Monday, October 18, 2010

Ikan Percik



Ikan percik.. mmm sedapnya.. Kalau hari - hari masak macam ni , memang berselera.. Nasib baik masak percik ayam atau ikan 2 atau 3 minggu sekali. Ikan percik ni memang sedap kalau ada menu masak lemak labu.. fuh..Memang mak mertua lalu pun tak nampak.

Bahan - Bahannya:

3 ekor ikan kembung/selar - Perap dengan sedikit bawang putih yang tealh ditumbuk dgn garam

Bahan kuah:

4 ulas bawang merah -dikisar
2 cawan santan pekat
1 batang serai
1 sudu besar cili kering yang telah dikisar
Sedikit asam jawa , garam dan gula secukup rasa

Cara :
1. Satukan semua bahan kuah dalam kuali
2. Masak sehingga pekat dan ketepikan
3. Ikan yang telah diperap dipanggang seketika
4. Tuangkan kuah percik diatas bahagian atas ikan
5. Balikkan ikan dan tuang kuah lagi.. sehingga 2 kali proses 4 dan 5.
6.Lebihan kuah yang tinggal dituang ke atas ikan yang telah siap diangkat sebelum dihidangkan

Thursday, October 7, 2010

Nasi dagang dan Gulai Ikan Tongkol





Nasi dagang memang terkenal terutamanya disebelah negeri Pantai Timur.. Kelantan dan Terengganu. Tapi ada banyak versi nasi dagang. Ada yang pakai beras nasi dagang, ada juga yang guna beras wangi yang dicampur sedikit dengan beras pulut. waktu buat majlis hari raya kat rumah baru - baru ini che Tie ada juga masak nasi dagang. alhamdulillah kebanyakan tetamu yang datang berpuas hati dan tidak kurang juga yang bertanya macam mana cara nak masak nasi dagang yang sedap. Ini lah lebih kurang resepi nasi dagang yang dibuat oleh keluarga che tie sejak zaman che tie kecil lagi

Bahan untuk nasi

1 kg beras wangi
2 cawan beras nasi dagang
3 inci halia - dimayang
7 ulas bawang putih dimayang
6 ulas bawang merah - dimayang
2 sudu besar halba
3 cawan santan pekat (tambahkan sedikit gula dan garam- ikut citarasa)
2 cawan santan cair

Cara membuatnya:

1. panaskan periuk kukus
2. Campurkan kedua - dua jenis beras yang telah direndam selama 3 jam
3.kukus hingga masa
4.Angkat dan gaulkan dgn santan cair
5.Masukkan semula beras dalam periuk kukus. Buat sedikit lubang ditengah beras dan masukkan halia, bawang putih dan merah serta halba (halba blh dikurangkan ikut citarasa
6. Kukus semula 15 minit.
7. Angkat dan gaul dengan santan pekat
8. Gaul hingga sebati.
9. Boleh terus dihidangkan atau dikukus sekejap supaya nasi tidak cepat basi kerana menggunakan santan mentah.

Gulai Ikan Tongkol

Bahan - bahan

1 ekor ikan tongkol ( saiz besar )( direbus bersama dengan asam keping, garam, sedikit cuka dan gula merah atau gula kerek - biarkan semalaman )
1 sudu besar rempah gulai darat/kari
santan pekat

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
1 sudu kecil ketumbar biji
1 sudu besar cili kering yang telah digiling
1 hiris lengkuas
1/4 inci kunyit hidup


cara :
1. Campurkan serbuk gulai darat dengan bahan kisar
2. Tumis hingga wangi
3. Masukkan santan dan ikan
4. Tambahkan asam keping, garam dan gula secukup rasa
5. Biarkan mendidih.
6. Boleh dihidangkan bersama nasi dagang atau nasi putih

Saturday, August 14, 2010

Ayam Baba/kungpao chicken






Bahan - bahan:

1/4 ekor ayam (ambil bahagian dada)isi ayam - dipotong
Gaulkan dgn tepung KFC - goreng hingga garing

3 ulas bawang putih
1/2 bawang besar holang
5 tamgkai cili kering dipotong dua
1/2 biji lada benggala
sedikit kacang gajus
sedikit bijan
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. goreng isi ayam yang telah digaul dgn tepung KFC - ketepikan
2. Gunakan sedikit minyak untuk menggoreng cili kering - angkat dan ketepikan
3. Goreng gajus hingga garing - angkatdan ketepikan
4. tumis bawang putih dan bawang besar
5. masukkan sos cili, sos tiram dan kicap pekat.Biarkan seketika sehingga pekat
6. Masukkan lada benggala, ayam, cili kering, kacang gajus dan bijan. gaulkan hingga sebati dan hidangkan dgn nasi putih

Wednesday, August 4, 2010

Daging Prunes


Daging prunes memang menjadi kegemaran anak - anak che tie.. Diaorang suka makan samaada dengan nasi putih atau nasi beriani. memang dah menjadi menu wajib pulak bila masak nasi beriani tu..Nak tukar selera agaknya anak - anak pun
Ok ni dia resepinya.Senang dan ringkas


Daging Prunes

Bahan - bahan

1/2 kilogram daging lembu

3 sudu besar kicap pekat manis

8 biji buah prunes tanpa biji - dikisar

cili merah - dihiris

1/2 biji lada benggala

sedikit air asam jawa

garam dan gula

kicap pekat manis - tambahan

bawang besar - dimayang

bahan kisar
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering
1 inci halia

Cara membuatnya:

1) perapkan daging dgn kicap manis seketika
2)tumis bahan kisar hingga garing
3) masukkan daging yang telah diperap
4) tambahkan sedikit air, masukkan prunes yang telah dikisar.
5)Setelah daging empuk, tambahkan sedikit kicap manis, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
6)masukkan cili merah, lada benggala dan bawang besar ( mayang)
7) Biarkan seketika dan bolehlah dihidangkan dgn nasi putih atau dimakan dgn roti

Saturday, July 10, 2010

Sambal tempe dgn ikan bilis


Sambal tempe dengan ikan bilis

Tempe adalah makanan yang penuh dgn khasiat.. Sedap kalau dibuat sambal kering. Kalau tak nak makan dgn nasi, boleh aje diratah begitu saja.

Bahan - bahan:

2 keping tempe - dipotong nipis dan digoreng garing
ikan bilis- digoreng garing
sedikit air asam jawa
gula dan garam
minyak masak untuk menumis

Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
15 tangkai cili kering- dibuang biji

cara membuatnya:

1) Tumis bahan kisar hingga garing,
2) masukkan air asam jawa , gula dan garam secukup rasa
3) Biarkan sambal tersebut betul - betul kering
4) masukkan tempe dan ikan bilis yang telah digoreng garing.

Dalca Daging





DALCA DAGING

Lama betul rasanya che tie tak update blog.. Semakin lama rasanya macam kerja kat sekolah makin bertimbun.. Macam - macam jenis pemantauan pulak tu. Tak tahulah bila bebanan kerja ini semakin berkurangan.Lupakan seketika.Minggu lepas , Che Tie ada masak dalca daging.Lama tak makan , teringin pulak rasanya.

Bahan - bahannya :
1/2 kilogram daging lembu
4 cawan santan
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

sayur - sayuran - dicelur terlebih dahulu supaya warnanya cantik

2 biji terung
1/2 batang carrot
2 biji kentang
4 biji jagung muda
4 biji bendi

bahan kisar
4 ulas bawang merah
1/2 inci halia
5 biji cili kering-

2 sudu besar serbuk kari

Cara membuatnya:
1) Tumis bahan kisar sehingga garing
2) masukkan daging - tutup periuk sehingga air daging kering
3) masukkan santan, garam dan sedikit gula
4) Akhir sekali masukkan sayur - sayuran yang telah dicelur seketika

Wednesday, May 26, 2010

My Homemade Choc.









My homemade chocolate..


Coklat.. mmm sedapnya..Sekarang ni chetie jarang buka blog kerana sangat sibuk membuat coklat.. blh dikatakan setiap hari ada saja yang di order oleh teman -teman.. pendek kata masa 3 jam sehari dihabiskan didapur utk buat coklat ni.. hari ni che tie terpanggil utk upload gamabar - gambar coklat yang che Tie buat.. Ada yang tempah sebagai hadiah, hantaran dan tak kurang yang beli untuk makan..Jadi inilah serba sedikit gambar choc. yang che tie sempat ambil..Sebenarnya byk gambar yang tak sempat di ambil oleh kerana mata sudah mengantuk ma..