Wednesday, May 7, 2014

ikan labau (ikan sungai)masak tempoyak

Negeri perak dan Pahang..kedua duanya terkenal dengan masakan tepoyak..cuma cara dan bhn mungkin sedikit berbeza..Ada yang letak serai dan ada yang tak letak serai..begitu juga dengan bawang merah..ada resepi letak bawang merah dan ada yg tk letak..Walau apa pun tetap dipanggil masak tempoyak..tempoyak oh tempoyak..makin diperam makin sedap..hihihi...chetie selalu simpan tempoyak tempat frozen sbb tak nk terlalu masam..tahan lama dan tak berkulat..Sekarang ni suami sangat suka makan ikan sungai masak tempoyak..dibelinya ikan sungai sebesar betis manusia...harganya memang mahal...maklumlah ikan sungai, payah nak dapat..jadi ikan yang seekor tu chetie masak 3 kali...so..tempoyak tempoyak tempoyak...anak anak pula tak suka ..wajib masak lauk lain untuk diorang..

Sangat senang sebenarnya..Resepinya pun sangat ringkas..janji cukup asam , garam dan tempoyak tu, maka sedap lah ia..bergantung juga kepada kepedasan..ikut selera dan citarasa masing masing la...



Inilah hasilnya..jom tengok resepi sempoi

2 ulas bawang merah
2 keping isi ikan sungai
1 inchi kunyit hidup
4 -6 biji cili api ..bergantung kepada citarasa masing masing
Tempoyak secukupnya ( lebih kurang 3 sudu besar )
Gula dan garam secukup rasa
Daun kesum
1 keping asam
1/2 litter air

Cara -cara ;

1) tumbuk kunyit hidup, cili api dan bawang.tumbuk hingga halus
2) masukkan bahan tumbuk kedalam periuk.Tambahkan air dan tempoyak secukupnya
3) masukkan asam keping , gula dan garam secukup rasa.
4) Letakkan atas dapur dan biarkan mendidih.
5) masukkan isi ikan, kacau
6)apabila ikan telah masak , boleh lah letak daun kesum.



Ikan lampan goreng garing...rangup kruk kruk...sodap...hahahaha



Tuesday, May 6, 2014

Daging Goreng sempoi

Hari ni balik pun dah lewat petang..kena cepat cepat tukar baju utk masuk dapur..menu berbuka puasa ptg ni ialah daging goreng, ikan kembung masak sambal, gulai tempoyak dan karipap..hopefully sempat le campak campak..risau gak ni.jam dah pukul 6.00 petang.

1/ 2 kg daging lembu -digaul dengan goreng kunyit ( chetie selalu tumbuk kunyit hidup bersama dgn bawang putih dan garam) bila nak guna ambik dan lumur je pada ayam , ikan dan daging.
Bawang besar holland - dipotong bulat
1 biji cili merah
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
Sedikit kacang buncis dihiris serong
Sedikit minyak utk menggoreng


 Inilah daging goreng sempoi ptg tadi..Senang jer..campak campak..



Ini pula set combo berbuka puasa petang tadi.Ikan goreng tu masak untuk anak bujang chetie yang tak puas puas makan ikan masak sambal ..


ini pula menu encik suami..ikan sungai masak tempoyak..peberet dia ikan sungai..Esok chetie masukkan entry ikan sungai masak tempoyak pula yer..


Ok..kita sambung cara cara masak daging tadi ye:)

Cara :
1) masukkan daging ke dalam kuali.Masukkan secawan air.rebus hingga air kering.
2) masukkan minyak masak..dalam 4 atau 5 sudu besar dan kacau hingga daging tu sedikit garing.
3) masukkan kacang buncis, sos tiram dan kicap .Gaul sebati .
4 ) masukkan bawang besar , cili besar . Kacau hingga layu.
5) Angkat dan hidangkan bersama dengan nasi putih.

Monday, May 5, 2014

Ayam halia sos tiram

Sangat la simple masak lauk ni..main campak campak jerr..tapi umppphhh bila makan panas panas dengan nasi putih.Jom kita masak yang simple simple jer..janji anak anak suka


Ayam halia sos tiram

Bahan bahan

1/ 2  ekor ayam - dipotong kecil
4 sudu besar sos tiram ( life) - untuk perapan
2 sudu besar sos tiram untuk ditambah dalam sos
2 hingga 4 sudu besar kicap pekat manis
1 labu bawang besar holland -dipotong bulat atau dibelah 6
1 biji capsicum - dipotong
2 ulas bawang putih diketuk
3 inci halia ..dihiris panjang

Cara -cara membuatnya:

● perap ayam dengan sos tiram.Biarkan seketika
●panaskan minyak masak anggaran 2 atau 3 sudu besar.Masukkan ayam.Kacau sehingga ayam benar benar masak.
●masukkan bawang putih dan halia.Tambahkan sos tiram dan kicap..Biarkan sebati
●masukkan bawang besar dan capsicum..boleh suaikan rasa dengan menambah kicap dan sos tiram ikut selera masing masing.
●angkat dan hidangkan dengan nasi putih.

Sunday, May 4, 2014

portmeirion datang lagi..botanic rose

Ini adalah koleksi botanic rose dan tambahan untuk botanic garden ..2nd batch from uk..sangat teruja untuk memiliki bunga bunga yang chantek ini...menunggu selama 2 bulan , akhirnya menjelma jua...lega rasanya. Hilang stress bila melihat bunga bunga yang cantek ini tersusun...
 Seronok tengok bunga bunga yang mekar ini diadaptasi ke atas pinggan



Sangat teruja bila ia sampai ke Malaysia dengan selamat tanpa pecah dan any defect..terima kasih bebanyak kepada penjual yang begitu cermat dan bertanggungjawab..sis haniza



In sha Allah ada rezeki nanti boleh tambah koleksi sedikit demi sedikit.




 Beberapa koleksi botanic garden dan pomona yang chetie sisipkan dalam order kali ini..suka dan amat berpuashati dgn kualiti nya



Coffee pot yang menjadi idaman dihati..akhirnya kau milikku jua..hhahahah poyo ke?


Bukti dah guna pinggan mangkuk ni..kalau tak guna ..nak simpan aje dalam almari..baik tak payah beli...kalau sayang kena guna..itu falsafah chetie..makanan menjadi bertambah sedap kot kalau guna pinggan portmeirion ni...hihihihi


Sotong goreng kunyit pun sodap letak dalam pinggan ni....kihkihkih..jangan marah yer...seloka aje..

puteri ayu...

Tak tahu angin dari mana pagi semlm .tiba tiba teringat kan kuih puteri ayu...agaknya sebab lama dah tak guna periuk kukus tu kot...check resepi..semua bahan ada...jadi terus boleh mulakan projek..sebenarnya kuih tradisional tidak memerlukan banyak bahan..janji ada bahan bahan asas dalam rumah seperti telur,tepung, gula dan sedikit bhn seperti pewarna..ok..jom kita tengok.dulu kejadian kuih ini semalam...cantik tak? Yang penting ia mesti gebu dan lembut....harum pandannya..dan lemak manisnya..secukup rasa....




Ok  ..ini hasilnya..lebih sedap kalau guna kelapa yang tidak terlalu kering kulitnya..

Resepi nya simple banget;

Bahan A
1 biji kelapa parut putih
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung ubi

Satukan bahan ini dan ketepikan.

Bahan B

4 biji telur gred A
11/2 cawan gula pasir
Sedikit pewarna hijau Dan air daun pandan dlm 3 sudu besar( chetie blend kan 2 helai daun pandan dan tapis airnya)
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar ovalette
2 cawan santan pekat

Cara :
1) panaskan air dalam periuk kukusan
2)masukkan gula dan telur ke dalan mixer  Putar pada kelajuan tinggi..sehingga kembang
3)masukkan ovalette.kacau hingga sebati.masukkan pewarna dan perisa pandan
4) masukkan santan pekat dan tutup mixer
5)masukkan tepung dan kacau hingga sebati dengan senduk kayu.
6)isi kelapa didalam acuan ..tekan dgn hujung jari.
7)kukus 2 minit.kemudian ,buka penutup kukusan dan tuang adunan kuih..kukus lagi 10 minit
Peringatan:acuan tadi disapu minyak terlebih dahulu supaya tidak melekat.





 Kelapa yang ditekan didalam acuan dan dikukus terlebih dahulu selama 2 minit


Ini sarapan pagi yang disediakan. Nasi dagang pantai timur dan puteri ayu..
Mavelles ..hihihi

Ini pula anak bujang sulung chetie...senyum aje yer dapt mkn kuih kegemaran..

Tuesday, April 29, 2014

kerabu kuinin

Buah kuinin sama spesis macam bachang..berbau harum dan manis rasanya bila dah masak. Satu rumah boleh bau..tak boleh nak sorok sorok dah...memang konpirm pecah rahsia kalau sembunyi buah ni....sekarang ni musim mangga dan kuini..tapi belum masak ranum lagi...baru sederhana besar buahnya..Tak tahan tgk buah bergayut tepi tingkap rumah setiap hari,maka chetie pun ambil 3 biji dan buat kerabu... kerabu ni memang maveles. Resepinya sama je dengan kerabu pucuk paku...kecur liur...ratah ratah kerabu pun dah kenyang...hihihihi



Inilah dia kerabu kuinin che tie...masam masam sikit gitu...pembuka selera ..



Jom check resepi yang mabeles ni..senang banget ibu ibu.
Bahan - bahannya sempoi jer

2 biji buah kuinin mengkal atau muda-diparut dan direndam dgn sedikit garam dan air..biarkan seketika
2 ulas bawang merah
1 barang serai
2 ekor ikan kembung- dipanggang dan diambil isinya
1sudu kecil lada hitam kasar
2 sudu besar kerisik
Sedikit santan pekat
Gula dan garam secukup rasa
Cili merah dipotong nipis

Cara membuatnya:

1)  Ramas dan perah air dari buah kuinin dan toskan
2) tumbuk lada hitam, serai , bawang , garam dan gula hingga halus
3)tumbuk isi ikan hingga halus
4)gaul semua bahan tumbuk bersama dengan buah kuinin..masukkan kerisik.
5)tambahkan santan secukup rasa..ingin basah sedikit atau kering , bergantung kepada  citarasa
6)tambahkan cili merah yang dihiris
Akhir sekali , rasa garam dan gula ..perisakan secukup rasa.

Friday, January 24, 2014

portmeirion collection...first batch..botanic garden dan pomona

Salam untuk semua....kejap je masa berlalu..dah tiba ke penghujung januari..Begitu pantas
masa berlalu..macam macam fenomena yang berlaku sekarang ni.Dengan perubahan cuaca yang tak menentu..Itu semua sudah ditetapkan oleh Allah..bila masa nya akan berlaku kiamat..Hanya Allah yang maha mengetahui.Allahu Akbar..

   Minggu ni che tie rasa sgt teruja sbb dah hampir 2 bulan lebih menunggu portmeirion  dari UK..minta tolong seorang sahabat yang sedang menuntut di sana tolong belikan... Kalau nak beli kat Malaysia ni..rasa cam nak terkeluar biji mata dengar harga nya..

   Akhirnya..penantian berakhir isnin lalu bila dapat panggilan daripada shipping company yang mereka dah sampai ke rumah..hhohohoho..nak buat camne ..dah minat dengan pinggan mangkuk.kali ni che tie beli botanic garden dan pomona..second batch nanti che tie dah order botanic rose pulak....hehehehe..yang kali ni, takde teapot sebab takde sales utk teapot hari tu..tapi dah order coffee pot utk lengkapkan set yang ni...




Set cawan botanic garden..set of 6 different motifs..bunga lain lain...


Motif yang berbeza pada setiap cawan



10inch dinner plate..set of 6 different motif




8 inch side plate..set of 6



8 inch bowl..sesuai untuk letak sup Atau makanan berkuah



Pizza plater..pomona buah pic



Mini square pomona..comel jer buat letak sambal belacan atau budu...hihihi



Covered sugar drum..daisy flower..kecil dan comel



Pinggan makan 10 inchi . Dan juga mangkuk..
Kelebihan portmeirion ni ialah hampir semua perlatan boleh masuk dalam oven...tu yang che tie suka tu..boleh direct oven ke meja..



Baking square sesuai untuk baking..pasta..bunga bunga dan buah buahan ni nampak sangat fresh...