...
 






Cupcakes yang belum diletak cream cheese...

Inilah dia cikgu Nurhayati Yusuf yg baru kami sambut bdaynya pagi tadi..



Ok
Resepinya chetie dapat dari blog dari dapur ct delima  .

Bahan -bahan:

113 gm mentega
250 gm tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam-diayak bersama tepung
2 biji telur
150 gm gula kastor
Sedikit esen vanilla

1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil cuka makan

240 ml butter milk (235 ml fresh milk +1sudu besar cuka makan (
Dibiarkan selama 10 - 15 minit

Cream cheese frosting
250 gm cream cheese
100 gm gula kastor
100 gm mentega
SediKit perahan lemon

Cara membuatnya:
1) sediakan buttermilk terlebih dahulu
2) Ayakkan tepung, baking powder dan garam
3) pukul mentega dan gula hingga sebati
4) Masukkan telur sebiji demi sebiji..putar hingga kembang
5) Ambil buttermilk dan masukkan pewarna pink secukupnya  chetie tambah sedikit pewarna merah kedalam nya...
6) Tuang 1/3 tepung dan selang seli dgn butter milk tadi..ulang sebanyak 3 kali ( tepung, buttermilk , tepung, buttermilk dan akhiri dgn tepung)
7Akhir sekali ambil soda bikarbonat , masukkan cuka dan kacau dgn cepat dan tuang ke dalam adunan kek..kaupbalikkan sehingga sebati
8) Tuang ke dalam loyang yang telah digris dgn mentega
9) bakar pada suhu 170°c selama 30 - 40 minit utk kek dan 20 minit utk cupcakes..

Cream cheese frosting

Campurkan cream cheese dan butter..kacau hingga lembut..
Masukkan gula dan perahan lemon
Tuang atas kek bila kek dah sejuk dan ratakan..hias ikut kreativiti anda sendiri



Monday, November 1, 2010

KEK OREN SICILIAN



salam November.. Begitu cepat masa berlalu. pejam celik dah nak habis tahun 2010.. Apa pun kita kena teruskan hidup. Ramai yang minta resepi kek oren ni daripada che tie.. che tie pun sebenarnya hanya kopipes dari blog orang lain juga. hari tu che tie ambil resepi ni dari blog yang hebat tu.. ala sapa lagi kalau bukan che mat Gebu kita.. meletup habis.. terima kasih mat gebu..resepi asal mat gebu boleh diambil disini..

Tapi resepi ni che tie dah ubahsuai sikit.. ikut mana yang senang dan juga kurang kan sedikit gula daripada resepi asal..jangan mare tuan punya resepi..sebab kita masak ni ikut keperluan masing - masing. betul tak?

Bahan- bahan :

250 gram mentega
160 gram gula halus
250 gram tepung naik sendiri
5 biji telur gred B
2 biji buah oren - diparut kulitnya dan jusnya diperah
1 sudu besar ovalette

Cara membuatnya:

1) Putar gula dan mentega hingga kembang
2) Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati
3) masukkan parutan kulit oren.
4) Masukkan tepung berselang seli dengan jus oren sehingga tepung dan jus oren habis.
5) akhir sekali masukkan ovalette. kacau hingga sebati
6) Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah di gris dgn marjerin dan dialas kertas minyak
7) Bakar selama 45 minit di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu..

Thursday, January 14, 2010

Kek "Carrot" dan Epal







hmm.. Che tie betul - betul sibuk . Maklum lah sekolah baru buka.. Sibuk dengan pelbagai hal. sampaikan tak sempat langsung nak update blog..Hari tu ada special ocassion utk suami. Rasa macam boring dah buat kek coklat selalu. Cuba buat resepi lain pulak. Kek 'carrot" dan epal hijau dengan cream cheese frosting. Suami Che tie cakap .. Sedap.. Resepinya pun senang

Ini lah hasilnya.. che tie tak pandai sangat bab menghias kek ni. Lepas ni kena pergi kelas le.
Bahan - bahannya:
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk kayu manis ( Che Tie guma rempah kuih lapis)
3/4 cawan gula perang
1/2 cawan gula kastor
4 biji telur
300 gram lobak merah - diparut
150 gram epal hijau - diparut
1 cawan minyak jagung
100 gram mentega - dicairkan
15 gram badam cincang ( pilihan sekiranya suka)
Cara membuatnya:
1) ayak tepung,soda bikarbonat,serbuk penaik, garam dan serbuk kayu manis
2) Satukan bahan - bahan lain
3) masukkan tepung yang telah diayak
4)Pukul pada kelajuan rendah selama 1 minit. dan tukar tahap kelajuan sederhana selama 2 minit.
5) Masukkan kedalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak dan gris dengan sedikit marjerin
6) Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan . Masa nya lebih kurang 45 minit - 1 jam


Cream cheese frosting
250 gram cream cheese
4 sudu besar mentega
1 sudu teh jus lemon
1/2 cawan gula aising
- putar hingga kembang
-hiaskan pada kek setelah kek benar - benar sejuk



Monday, December 7, 2009

Strawberry Batik Swiss Roll



Rupanya senang betul nak buat swiss roll. dulu tak terfikir pun resepinya senang. Hari ni entah datang angin apa entah, tiba - tiba je teringin nak buat swiss roll. Semua bahan - bahan pula ada kat kabinet. Takde pulak yang kena keluar beli.



Bahan - bahannya :

6 biji telur gred A
4 oz gula kastor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovalette
3 oz tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
4 oz mentega - dicairkan
1 sudu teh perisa strawberi
sedikit pewarna merah

Cara - cara membuatnya:

1.Ayak tepung, susu tepung dan serbuk penaik.

2. Satukan semua bahan kecuali mentega cair. Pukul dengan kelajuan maximum selama 5 minit.

3. masukkan mentega cair sedikit demi sedikit

4. Ambil secawan adunan tadi dan masukkan kedalam bekas lain.Masukkan pewarna merah dan perisa strawberi. kacau rata dan masukkan ke dalam piping bag

5. Tuang adunan yang selebihnya ( warna asal) kedalam loyang (23cmx23cm). Ratakan permukaan

6. paipkan adunan merah keatas adunan yang telah diratakan

7. Lorekkan dengan menggunakan lidi.

8. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit suhu 170'c

9. apabila telah masak, terbalikkan keatas kertas, gulung

10. Buka gulungan , sapukan jem strawberi, dan gulung semula.

11. sejukkan dan potong tepinya.

Friday, November 13, 2009

Muffin Puan Sri



Agak lama Che Tie tak buat muffin .. Asyik buat kek lapis je . Tapi sekarang ni dah lepas raya nak buat benda yang simple aje.Hari ni buka fotopages mamafami@fotopages. jumpa resepi muffin yang simple. Terima kasih Puan Sri kerana sudi berkongsi resepi yang simple dan tak perlu bahan yang banyak pun.. Rasa nya semua bahan tu memang ada kat dapur Che Tie.. Bila dah buat sedap pulak .. Itu anak - anak yang cakap, bukan mama dia tau.. He!he!.. Faezah pulak SMS suruh masukkan resepi muffin dalam blog. Okey, no problem..







MUFFIN PUAN SRI



Bahan- bahannya:

200 gm mentega
160 gm gula kastor
4 biji telur
3 sudu besar tepung kastad
220 gm tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanilla


Cara membuatnya:


1. Ayak tepung naik sendiri dan tepung kastad

2. Dalam bekas yang lain, pukul mentega dan gula hingga berkrim

3. masukkan telur sebiji demi sebiji. masukkan esen vanila.

4.masukkan tepung sedikit demi sedikit.Kacau lagi hingga sebati

5. Sudukan ke dalam cawan muffin (2/3 cawan)

6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180'c selama 25- 30 minit.

Monday, November 2, 2009

KEK BELANG PELANGI








mmmm... kalau terkenangkan emak saya kat kampung, saya mesti teringatkan ragamnya.. Rindu pulak nak makan kek macam waktu kecil dahulu..Kalau di beri kek coklat, jangan harap le mak Che Tie nak makan.. alamat kirim salam.. kek kegemarannya ialah kek kosong atau kek belang...ha, hari ni terasa macam nak buat kek belang le pulak.










Kek Belang Pelangi




Bahan- bahannya:


1 1/2 cawan mentega

1 1/2 cawan gula halus

5 biji telur gred A

2 sudu besar susu pekat manis

2 1/2 cawan tepung gandum

2 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil esen vanila

1 sudu besar ovalette

pewarna hijau

Pewarna merah



Cara Membuatnya:


- ayak tepung gandum bersama serbuk penaik

-Pukul mentega dan gula hingga kembang

- masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi

- masukkan esen vanila dan susu pekat

- masukkan tepung yang telah diayak bersama dgn serbuk penaik

- masukkan ovalette dan pukul sehingga sebati

- bahagikan adunan kepada 3 bahagian, satu bhgn warna asal,satu bahagian pewarna merah dan satu lagi diletakkan warna merah

- sediakan loyang dan sapu sedikit marjerin

- lapiskan adunan selapis demi selapis, pastikan lapisan terakhir berwarna asal.

- ambil pisau dan letakkan ditengah adunan dan buat silang pangkah utk membuat corak pada kek

- Bakar pada suhu 180'c selama 90 minit

Wednesday, October 21, 2009

Kek Lapis Evergreen

Inilah rupa penekan kek atau pun sterika kuih yang digunakan utk menekan setiap lapisan kek lapis. Saya membelinya ketika berada di Sarawak dgn harga RM 4 sahaja. Apabila di tanya oleh rakan bagaimana rupanya, agak sukar utk menerangkan kerana susah utk menjumpainya di kedai di Semenanjung ini.
Ini adalah merupakan adunan kek lapis evergreen..




Sepanjang saya berada di Sarawak saya banyak mempelajari resepi kek lapis Sarawak daripada pembantu rumah saya , Puan Norma. Walaupun bekerja sebagai pembantu di rumah saya pada ketika itu, kami banyak menghabiskan masa pada waktu petang untuk memasak kuih dan hidangan minum petang. saya berpeluang belajar resepi kek lapis yang diwarisi turun - temurun oleh keluarganya. Apa yang melucukan ialah rakan sekerja saya yang berasal dari Sarawak juga datang belajar bersama kerana dia sendiri pun tidak pernah membuatnya. Apabila tiba musim perayaan, rakan sekerja saya hanya 'order' sahaja daripada pembuat kek. Inilah kek lapis pertama yang saya pelajari daripadanya.

KEK LAPIS EVERGREEN
Bahan - bahan:
24 biji kuning telur
4 biji putih telur
500 g mentega- pure butter
2 paket serbuk santan segera
4 sudu besar susu pekat manis
2 cawan gula halus
1 3/4 cawan tpg gandum
1 botol kecil pandan paste (emulco)
1 sudu besar ovalette
Pewarna hijau epal
Cara membuatnya:
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang
  2. Masukkan mentega, ovalette, santan serbuk dan susu pkt manis.
  3. Gaul hingga sebati
  4. Masukkan tepung, pasta pandan dan pewarna hijau.
  5. Sediakan loyang bersaiz 8x8 yang telah dilapis dgn kertas minyak.
  6. Sudukan sebanyak 5 sudu dan bakar pada suhu 190'c api atas dan bawah selama 15 minit atau hingga kekuningan.
  7. Apabila telah kekuningan, tekan dgn sterika kuih
  8. Lapis lagi adunan dan bakar lagi dgn api atas sahaja
  9. Ulangi langkah di atas sehingga adunan habis.
Note: untuk mendapatkan kek yang benar - benar sedap saya gunakan mentega Golden churn(cap tong kayu)