Saturday, July 10, 2010

Sambal tempe dgn ikan bilis


Sambal tempe dengan ikan bilis

Tempe adalah makanan yang penuh dgn khasiat.. Sedap kalau dibuat sambal kering. Kalau tak nak makan dgn nasi, boleh aje diratah begitu saja.

Bahan - bahan:

2 keping tempe - dipotong nipis dan digoreng garing
ikan bilis- digoreng garing
sedikit air asam jawa
gula dan garam
minyak masak untuk menumis

Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
15 tangkai cili kering- dibuang biji

cara membuatnya:

1) Tumis bahan kisar hingga garing,
2) masukkan air asam jawa , gula dan garam secukup rasa
3) Biarkan sambal tersebut betul - betul kering
4) masukkan tempe dan ikan bilis yang telah digoreng garing.

Dalca Daging





DALCA DAGING

Lama betul rasanya che tie tak update blog.. Semakin lama rasanya macam kerja kat sekolah makin bertimbun.. Macam - macam jenis pemantauan pulak tu. Tak tahulah bila bebanan kerja ini semakin berkurangan.Lupakan seketika.Minggu lepas , Che Tie ada masak dalca daging.Lama tak makan , teringin pulak rasanya.

Bahan - bahannya :
1/2 kilogram daging lembu
4 cawan santan
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

sayur - sayuran - dicelur terlebih dahulu supaya warnanya cantik

2 biji terung
1/2 batang carrot
2 biji kentang
4 biji jagung muda
4 biji bendi

bahan kisar
4 ulas bawang merah
1/2 inci halia
5 biji cili kering-

2 sudu besar serbuk kari

Cara membuatnya:
1) Tumis bahan kisar sehingga garing
2) masukkan daging - tutup periuk sehingga air daging kering
3) masukkan santan, garam dan sedikit gula
4) Akhir sekali masukkan sayur - sayuran yang telah dicelur seketika

Wednesday, May 26, 2010

My Homemade Choc.









My homemade chocolate..


Coklat.. mmm sedapnya..Sekarang ni chetie jarang buka blog kerana sangat sibuk membuat coklat.. blh dikatakan setiap hari ada saja yang di order oleh teman -teman.. pendek kata masa 3 jam sehari dihabiskan didapur utk buat coklat ni.. hari ni che tie terpanggil utk upload gamabar - gambar coklat yang che Tie buat.. Ada yang tempah sebagai hadiah, hantaran dan tak kurang yang beli untuk makan..Jadi inilah serba sedikit gambar choc. yang che tie sempat ambil..Sebenarnya byk gambar yang tak sempat di ambil oleh kerana mata sudah mengantuk ma..

Monday, April 26, 2010

Kerabu ikan Bilis


Kerabu ikan bilis. Dah lama tak buat hidangan ini.Tergerak hati nak buat bila makan kat sebuah kedai makan, my hubby order, tapi dia frust sebab tak ada dalam menu. So, keesokan harinya che tie pun buatlah.. ala - ala isteri mithali gitu. he!he! Bahan - bahannya: ikan bilis- goreng hingga garing 2 batang serai - hiris nipis 1/2 labu bawang holland - dipotong dadu 2 biji cili merah 4 biji cili api 1/2 biji buah tomato - dipotong dadu gula dan garam sebiji limau nipis - ambil airnya Cara membuatnya: 1. tumbuk cili api dan cili merah hingga hancur. 2. masukkan garam dan gula kedalam cili 3. Gaul semua bahan sehingga sebati Seimbangkan rasa masam, manis dan pedas. 4. Hidangkan dengan taburan daun sup..

Ketam bercili


hari ni, sebaik saja lepas mesyuarat guru Tingkatan, che tie berjalan - jalan dengan ibu mengandung. Cikgu Zuraida..dah sarat. nak masuk lapan bulan tapi masih semangat utk meronda - ronda. Kami singgah kat Pasar Tani Bandar Jengka. Sangat teruja kerana ikan sangat segar .. Terpandang kat ketam , terus jatuh cinta. Tapi mahal la kalau nak bandingkan dengan kat Bagan Datoh dulu. Harganya RM22 sekilogram. Tapi bila dah jatuh cinta pandang pertama ni, payah dah. Besarnya ketam.. Apalagi, ambil 3 ekor, tapi beratnya lebih sekilogram. Balik rumah masak le.


Bahan - bahannya

1 kg ketam
2 sudu besar sos cili
1 sudu sos tiram
garam dan gula
1 biji telur

bahan kisar

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar ( merah)


Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar
2. biarkan sehingga wangi.masukkan sedikit air
3. Masukkan sos cili, sos tiram, gula dan garam secukup rasa.
4. Masukkan ketam dan tutup seketika
5. Bila ketam dah masak, pecahkan dan pukul telur
6. Masukkan kedalam ketam dan kacau hingga sebati.
7.angkat dan hidangkan.

Sunday, April 11, 2010

Tomyam Ayam dan Udang




Tomyam antara menu yang mudah dan ringkas.. Bahannya pula mudah untuk disediakan.

Bahan - bahannya:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
10 ekor udang
3 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang holland - dibelah 6
5 biji cli api - diketuk
3 batang serai - diketuk
2 hiris lengkuas
2 helai daun limau purut (pilihan sekiranya suka)
2 biji buah tomato
1 bungkus cendawan tiram
1 bungkus perencah tomyam ADABI
sedikit air perahan limau nipis
garam dan perasa
Daun ketumbar

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang putih, bawang besar, serai, daun limau purut, cili api.
2. Masukkan perencah tomyam dan sedikit air
3. Masukkan ayam, lemgkuas dan tambahkan lagi air secukupnya
4. Biarkan mendidih.
5. Masukkan pula udang, buah tomato ( lenyek sedikit untuk mengeluarkan rasa masamnya), garam , serbuk perasa, air perahan limau nipis.
6. Masukkan pula cendawan.
7. akhir sekali masukkan daun ketumbar..
8. Sedia untuk dihidangkan


Kuih Kaswi




emm .. sedapnya kuih muih tradisional ni. nak pulak kalau kena cara membuatnya. minggu lepas ada orang bagi kelapa untuk buat inti.. che tie pun apa lagi.. seronok lah sebab macam- macam boleh buat dgn kelapa muda tu..buat inti memang sedap. Apatah lagi kalau dimakan dgn pulut ikan kering.. kecur air liur dibuatnya..


Bahan - bahannya:

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung ubi
3 cawan air
1 cawan gula melaka - dicairkan
1 cawan gula pasir (boleh dikurangkan dan ditambah dgn gula melaka)
sedikit garam
sedikit kapur - dihancurkan dgn 1/4 cawan air


kelapa parut dan garam - utk digaulan dengan kuih kaswi


Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan kecuali kelapa parut dan gaul hingga sebati
2. Tapis
3. Kukus selama 30 minit
4. sejukkan
5. Potong dan gaulkan dengan kelapa parut .