Wednesday, October 21, 2009

Tart nanas gulung






Resepi ini merupakan resepi yang saya perolehi ketika berada di Sarawak 9 tahun yang lepas. Walaupun banyak resepi tart nanas yang saya cuba , namun ianya tidak sama dengan resepi ini. Terima kasih kepada tuan punya resepi yang asal. Puan Zulaina yang sekarang ini mengikut suaminya bekerja di sebuah ladang Kelapa Sawit di Pahang. Beliau merupakan kenalan saya dan amat rapat ketika berada di sana. Kata orang jauh perjalanan luas pengalaman. Memang benar sekali. Jadi saya ingin kongsi bersama anda semua.. Ramai yang memuji resepi tart ini bila dihidangkan pada hari raya..
Tart Nanas Gulung
Bahan- bahannya:
125 g mentega
30 g gula halus
30 g susu tepung
40 g tepung jagung
1 biji kuning telur
1/2 sudu makan emplex
1 sudu teh vanilla
2 cawan Tepung gandum - boleh ditambah sedikit sekiranya terlalu lembik adunan
jem nanas
Telur kuning utk sapuan
Cara membuatnya:
1. Pukul gula dan mentega
2. Masukkan telur dan esen vanilla
3. Masukkan tepung ( tpg gandum, tpg jagung dan emplex yang telah diayak)
4. Maasukkan kedalam acuan nastar, terap , masukkan jem nanas dan gulung.
4. Bakar pada suhu 180'c lebih kurang 20 minit
5. Sejukkan dan masukkan dalam balang kedap udara
- Saya juga lebih suka menyediakan sendiri jem nanas.
Bahan - bahannya:
1 biji nanas, 1/2 cawan air dan 1 cawan gula - masak sampai kering


No comments:

Post a Comment