Salam dan selamat Petang untuk semua.. Dah nak masuk bulan Disember.. Sekejap aje masa berlalu.. Pelbagai ranjau dan duri kita telah tempohi.. Tup tup dah berlabuh tahun 2012.. Resepi ni chetie dapat dari blog yang terkenal tu.. siapa lagi kalau bukan dari blog Azlita Masam manis tu..Che tie dah buat 3 kali resepi ni.. Memang hasilnya tidak menghampakan.. sedap dan mendapat pujian dari kawan kawan yang makan.. Licin satu biji bila di bawa ke bilik guru tempoh hari .
Bahan - Bahan
Kek coklat
150 grm mentega
120 gm gula halus
125 tepung gandum
40 gm serbuk koko
40 gm milo
2 biji telur
70 gm susu pekat manis
Cara - cara membuatnya :
1. Sediakan loyang 8 inci. Griskan dengan mentega. Che Tie guna loyang yang boleh buka bahagian bawahnye tu..
2. Panaskan oven pada suhu 170'c api bawah sahaja tau..
3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
4. Masukkan telur satu persatu
5. Pukul rata dan tutup mixer.
6.Masukkan tepung yang telah diayak, milo dan serbuk koko. Gaul dengan senduk kayu sahaja
7. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
8. Masukkan adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 170' c selama 30 minit.
9. Bila kek hampir masak, sediakan bahan cheese.
Bahan Cheese
400 gm cream cheese
120 gm gula halus
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
cara - cara membuatnya:
1. Pukul cream cheese dan gula hingga berkrim
2. Masukkan telur satu persatu dan terus memutar.
3. Tambahkan esen vanilla hingga sebati.
4. Ambil sesudu adunan cheese dan letak pewarna hijau dan merah untuk hiasan.ketepikan
5. Tuang adunan cheese ke atas kek coklat dalam loyang tadi.
6.Bolehlah corakkan ikut kreativiti anda sendiri. ( Che Tie buat dua jenis.. 1. Che tie lukis bunga ros dgn daun dan yang satu lagi Che Tie tambahkan coklat emulco dan lorekkan sarang labah labah tu.. hihihi
7. Letak loyang lain yang saiznye lebih besar dari loyang kek tadi dan isi air panas di dalamnya ke dalam oven
8. Balutkan loyang kek dengan aluminium foil jika guna loyang yang boleh buka bawahnya
9. Bakar kek pada suhu 170'c selama 45 minit api bawah sahaja
10. Tutup loyang kek dgn kertas aluminium dan bakar algi selama 15 minit..
11. Sejukkan sebelum dipotong
8. Balut
No comments:
Post a Comment