Showing posts with label Kuih- muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih- muih. Show all posts

Monday, December 3, 2012

Donut Gebu

Resepi donut yang ni memang best.Walaupun tak perlu rehatkan doh , namun ia gebuss.. Memang puas hati la bila buat satu adunan. Anak anak Chetie memang penggemar donut.Bila buat satu adunan boleh makan dua kali..Sekali goreng 10 biji cukup le..Yang separuh lagi tu che tie goreng suku masak.Pastu, frozen kan. Bila nak makan , keluarkan aje dari freezer, terus goreng..senangkan? Untuk karipap pun che tie guna kaedah yang sama.Bila dah goreng separuh masak, simpan dalam freezer, bila ada tetamu yang datang mengejut, bolehla goreng ajer..Itupun kalau sempat difrozenkan la..hihihihi







Nampak tak dia punya tekstur...walllah...memang sedap resepi yang che tie ambil dari blogger ctdelima Iaitu dari dapur ct ddelima.com.
Memang ini le resepi terbaik untuk donut yang pernah che tie buat.Memang berbaloi - baloi...ok..kita tengok resepi nya dulu yer Iibu ibu...hihihi

Bahan- bahan :

500 gram tepung gandum
11 gram yis mauripan
1 sudu besar shortening
50 gram marjerin
2 sudu besar gula kastor
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur - dipukul sedikit
1/ 2 sudu teh garam
190 ml air suam 

Bahan lain : gula kastor untuk tabur diatas donut

Cara - cara membuatnya:

1) Tuang air suam , masuk yis , gula pasir , susu , marjerin dan shortening.
2) Kacau dan biarkan selama 8 - 10 minit .
3) setelah yis berbuih, ayakkan separuh tepung gandum terus ke dalam aadunan.Masukkan pula telur yang telah dipukul dan garam.
4) Ayakkan lagi tepung yang selebihnya . Gaul dengan sudu dan uli dengan tangan hingga sebati.
5) Jika menggunakan breadmaker masukkan semua bahan cecair dan diikuti dengan semua bahan kering.Tekan dough dan tekan butang start.
6) Doh boleh terus dibentuk tanpa direhatkan.
7) Terap doh dengan acuan donut.
8) Goreng dan angkat.Toskan seketika dan taburkan gula atau hias la mengikut kreativiti sendiri..
10) Selamat mencuba

●Che tie menggunakan bread maker ..jadi senang le kerja uli menguli ni...hihihi







Sunday, April 11, 2010

Kuih Kaswi




emm .. sedapnya kuih muih tradisional ni. nak pulak kalau kena cara membuatnya. minggu lepas ada orang bagi kelapa untuk buat inti.. che tie pun apa lagi.. seronok lah sebab macam- macam boleh buat dgn kelapa muda tu..buat inti memang sedap. Apatah lagi kalau dimakan dgn pulut ikan kering.. kecur air liur dibuatnya..


Bahan - bahannya:

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung ubi
3 cawan air
1 cawan gula melaka - dicairkan
1 cawan gula pasir (boleh dikurangkan dan ditambah dgn gula melaka)
sedikit garam
sedikit kapur - dihancurkan dgn 1/4 cawan air


kelapa parut dan garam - utk digaulan dengan kuih kaswi


Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan kecuali kelapa parut dan gaul hingga sebati
2. Tapis
3. Kukus selama 30 minit
4. sejukkan
5. Potong dan gaulkan dengan kelapa parut .

Friday, March 12, 2010

Puding aiskrim




Semalam ada 'pot- luck' kat sekolah.. tak tahu le apa yang nak dibawa.. at last, timbul idea, apa kata che tie bawa desert sebab dah ada yang bagitahu nak bawa nasi lemak, bakso dan lain - lain..Jadi, malam tu che tie buatlah puding aiskrim ni. Che tie dah belajar buat puding ni 15 tahun yang lalu.. Nampaknya setakat ini, jarang yang tak suka. apatah lagi dgn warnanya yang menarik.. tapi agak kecewa sedikit sebab che tie terlupa nak ambil gambar puding yang telah dipotong..Lain kali bila che tie buat lagi, Che Tie akan edit ..




Bahan - Bahan
25 g agar - agar
5 gelas air
2 cawan gula
sedikit gula batu
1 tin susu cair
secawan santan
5 biji telur - asingkan kuning dan putih
pewarna merah
pewarna kuning telur
esen vanila
Cara membuatnya:
1. masak agar - agar dengan air sehingga hancur
2. masukkan gula. kacau hingga gula sebati
3. bahagikan agar - agar kpd 2 bahagian. masukkan ke dalam 2 periuk berlainan.. ( guna 2 dapur serentak)
4. satu bahagian diletakkan pewarna merah. masukkan gula batu.Apabila gula batu telah cair, ambil sebahagian agar - agar warna merah dan masukkan dalam loyang. Tunggu hingga agar - agar agak keras ( kalau keras, guriskan dgn garfu supaya lapisan kuning melekat)
5. Di dalam mangkuk, campurkan kuning telur, santan, susu cair, pewarna kuning dan esen vanila.kacau hingga sebati dan masukkan ke dalam agar - agar yang yang belum diletakkan warna tadi.. kacau sekejap.
6. Tuangkan keatas agar - agar merah yang telah dibekukan seketika tadi secara perlahan - lahan.
7. Pukul putih telur hingga kembang ( sehingga tidak bergerak). masukkan lebihan agar agar berwarna merah yang masih di atas dapur tadi dan pukul hingga sebati.
8. Tuangkan di atas lapisan kuning dan ratakan..(tidak perlu tunggu hinnga lapisan kuning sejuk)














Tuesday, December 22, 2009

Apam Marmar






Semalam baru saja tengok - tengok resepi kat mamafami@fotopages. Terjumpa resepi apam marmar yang mamafami baru poskan. Che Tie try le buat utk minum petang.. hasilnya menakjubkan. Apam yang lembut dan gebu. senang pulak tu. Jadi Che tie pun nak kongsi resepi







Bahan - bahannya:
250gm tepung naik sendiri
200 ml santan
170 gm gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovalette
sedikit garam
pewarna hijau, kuning dan pink
Cara membuatnya:
1. masukkan semua bahan dalam mangkuk kecuali pewarna
2. pukul dengan kelajuan rendah
3. tingkatkan kelajuan dan pukul hingga kembang dan ringan
4. Bahagikan kepada empat bahagian. tambah pewarna. setiap satu bahagian. Satu bahagian lagi biarkan pada warna asal.
5. Lensakan loyang dgn mentega.
6. tuangkan adunan secara selang -seli untuk setiap warna
7. kukus 45 minit
8. Biarkan sejuk sebelum di potong











Wednesday, December 16, 2009

Kuih Cara




Kuih cara.. Kuih tradisional orang melayu..Bahan - bahannya sangat mudah didapati..waktu balik kampung yang lalu Che Tie ada membeli acuan kuih cara.. Bila cuti sekolah ni, baru ada kelapangan untuk buat kuih ni. Sesuai untuk minum petang. anak - anak pun suka.




Bahan - bahannya:
2 1/4 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen pandan
sedikit pewarna hijau epal
Cara membuatnya:
1. campurkan semua bahan di atas dan tapis.
2. Griskan sedikit minyak pada acuan kuih cara.
3. tuangkan adunan ke dalam acuan
4. Masukkan 1/2 sudu teh gula pasir ( boleh kurangkan ikut kesukaan ) ke dalam adunan tadi
5. Tutupkan seketika
6.Angkat dan hidangkan.
Nota : Che Tie selalu griskan minyak pada acuan dengan menggunakan daun pandan yang diikat dan celup pada sedikit minyak.









Monday, December 7, 2009

Puding roti karamel



Kalau nak buat pencuci mulut yang ringkas dan cepat untuk tetamu yang tidak di sangka, inilah pilihannya. masa nya tak sampai setengah jam pun.. anak - anak Che Tie sangat suka puding karamel. Tapi mereka lebih suka yang tidak ditambah roti..





Bahan - bahannya :

6 biji telur ayam
1 tin susu cair
1 tin air ( guna tin susu utk sukat )
3/4 cawan gula
sedikit esen vanila
3 keping roti- dicarik
5 sudu besar gula - untuk dijadikan gula hangus

cara - cara membuatnya:
  1. masukkan gula untuk dijadikan gula hangus dalam loyang.

  2. masak atas api yang sederhana sehingga menjadi gula hangus.

  3. tutup api dan biarkan mengeras dalam loyang

  4. dalam mangkuk yang lain, campurkan semua bahan - bahan lain dgn menggunakan 'mixer' dan kacau hingga sebati

  5. masukkan kedalam loyang yang mengandungi gula hangus yang telah pun keras tadi.

  6. kukus selama 15 minit.

  7. angkat dan terbalikkan puding tadi dalam bekas lain. air gulanya akan berada di atas dan berkilat.



Friday, October 23, 2009

Roti jala dan kari ayam




mmmm....nothing to do this evening.. After lunch, I am trying to watch a tv. But, nothing interesting. So, after thinking what suppose I cook for this lovely sunday, I make a decision to make Roti Jala and chicken curry.. My hubby, as usual with his laptop. When I asked him what he liked to eat , he just said "it,s up to you" Roti Jala is the most simple dish that I can do ..at this time lah..he!he!

ROTI JALA
2 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
pewarna kuning
cara:
masukkan semua bahan dalam blender dan kisarkan sekejap sehingga semua bhn sebati
Sapu sedikit minyak masak ke atas 'non-stick pan'
Kirai di atas kuali
angkat dan lipat
Kari ayam
1/4 ekor ayam - dipotong kecil
2 cawan santan
2 sudu besar rempah kari-dicampurkan dgn sedikit air
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 iici halia
2 biji kentang - dipotong dadu
1/2 batang lobak merah - dipotong dadu
1 biji cili hijau
garam dan gula secukup rasa
minyak utk menumis
cara:
- tumis bawang merah, bawang putih dan halia
- masukkan rempah kari, tunggu hingga pecah minyak
- masukkan ayam,santan, gula dan garam
- tunggu hingga mendidih dan masukkan ubi kentang, carrot dan cili hijau.
- boleh dihidangkan dgn roti jala..



Tuesday, October 20, 2009

Talam suji




Hari ini begitu menyenangkan.. Kali pertama mempunyai blog sendiri. Sangat seronok dan begitu mengujakan. Mendapat inspirasi utk buat blog sendiri apabila setiap hari membuka blog mamafami @blogspot dan juga http://hanieliza@fotopages.. Byk ilmu yang boleh di kongsi .Ilmu dapat pahala pun dapat. Ramai orang yang tidak ingin berkongsi ilmu. Tapi sebenarnya makin banyak ilmu yang kita kongsi lebih banyak faedah. Prinsip saya ialah tiada rahsia dalam ilmu masakan. Apa sahaja yang saya ketahui saya akan kongsi dengan kawan - kawan dan sesiapa saja.


Resepi yang pertama saya masukkan didalam blog saya ialah Talam suji.. Saya dan keluarga sangat menyukainya..http://hanieliza/@fotopages




Talam suji

Bahan - bahan

Lapisan bawah

1 1/2 cawan tepung suji
1 cawan gula
2 biji telur- dipukul
4 cawan santan cair
Sedikit pewarna kuning

Lapisan atas

4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
1 cawan gula merah
2 sudu kecil coklat emulco

Cara membuatnya:

Lapisan bawah

  1. masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api hingga agak pekat
  2. masukkan dalam loyang dan kukus 15 - 20 minit

Lapisan atas

  1. Campurkan semua sekali bahan tersebut. Masak sekejap
  2. Tuang atas lapisan bawah.
  3. Kukus lagi selama 20 minit