Salam untuk semua rakan bloggers dan jugak rakan rakan yang sentiasa mengunjungi blog che tie ini.. Hari ahad lalu che tie telah membuat surprise untuk en suami sempena bday beliau.. Happy besday my beloved en suami.. Biasa nya Che Tie selalu membuat kek atau membeli kek untuk bday beliau.. Kali ni rasa macam saja je nak bagi dia touching sikit... ( maklum lah umur dah makin meningkat ni, kita kena lah letak baja lebih sedikit agar CINTA yang telah lama di bajai makin mekar dan mewangi.. hikhikhik.. Amboi... bercakap pasal cinta pulak kita hari ni ye.. Ok.. Tadi waktu kat tempat kerja.. ada seorang ustazah tu.. baik dan sangat mesra dengan Che Tie.. Nama dia Ustazah Rozlina atau nama panggilan manjanya.. kak Leen... Dia tanya "Bila gok Tie nok sebut namo kak Leen sekali dalam blog tu?" Haaa.. Kak Leen.. ni dah sebut la.. Jangan main main.. Sebut sungguh dah ni...Ok lah banyak pulak citer kita hari ni ye :)
Che Tie nak bagi resepi pulut kuning yang Che Tie masak dengan pressure cooker ahad lalu..Sambil tu kita tinjau dulu gambar gambarnya....
Bahan - bahan :
1 kg beras pulut - bersihkan dan direndam bersama dengan sedikit serbuk kunyit dan asam keping selama 10 minit
2 gelas air 1 gelas santan pekat - masukkan garam dan gula secukup rasa
Cara cara membuatnya:
1) masak pulut bersama dengan air dengan menggunakan setting "high pressure" selama 3 mint
2) Apabila periuk tekanan dah berbunyi, buka penutup dan masukkan santan pekat. Biarkan selama 3 minit.
3) Apabila dah masak keluarkan dari periuk dan masukkan dalam loyang atau bekas untuk membuat bentuk yang disukai atau boleh terus dihidangkan bersama dengan rendang atau kari ... ikut kesesuaian la ye!...
No comments:
Post a Comment