Friday, March 27, 2015

Lasagna

Anak - anak cukup suka makan lasagna. Memang menjadi menu wajib apabila ke pizza hut. Sekarang ni Che Tie lebih suka buat sendiri memandangkan boleh alter ikut tekak sendiri.

Bahan - bahan
8 keping lasagna ( san remo)





Bahan sos merah

1 bungkus daging kisar
1 labu bawang besar holland dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
1 botol sos spagheti kimball
2 sudu besar sos cili
gula dan garam
italian herbs
1 biji buah tomato di cincang

1) Tumis bawang besar, bawang putih
2) Masukkan daging kisar.Biarkan airnta nya kering.
3) Masukkan buah tomato cincang, italian herbs dan sos spagheti
4) Masukkan garam dan gula . Tambahkan sos cili.Masak hingga agak pekat
5 ) Tutup api. Dan biarkan.

Bahan sos putih

 2 sudu besar mentega
500 ml susu segar
2 sudu besar tepung gandum
2 keping chedar slice cheese

Cara membuatnya :
1) Cairkan mentega
2) Masukkan tepung gandum
3) masukkan susu segar.biarkan seketika
4) Apabila susu dah panas, masukkan cheese dan biarkan cair. Tutup api

cara melapis
 Panaskan air didalam kuali
Ambil 2 keping lasagna dan celup dalam 3 saat. Lasagna ini tidak boleh dicelur sekaligus kerana ia akan melekat antara satu samal lain..Buat 2 keping saja utk satu paisan bergantung juga kepada saiz loyang anda.
Didalam loyang, sapukan sos merah .diikuti dengan sos putih.kemudia lapiskqn dengan lasagna tadi
ulang proses ini hingga 3 atau 4 lapisan.
Taburkan parmesan dan cheddar diatasnya.Che Tie tambah mozarella juga

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit

sup ekor melotup..che tie style..

    Dah lama tak update blog..dah pindah ke negeri puteri Santubong..selama 3 bulan berada di bandaraya Miri..Alhamdulillah telah dapat sesuaikan diri...kat sini betul - betul.multi racial.Pelbagai bangsa dan keturunan wujud. Semangat perpaduan masih lagi wujud dikalangan penduduk Malaysia.
     Sup ekor.Menu kegemaran en. Suami.. Dah lama tak buat. Kebetulan semalam terjumpa ekor fresh . Che Tie beli 2 pack dalam sekilogram..balik rumah terus mulakan operasi..inilah hasilnya..jeng jeng jeng




Dah siap

Resepinya senang banget ibu ibu..semua main campak campak aje..

Bahan bahan

1 kg ekor lembu
10 ulas bawang merah dimayang
5 ulas bawang putih dimayang
3 inci halia di hiris
1 bungkus rempah sup tulang adabi
1/2 sudu besar lada hitam- biarkan berbiji
1 biji tomato -dibelah 4
daun sup dan daun bawang
1 biji limau nipis
cili api jika mahu

Cara cara membuatnya:
1) Bersihkan ekor dan letak ditepi
2) Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga garing dan naik bau.Masukkan sekali rempah sup tulang. Masukkan juga lada hitam biji.
3) Che Tie guna pressure cooker noxxa Amway . Jadi, Che tie terus masukkan ekor dan tambahkan air sehingga ekor tenggelam sahaja. Pressure cooker tidak mengeringkan air.
4) Che Tie tekan butang high pressure selama 40 minit dan tunggu.
5)Apabila dah cukup masa, buka pressure cooker dengan kaedah yang betul dan biarkan ia mereneh lagi selama 20 minit. Boleh tambah air kerana proses mereneh ini mengeringkan sup .
6) Masukkan daun sup, garam dan sedikit gula ( ajinomoto tak digunakan dirumah saya)
7) Apabila dah nak matikan api, masukkan buah tomato, perahkan limau nipis dan masukkan juga cili api.
8) Matikan api dan hidangkan dengan taburan daun sup dan daun bawang dan bawang goreng.

Tuesday, May 20, 2014

Bawal stim limau nipis

Ikan bawal stim ...Resepi sihat dan menyelerakan apa bila di makan panas - panas.. Resepi ulangtayang kot..dah tak ingat dah bila masukkan resepi ni..tapi entry hari ni pasal ikan bawal stim ni le...senang jer




Ni dia hasilnya..kali ni chetie guna ikan bawal hitam.ikan bawal putih pun sedap..Guna siakap pun sodap.

Bahan -bahan:

1 ekor ikan bawal hitam atau putih
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato dibelah 4
1 biji cili merah dipotong 2
1 biji limau nipis
2 batang daun sup
Garam dan gula secukup rasa
3 inci halia dihiris memanjang

Cara - cara membuatnya:

● panaskan periuk kukus.
● panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar minyak masak
●tumis bawang putih , bawang besar dan halia hingga kekuningan
● masukkan air secukupnya ( 1 cawan )
● masukkan gula dan garam secukup rasa
●biarkan mendidih dan tutup api.
● sapu sedikit garam pada ikan.letakkan ikan didalam mangkuk atau pinggan yang tahan panas.
● tuangkan kuah tadi dan letakkan buah tomato , cili hiris daun sup dan perahkan jus limau.
● masukkan didalam periuk kukus dan kukus selama 15 minit.


Bendi tumis udang kering

Sayur yang simple ..bahan -bahan pun senang.main campak campak jer
Hari ni tak celoteh banyak..sebab nak masak pun benda senang jer..bendi tumis.Resepi kegemaran suami.Bendi dengan udang kering.

Bahan - bahan

15 biji bendi-dipotong serong
1 biji cili merah
Segenggam udang kering
3 ulas bawang  putih
Sedikit garam
1 ulas bawang merah
Sedikit udang segar


Cara :
1) Tumbuk bawang putih, bawang merah,cili merah dan udang kering.
2) Tumis bahan tumbuk hingga garing
3) Masukkan sedikit udang basah jika suka
4) Masukkan bendi dan sedikit air.masukkan juga sedikit garam
5) Apabila bendi masak.Angkat dan hidangkan





Ini dia hasilnya..ketika ini chetie hanya menggunakan udang kering sahaja..

Monday, May 19, 2014

moist choc cake

The devil choc cake..berhantu..sblm ni dah pernah masukkan resepi ..tapi hari ni ulangtayang resepi coz baru jer buat utk minum petang ..dan ramai yang kata tak jumpa resepi yang chetie dah pernah post kat blog ni..choc cake ni cukup moist.. dan juga sempoi jer resepinya.. sekali makan pasti nak lagi.


Bahan - bahan nya:

250 gram mentega
5 biji telur gred A
2  cawan gula kastor ( chetie guna 1 1/2 cawan) untuk kurangkan manis
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan tepung naik sendiri (ayak )
1 sudu besar ovalette

Bahan choc paste

1 cawan serbuk koko van houten @ beryl's
1 cawan air
1/2 cawan gula kastor
- satukan bahan ini dan letakkan ditepi

Cara membuat kek:

1)putar gula dan mentega hingga kembang
2)masukkan telur satu persatu.putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla.



Hasilnye^_^




Dipotong -potong..



3) masukkan choc paste.selang selikan dengan tepung hingga habis.
4)masukkan ovalette.putar hingga sebati
5)tuang dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega.kali ini chetie masukkan didalam mangkuk pyrex jer..senang..
6)bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celcius selama 80 minit.

Topping

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1/4 minyak jagung
Secubit garam
Gaul.semua bahan dan panaskan secara double boiled.

Tuang ke atas kek bila kek dikeluarkan dari loyang.Dalam kek chetie ni..chetie tuang je terus kedalam mangkuk pyrex ni dan taburkan almond slice yang telah dipanggang terlebih dahulu..

Wednesday, May 7, 2014

ikan labau (ikan sungai)masak tempoyak

Negeri perak dan Pahang..kedua duanya terkenal dengan masakan tepoyak..cuma cara dan bhn mungkin sedikit berbeza..Ada yang letak serai dan ada yang tak letak serai..begitu juga dengan bawang merah..ada resepi letak bawang merah dan ada yg tk letak..Walau apa pun tetap dipanggil masak tempoyak..tempoyak oh tempoyak..makin diperam makin sedap..hihihi...chetie selalu simpan tempoyak tempat frozen sbb tak nk terlalu masam..tahan lama dan tak berkulat..Sekarang ni suami sangat suka makan ikan sungai masak tempoyak..dibelinya ikan sungai sebesar betis manusia...harganya memang mahal...maklumlah ikan sungai, payah nak dapat..jadi ikan yang seekor tu chetie masak 3 kali...so..tempoyak tempoyak tempoyak...anak anak pula tak suka ..wajib masak lauk lain untuk diorang..

Sangat senang sebenarnya..Resepinya pun sangat ringkas..janji cukup asam , garam dan tempoyak tu, maka sedap lah ia..bergantung juga kepada kepedasan..ikut selera dan citarasa masing masing la...



Inilah hasilnya..jom tengok resepi sempoi

2 ulas bawang merah
2 keping isi ikan sungai
1 inchi kunyit hidup
4 -6 biji cili api ..bergantung kepada citarasa masing masing
Tempoyak secukupnya ( lebih kurang 3 sudu besar )
Gula dan garam secukup rasa
Daun kesum
1 keping asam
1/2 litter air

Cara -cara ;

1) tumbuk kunyit hidup, cili api dan bawang.tumbuk hingga halus
2) masukkan bahan tumbuk kedalam periuk.Tambahkan air dan tempoyak secukupnya
3) masukkan asam keping , gula dan garam secukup rasa.
4) Letakkan atas dapur dan biarkan mendidih.
5) masukkan isi ikan, kacau
6)apabila ikan telah masak , boleh lah letak daun kesum.



Ikan lampan goreng garing...rangup kruk kruk...sodap...hahahaha



Tuesday, May 6, 2014

Daging Goreng sempoi

Hari ni balik pun dah lewat petang..kena cepat cepat tukar baju utk masuk dapur..menu berbuka puasa ptg ni ialah daging goreng, ikan kembung masak sambal, gulai tempoyak dan karipap..hopefully sempat le campak campak..risau gak ni.jam dah pukul 6.00 petang.

1/ 2 kg daging lembu -digaul dengan goreng kunyit ( chetie selalu tumbuk kunyit hidup bersama dgn bawang putih dan garam) bila nak guna ambik dan lumur je pada ayam , ikan dan daging.
Bawang besar holland - dipotong bulat
1 biji cili merah
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
Sedikit kacang buncis dihiris serong
Sedikit minyak utk menggoreng


 Inilah daging goreng sempoi ptg tadi..Senang jer..campak campak..



Ini pula set combo berbuka puasa petang tadi.Ikan goreng tu masak untuk anak bujang chetie yang tak puas puas makan ikan masak sambal ..


ini pula menu encik suami..ikan sungai masak tempoyak..peberet dia ikan sungai..Esok chetie masukkan entry ikan sungai masak tempoyak pula yer..


Ok..kita sambung cara cara masak daging tadi ye:)

Cara :
1) masukkan daging ke dalam kuali.Masukkan secawan air.rebus hingga air kering.
2) masukkan minyak masak..dalam 4 atau 5 sudu besar dan kacau hingga daging tu sedikit garing.
3) masukkan kacang buncis, sos tiram dan kicap .Gaul sebati .
4 ) masukkan bawang besar , cili besar . Kacau hingga layu.
5) Angkat dan hidangkan bersama dengan nasi putih.