Memasak adalah satu terapi yang dapat memberikan kepuasan pada sesiapa sahaja yang meminati dunia masakan..
Wednesday, July 4, 2012
SOTONG BLACKPEPPER
Salam untuk semua. Hari ni baru berpeluang untuk update blog... Cikgu Norzakiah jiran kat dalam bilik guru menanya .. bila nak update blog? Hari ni baru rajin nak buka laptop. Suasana di tempat baru , berjumpa kawan kawan baru, adalah merupakan lumrah dalam hidup chetie.Sampai pencen la memang hidup berpindah randah. Walau apapun " I'm happy with my life"
Okey, kita teruskan dengan resepi kita pada hari ni.. Sotong blackpepper..
Senang dan ringkas
2
Bahan - bahan :
1/2 kg sotong putih
2 inci halia - hiris nipis
1 labu bawang holland - belah 6
5 tangkai cili kering - potong 2
satu sudu besar lada hitam - kisar
kicap pekat manis
daun sup
capsicum @ cili hijau
3 ulas bawang putih - diketuk
Cara membuatnya :
1. Tumis bawang putih, bawang besar, cili kering dan halia hingga wangi
2. masukkan sotong putih. Biarkan seketika.
3. Masukkan lada hitam , kicap manis. Biarkan sehingga agak kering
4. Akhir sekali masukkan capsicum dan daun sup.
5. Boleh dihidangkan bersama nasi putih atau nasi beriani.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment