Friday, October 23, 2009

Chicken chop




CHICKEN CHOP
This morning my beloved daughter Anis Nabilah came in to my room and said that she wanted to eat chicken chop for lunch.. Then, I asked Aiman and Arif. They agreed. My hubby? It's not a problem coz he will not go home until night.. So, I started to prepare the ingredient.
Bahan - bahannya:
Ayam
4 ketul ayam bahagian paha(dibuang kulit dan tulang)
1 paket kecil tepung KFC
1 biji putih telur
Minyak untuk menggoreng
- ayam di bersihkan, celup dalam putih telur
- salutkan dgn tepung KFC
- Goreng hingga kekuningan
Sos Lada hitam
1 botol kecil sos lada hitam jenama LIFE
2 ulas bawang putih
sedikit asam jawa
sedikit air
1/2 sudu kecil tepung jagung-ikut keperluan
cara membuatnya:
tumis bawang putih, masukkan sos lada hitam dan air,
tambahkan air asam jawa dan tepung jagung.
Salad
1 paket kecil frozen mix vegetables
2 sudu besar mayonis-ikut keperluan
cara:
- rebus mix vegetables sekejap
- angkat ,biarkan seketika
- gaul dgn mayonis
simpan dalam peti ais seketika




Roti jala dan kari ayam




mmmm....nothing to do this evening.. After lunch, I am trying to watch a tv. But, nothing interesting. So, after thinking what suppose I cook for this lovely sunday, I make a decision to make Roti Jala and chicken curry.. My hubby, as usual with his laptop. When I asked him what he liked to eat , he just said "it,s up to you" Roti Jala is the most simple dish that I can do ..at this time lah..he!he!

ROTI JALA
2 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
pewarna kuning
cara:
masukkan semua bahan dalam blender dan kisarkan sekejap sehingga semua bhn sebati
Sapu sedikit minyak masak ke atas 'non-stick pan'
Kirai di atas kuali
angkat dan lipat
Kari ayam
1/4 ekor ayam - dipotong kecil
2 cawan santan
2 sudu besar rempah kari-dicampurkan dgn sedikit air
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 iici halia
2 biji kentang - dipotong dadu
1/2 batang lobak merah - dipotong dadu
1 biji cili hijau
garam dan gula secukup rasa
minyak utk menumis
cara:
- tumis bawang merah, bawang putih dan halia
- masukkan rempah kari, tunggu hingga pecah minyak
- masukkan ayam,santan, gula dan garam
- tunggu hingga mendidih dan masukkan ubi kentang, carrot dan cili hijau.
- boleh dihidangkan dgn roti jala..



Thursday, October 22, 2009

Gulai Udang dgn Timun

Udang.. walau dimasak mcm mana pun memang sedap. Udang ni boleh di masak dgn pelbagai cara. Namun Che Tie sangat suka makan gulai udang. Apatah lagi sekiranya di tambah dgn timun dan lada hijau muda(orang Kelantan panggil Lada Solok). Hari ni waktu balik dari tempat kerja ptg tadi, singgah kejap dekat Simpang 3 Rungkup.. Ada cerita sebenarnya tentang simpang tiga Rungkup ni. Jangan marah Ye Cikgu asyraf. Sejak seminggu lalu saya tak beli ikan kerana ikan dalam peti ais masih ada. Cuaca pun tak berapa elok , jadi bila pergi pasar ikan yang di jual tak segar dan matanya sakit.. he!he! Orang yang biasa dok dekat dgn laut ni memang cerewet sikit bab ikan ni..Sambung balik cerita kita, jadi hari ni banyak seafood segar yang baru keluar dari kapal..Wow! Banyaknya udang. Jadi Che Tie pun beli le stok untuk seminggu.





Gulai Udang dgn Timun





Bahan - bahan:

10 ekor udang besar ( RM 35 Sekilo)

Bahan - bahan kisar/ tumbuk halus
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
sehiris lengkuas
1/2 sudu teh rempah biji

Santan dari sebiji kelapa
sebiji timun
cili hijau
Gula, garam dan asam keping- ikut citarasa

Cara:

  1. Udang dibersihkan dan ditos
  2. masukkan santan , udang dan bahan kisar dalam periuk
  3. masukkan juga garam, gula dan asam keping
  4. Apabila santan dah mendidih masukkan timun dan cili hijau. Biarkan seketika
  5. Angkat dan hidangkan

Wednesday, October 21, 2009

Nasi Beriani, Udang sweet sour dan kerutup daging










Anak saya yang kedua agak cerewet dan begitu memilih makanan. Arif akan hanya makan makanan yang menepati seleranya sahaja.. Aduh penat mamanya ni. Suami saya seorang yang simple dan akan makan apa sahaja yang saya masak. Begitu senang kerana dia tidak cerewet.Malah dia suka mencuba makanan dan akan memberi komen tentang masakan saya..Sepanjang Ramadhan yang lepas, Saya memasak Nasi beriani selang 3 atau 4 hari sahaja utk memenuhi permintaan anak sulung dan kedua yang berpuasa. Alhamdulillah Mereka dapat berpuasa penuh walaupun berusia 7 dan 8 tahun sahaja ,Syukur.

Nasi Beriani



Bahan - bahan



1/2 kilo beras basmathi

2 sudu besar rempah basmathi

1 cawan susu sejat - masukkan 1/2 biji perahan jus limau nipis

2 sudu besar minyak sapi

2 sudu besar minyak masak

pewarna kuning








Bahan tumis:


3 biji bawang merah- dihiris

2 ulas bawang putih - dihiris

2 inci halia - dihiris

2 helai daun pandan

4 ketul ayam - pilihan kalau tak letak pun tak apa


1 biji buah tomato - dibelah 6

2 tangkai daun sup


Cara membuatnya:

- Panaskan minyak sapi dan minyak masak

- Tumis bahan hiris dan daun pandan
- masukkan ayam -kacau rata- masukkan rempah basmathi dan beras
- Kacau dan masukkan air, susu sejat- apabila airnya kering, masukkan pewarna kuning, daun sup dan buah tomato yang dibelah 6.- Biarkan sehingga masak

Daging Kerutup


Bahan bahannya:
500 gram daging lembu
1 biji kelapa - diambil santan
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 ini halia
2 sudu besar rempah kerutup
1/2 sudu besar kerisik
kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
garam, gula secukup rasa
4 biji ubi kentang di belah 2
sedikit air asam jawa
2 biji cili hijau di belah 2

cara membuatnya:

- kisar bawang dan halia
- tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
-masukkan bahan kisar, tumis hinggan naik bau
- masukkan daging dan sedikit santan (1/2 cawan sahaja)
- tutup periuk dan biarkan kering. Kacau sekali - sekala
-Bila dah kering santan tadi, masukkan santan yang selebihnya
- masukkan ubi kentang, gula dan garam.
- Biarkan mendidih
- Bila daging empuk, masukkan sedikit air asam jawa, kerisik
- Akhir sekali masukkan cili hijau
-Boleh dihidangkan dgn nasi beriani, nasi putih atau di cicah dgn roti







Kek Lapis Evergreen

Inilah rupa penekan kek atau pun sterika kuih yang digunakan utk menekan setiap lapisan kek lapis. Saya membelinya ketika berada di Sarawak dgn harga RM 4 sahaja. Apabila di tanya oleh rakan bagaimana rupanya, agak sukar utk menerangkan kerana susah utk menjumpainya di kedai di Semenanjung ini.
Ini adalah merupakan adunan kek lapis evergreen..




Sepanjang saya berada di Sarawak saya banyak mempelajari resepi kek lapis Sarawak daripada pembantu rumah saya , Puan Norma. Walaupun bekerja sebagai pembantu di rumah saya pada ketika itu, kami banyak menghabiskan masa pada waktu petang untuk memasak kuih dan hidangan minum petang. saya berpeluang belajar resepi kek lapis yang diwarisi turun - temurun oleh keluarganya. Apa yang melucukan ialah rakan sekerja saya yang berasal dari Sarawak juga datang belajar bersama kerana dia sendiri pun tidak pernah membuatnya. Apabila tiba musim perayaan, rakan sekerja saya hanya 'order' sahaja daripada pembuat kek. Inilah kek lapis pertama yang saya pelajari daripadanya.

KEK LAPIS EVERGREEN
Bahan - bahan:
24 biji kuning telur
4 biji putih telur
500 g mentega- pure butter
2 paket serbuk santan segera
4 sudu besar susu pekat manis
2 cawan gula halus
1 3/4 cawan tpg gandum
1 botol kecil pandan paste (emulco)
1 sudu besar ovalette
Pewarna hijau epal
Cara membuatnya:
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang
  2. Masukkan mentega, ovalette, santan serbuk dan susu pkt manis.
  3. Gaul hingga sebati
  4. Masukkan tepung, pasta pandan dan pewarna hijau.
  5. Sediakan loyang bersaiz 8x8 yang telah dilapis dgn kertas minyak.
  6. Sudukan sebanyak 5 sudu dan bakar pada suhu 190'c api atas dan bawah selama 15 minit atau hingga kekuningan.
  7. Apabila telah kekuningan, tekan dgn sterika kuih
  8. Lapis lagi adunan dan bakar lagi dgn api atas sahaja
  9. Ulangi langkah di atas sehingga adunan habis.
Note: untuk mendapatkan kek yang benar - benar sedap saya gunakan mentega Golden churn(cap tong kayu)



Tart nanas gulung






Resepi ini merupakan resepi yang saya perolehi ketika berada di Sarawak 9 tahun yang lepas. Walaupun banyak resepi tart nanas yang saya cuba , namun ianya tidak sama dengan resepi ini. Terima kasih kepada tuan punya resepi yang asal. Puan Zulaina yang sekarang ini mengikut suaminya bekerja di sebuah ladang Kelapa Sawit di Pahang. Beliau merupakan kenalan saya dan amat rapat ketika berada di sana. Kata orang jauh perjalanan luas pengalaman. Memang benar sekali. Jadi saya ingin kongsi bersama anda semua.. Ramai yang memuji resepi tart ini bila dihidangkan pada hari raya..
Tart Nanas Gulung
Bahan- bahannya:
125 g mentega
30 g gula halus
30 g susu tepung
40 g tepung jagung
1 biji kuning telur
1/2 sudu makan emplex
1 sudu teh vanilla
2 cawan Tepung gandum - boleh ditambah sedikit sekiranya terlalu lembik adunan
jem nanas
Telur kuning utk sapuan
Cara membuatnya:
1. Pukul gula dan mentega
2. Masukkan telur dan esen vanilla
3. Masukkan tepung ( tpg gandum, tpg jagung dan emplex yang telah diayak)
4. Maasukkan kedalam acuan nastar, terap , masukkan jem nanas dan gulung.
4. Bakar pada suhu 180'c lebih kurang 20 minit
5. Sejukkan dan masukkan dalam balang kedap udara
- Saya juga lebih suka menyediakan sendiri jem nanas.
Bahan - bahannya:
1 biji nanas, 1/2 cawan air dan 1 cawan gula - masak sampai kering


Tuesday, October 20, 2009

Talam suji




Hari ini begitu menyenangkan.. Kali pertama mempunyai blog sendiri. Sangat seronok dan begitu mengujakan. Mendapat inspirasi utk buat blog sendiri apabila setiap hari membuka blog mamafami @blogspot dan juga http://hanieliza@fotopages.. Byk ilmu yang boleh di kongsi .Ilmu dapat pahala pun dapat. Ramai orang yang tidak ingin berkongsi ilmu. Tapi sebenarnya makin banyak ilmu yang kita kongsi lebih banyak faedah. Prinsip saya ialah tiada rahsia dalam ilmu masakan. Apa sahaja yang saya ketahui saya akan kongsi dengan kawan - kawan dan sesiapa saja.


Resepi yang pertama saya masukkan didalam blog saya ialah Talam suji.. Saya dan keluarga sangat menyukainya..http://hanieliza/@fotopages




Talam suji

Bahan - bahan

Lapisan bawah

1 1/2 cawan tepung suji
1 cawan gula
2 biji telur- dipukul
4 cawan santan cair
Sedikit pewarna kuning

Lapisan atas

4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
1 cawan gula merah
2 sudu kecil coklat emulco

Cara membuatnya:

Lapisan bawah

  1. masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api hingga agak pekat
  2. masukkan dalam loyang dan kukus 15 - 20 minit

Lapisan atas

  1. Campurkan semua sekali bahan tersebut. Masak sekejap
  2. Tuang atas lapisan bawah.
  3. Kukus lagi selama 20 minit