Wednesday, October 21, 2009

Kek Lapis Evergreen

Inilah rupa penekan kek atau pun sterika kuih yang digunakan utk menekan setiap lapisan kek lapis. Saya membelinya ketika berada di Sarawak dgn harga RM 4 sahaja. Apabila di tanya oleh rakan bagaimana rupanya, agak sukar utk menerangkan kerana susah utk menjumpainya di kedai di Semenanjung ini.
Ini adalah merupakan adunan kek lapis evergreen..




Sepanjang saya berada di Sarawak saya banyak mempelajari resepi kek lapis Sarawak daripada pembantu rumah saya , Puan Norma. Walaupun bekerja sebagai pembantu di rumah saya pada ketika itu, kami banyak menghabiskan masa pada waktu petang untuk memasak kuih dan hidangan minum petang. saya berpeluang belajar resepi kek lapis yang diwarisi turun - temurun oleh keluarganya. Apa yang melucukan ialah rakan sekerja saya yang berasal dari Sarawak juga datang belajar bersama kerana dia sendiri pun tidak pernah membuatnya. Apabila tiba musim perayaan, rakan sekerja saya hanya 'order' sahaja daripada pembuat kek. Inilah kek lapis pertama yang saya pelajari daripadanya.

KEK LAPIS EVERGREEN
Bahan - bahan:
24 biji kuning telur
4 biji putih telur
500 g mentega- pure butter
2 paket serbuk santan segera
4 sudu besar susu pekat manis
2 cawan gula halus
1 3/4 cawan tpg gandum
1 botol kecil pandan paste (emulco)
1 sudu besar ovalette
Pewarna hijau epal
Cara membuatnya:
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang
  2. Masukkan mentega, ovalette, santan serbuk dan susu pkt manis.
  3. Gaul hingga sebati
  4. Masukkan tepung, pasta pandan dan pewarna hijau.
  5. Sediakan loyang bersaiz 8x8 yang telah dilapis dgn kertas minyak.
  6. Sudukan sebanyak 5 sudu dan bakar pada suhu 190'c api atas dan bawah selama 15 minit atau hingga kekuningan.
  7. Apabila telah kekuningan, tekan dgn sterika kuih
  8. Lapis lagi adunan dan bakar lagi dgn api atas sahaja
  9. Ulangi langkah di atas sehingga adunan habis.
Note: untuk mendapatkan kek yang benar - benar sedap saya gunakan mentega Golden churn(cap tong kayu)



No comments:

Post a Comment