Monday, April 26, 2010

Kerabu ikan Bilis


Kerabu ikan bilis. Dah lama tak buat hidangan ini.Tergerak hati nak buat bila makan kat sebuah kedai makan, my hubby order, tapi dia frust sebab tak ada dalam menu. So, keesokan harinya che tie pun buatlah.. ala - ala isteri mithali gitu. he!he! Bahan - bahannya: ikan bilis- goreng hingga garing 2 batang serai - hiris nipis 1/2 labu bawang holland - dipotong dadu 2 biji cili merah 4 biji cili api 1/2 biji buah tomato - dipotong dadu gula dan garam sebiji limau nipis - ambil airnya Cara membuatnya: 1. tumbuk cili api dan cili merah hingga hancur. 2. masukkan garam dan gula kedalam cili 3. Gaul semua bahan sehingga sebati Seimbangkan rasa masam, manis dan pedas. 4. Hidangkan dengan taburan daun sup..

Ketam bercili


hari ni, sebaik saja lepas mesyuarat guru Tingkatan, che tie berjalan - jalan dengan ibu mengandung. Cikgu Zuraida..dah sarat. nak masuk lapan bulan tapi masih semangat utk meronda - ronda. Kami singgah kat Pasar Tani Bandar Jengka. Sangat teruja kerana ikan sangat segar .. Terpandang kat ketam , terus jatuh cinta. Tapi mahal la kalau nak bandingkan dengan kat Bagan Datoh dulu. Harganya RM22 sekilogram. Tapi bila dah jatuh cinta pandang pertama ni, payah dah. Besarnya ketam.. Apalagi, ambil 3 ekor, tapi beratnya lebih sekilogram. Balik rumah masak le.


Bahan - bahannya

1 kg ketam
2 sudu besar sos cili
1 sudu sos tiram
garam dan gula
1 biji telur

bahan kisar

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar ( merah)


Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar
2. biarkan sehingga wangi.masukkan sedikit air
3. Masukkan sos cili, sos tiram, gula dan garam secukup rasa.
4. Masukkan ketam dan tutup seketika
5. Bila ketam dah masak, pecahkan dan pukul telur
6. Masukkan kedalam ketam dan kacau hingga sebati.
7.angkat dan hidangkan.

Sunday, April 11, 2010

Tomyam Ayam dan Udang




Tomyam antara menu yang mudah dan ringkas.. Bahannya pula mudah untuk disediakan.

Bahan - bahannya:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
10 ekor udang
3 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang holland - dibelah 6
5 biji cli api - diketuk
3 batang serai - diketuk
2 hiris lengkuas
2 helai daun limau purut (pilihan sekiranya suka)
2 biji buah tomato
1 bungkus cendawan tiram
1 bungkus perencah tomyam ADABI
sedikit air perahan limau nipis
garam dan perasa
Daun ketumbar

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang putih, bawang besar, serai, daun limau purut, cili api.
2. Masukkan perencah tomyam dan sedikit air
3. Masukkan ayam, lemgkuas dan tambahkan lagi air secukupnya
4. Biarkan mendidih.
5. Masukkan pula udang, buah tomato ( lenyek sedikit untuk mengeluarkan rasa masamnya), garam , serbuk perasa, air perahan limau nipis.
6. Masukkan pula cendawan.
7. akhir sekali masukkan daun ketumbar..
8. Sedia untuk dihidangkan


Kuih Kaswi




emm .. sedapnya kuih muih tradisional ni. nak pulak kalau kena cara membuatnya. minggu lepas ada orang bagi kelapa untuk buat inti.. che tie pun apa lagi.. seronok lah sebab macam- macam boleh buat dgn kelapa muda tu..buat inti memang sedap. Apatah lagi kalau dimakan dgn pulut ikan kering.. kecur air liur dibuatnya..


Bahan - bahannya:

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung ubi
3 cawan air
1 cawan gula melaka - dicairkan
1 cawan gula pasir (boleh dikurangkan dan ditambah dgn gula melaka)
sedikit garam
sedikit kapur - dihancurkan dgn 1/4 cawan air


kelapa parut dan garam - utk digaulan dengan kuih kaswi


Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan kecuali kelapa parut dan gaul hingga sebati
2. Tapis
3. Kukus selama 30 minit
4. sejukkan
5. Potong dan gaulkan dengan kelapa parut .

Saturday, April 3, 2010

Ikan Siakap Masak Kukus




Tomyam :Menu makan tengahari..sedap dihidangkan dengan ikan siakap kukus


Penat sungguh rasanya.. Semalam che tie menghadiri kursus MELTA (utk guru Bahasa Inggeris sahaja) sahari penuh di Bahagian Teknologi Pendidikan Kuantan, Pahang.. Seronok rasanya sebab dapat jumpa dengan ramai guru - guru bahasa Inggeris dari seluruh negeri Pahang.Jadi, bangun pagi - pagi hari ni, terus ke Pasar Borong bersama dengan suami ..Beli stok utk seminggu.. Jadi tengahari ni, sediakan menu makan tengahari ikut permintaan anak - anak.. Semalam , dah satu hari tak masak untuk mereka.Jadi inilah menunya untuk hari ni, siakap stim, tomyam ayam + udang, dan pembuka selera, ikan talang masin goreng.. fuh.. sedapnya ikan talang.Ni yang payah nak kawal berat badan ni.





Ikan Siakap Kukus


Bahan - bahan

1 ekor ikan siakap - bersihkan dan lumurkan dgn halia, bawang putih dan garam yang telah dikisar

Bahan Kuah

- 3 ulas bawang putih
-1 biji bawang besar- dibelah 6
- 1 biji cili merah
- 4 biji asam boi putih
-1 biji tomato - belah 4
- 2 cawan air
- 2 inci halia-dihiris ni[is
- garam dan gula
- perahan limau nipis/sedikit cuka
- daun ketumbar- untuk hiasan


cara membuatnya:


1. Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan
2. Masukkan air, bawang besar, buah tomato, cili merah, asam boi, gula , garam, perahan limau nipis.
3. Biarkan mendidih
4. Ikan yang telah diperap dimasukkan kedalam pinggan/ mangkuk.
5. Tuangkan kuah ke atas ikan dan kukus selama 20 minit..6. Hiaskan dengan daun ketumbar.