Monday, November 8, 2010

IKAN SIAKAP PANGGANG ISTIMEWA


Ikan siakap.. mmm .. banyak resepi yang boleh dibuat. Yang selalunya dimasak kalau kat kedai tomyam ialah Siak stim,siakap masam manis atau siakap tiga rasa. tapi hari ni che tie nak masak lain sikit daripada kebiasaannya.. Tapi hasilnya.. mmmpphhhh.. delicious..hehe. Ok banyak pulak celoteh hari ni.. Ok lah kita teruskan dengan resepi kita pada hari ni.. SIAKAP PANGGANG ISTIMEWA

Bahan - Bahan:

1 ekor ikan siakap ( lebih kurang 600) - dilumur dengan sedikit garam

Bahan kisar:

1/2 inci kunyit hidup
4 tangkai cili merah
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
2 batang serai

Bahan lain:
sedikit air asam jawa
sedikit gula dan garam

Cara membuatnya:

1. Tumis bawang kisar hingga garing
2. Masukkan gula, garam dan air asam jawa
3.Angkat bahan kisar
4. Alaskan daun pisang diatas kuali non- stick
5. Letakkan ikan dan sapukan bahan tumis tadi diatas ikan. Biarkan sehingga masak.
6. Balikkan ikan dan sapukan lagi bahan tumisan tadi dan biarkan sehingga masak
7. angkat dan hidangkan bersam dengan nasi putih.

Monday, November 1, 2010

KEK OREN SICILIAN



salam November.. Begitu cepat masa berlalu. pejam celik dah nak habis tahun 2010.. Apa pun kita kena teruskan hidup. Ramai yang minta resepi kek oren ni daripada che tie.. che tie pun sebenarnya hanya kopipes dari blog orang lain juga. hari tu che tie ambil resepi ni dari blog yang hebat tu.. ala sapa lagi kalau bukan che mat Gebu kita.. meletup habis.. terima kasih mat gebu..resepi asal mat gebu boleh diambil disini..

Tapi resepi ni che tie dah ubahsuai sikit.. ikut mana yang senang dan juga kurang kan sedikit gula daripada resepi asal..jangan mare tuan punya resepi..sebab kita masak ni ikut keperluan masing - masing. betul tak?

Bahan- bahan :

250 gram mentega
160 gram gula halus
250 gram tepung naik sendiri
5 biji telur gred B
2 biji buah oren - diparut kulitnya dan jusnya diperah
1 sudu besar ovalette

Cara membuatnya:

1) Putar gula dan mentega hingga kembang
2) Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati
3) masukkan parutan kulit oren.
4) Masukkan tepung berselang seli dengan jus oren sehingga tepung dan jus oren habis.
5) akhir sekali masukkan ovalette. kacau hingga sebati
6) Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah di gris dgn marjerin dan dialas kertas minyak
7) Bakar selama 45 minit di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu..

KEK OREN SICILIAN

Thursday, October 28, 2010

Chicken Stew ( Ayam reneh)




oohh.. lepas operation minggu lepas, che tie terpaksa berpantang dari makan makanan yang gatal, sejuk dan berbisa.. aduh.. tu yang tak tahan tu.. sebenarnya ada byk resepi yang che tie nak pos. Rasa mcm nak pos semuanya hari ni..Ok resepi yang che tie buat hari selasa lepas ialah Chicken stew (ala kalau orang melayu - rebus aje atau renih) tapi berkhasiat dan sedap

Bahan - bahan:

Bahan tumisan:
1/2 sudu besar lada hitam - kisar
3 ulas bawang putih - ketuk
1 biji bawang besar holland - belah 6

Bahan lain
1/2 ekor ayam - dopotong 8
2 biji kentang - dibelah 4
1/2 biji capsicum - dipotong dadu
1 batang lobak merah - dipotong memanjang dan tebal
sedikit brokoli
1 biji buah tomato - belah 4
Garam dan sedikit gula / bahan perisa

Cara membuatnya:

1) Tumis bawang putih, bawang besar dan lada hitam hingga wangi
2) Masukkan ayam. Biarkan seketika
3) Tambahkan 3 cawan air dan masukkan ubi kentang.Masukkan juga garam dan sedikit gula
4) Biarkan ia mendidih dan kentang empuk
5) Masukkan semua jenis sayuran (brokoli, lobak merah, buah tomato, capsicum. Tutup periuk selama 5 - 7 minit.
6) Tutup api dan hidangkan bersama dgn nasi putih atau roti..
5) Bila ayam dan kentang telah masak sepenuhnya,

Monday, October 18, 2010

Ikan Percik



Ikan percik.. mmm sedapnya.. Kalau hari - hari masak macam ni , memang berselera.. Nasib baik masak percik ayam atau ikan 2 atau 3 minggu sekali. Ikan percik ni memang sedap kalau ada menu masak lemak labu.. fuh..Memang mak mertua lalu pun tak nampak.

Bahan - Bahannya:

3 ekor ikan kembung/selar - Perap dengan sedikit bawang putih yang tealh ditumbuk dgn garam

Bahan kuah:

4 ulas bawang merah -dikisar
2 cawan santan pekat
1 batang serai
1 sudu besar cili kering yang telah dikisar
Sedikit asam jawa , garam dan gula secukup rasa

Cara :
1. Satukan semua bahan kuah dalam kuali
2. Masak sehingga pekat dan ketepikan
3. Ikan yang telah diperap dipanggang seketika
4. Tuangkan kuah percik diatas bahagian atas ikan
5. Balikkan ikan dan tuang kuah lagi.. sehingga 2 kali proses 4 dan 5.
6.Lebihan kuah yang tinggal dituang ke atas ikan yang telah siap diangkat sebelum dihidangkan

Thursday, October 7, 2010

Nasi dagang dan Gulai Ikan Tongkol





Nasi dagang memang terkenal terutamanya disebelah negeri Pantai Timur.. Kelantan dan Terengganu. Tapi ada banyak versi nasi dagang. Ada yang pakai beras nasi dagang, ada juga yang guna beras wangi yang dicampur sedikit dengan beras pulut. waktu buat majlis hari raya kat rumah baru - baru ini che Tie ada juga masak nasi dagang. alhamdulillah kebanyakan tetamu yang datang berpuas hati dan tidak kurang juga yang bertanya macam mana cara nak masak nasi dagang yang sedap. Ini lah lebih kurang resepi nasi dagang yang dibuat oleh keluarga che tie sejak zaman che tie kecil lagi

Bahan untuk nasi

1 kg beras wangi
2 cawan beras nasi dagang
3 inci halia - dimayang
7 ulas bawang putih dimayang
6 ulas bawang merah - dimayang
2 sudu besar halba
3 cawan santan pekat (tambahkan sedikit gula dan garam- ikut citarasa)
2 cawan santan cair

Cara membuatnya:

1. panaskan periuk kukus
2. Campurkan kedua - dua jenis beras yang telah direndam selama 3 jam
3.kukus hingga masa
4.Angkat dan gaulkan dgn santan cair
5.Masukkan semula beras dalam periuk kukus. Buat sedikit lubang ditengah beras dan masukkan halia, bawang putih dan merah serta halba (halba blh dikurangkan ikut citarasa
6. Kukus semula 15 minit.
7. Angkat dan gaul dengan santan pekat
8. Gaul hingga sebati.
9. Boleh terus dihidangkan atau dikukus sekejap supaya nasi tidak cepat basi kerana menggunakan santan mentah.

Gulai Ikan Tongkol

Bahan - bahan

1 ekor ikan tongkol ( saiz besar )( direbus bersama dengan asam keping, garam, sedikit cuka dan gula merah atau gula kerek - biarkan semalaman )
1 sudu besar rempah gulai darat/kari
santan pekat

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
1 sudu kecil ketumbar biji
1 sudu besar cili kering yang telah digiling
1 hiris lengkuas
1/4 inci kunyit hidup


cara :
1. Campurkan serbuk gulai darat dengan bahan kisar
2. Tumis hingga wangi
3. Masukkan santan dan ikan
4. Tambahkan asam keping, garam dan gula secukup rasa
5. Biarkan mendidih.
6. Boleh dihidangkan bersama nasi dagang atau nasi putih

Saturday, August 14, 2010

Ayam Baba/kungpao chicken






Bahan - bahan:

1/4 ekor ayam (ambil bahagian dada)isi ayam - dipotong
Gaulkan dgn tepung KFC - goreng hingga garing

3 ulas bawang putih
1/2 bawang besar holang
5 tamgkai cili kering dipotong dua
1/2 biji lada benggala
sedikit kacang gajus
sedikit bijan
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. goreng isi ayam yang telah digaul dgn tepung KFC - ketepikan
2. Gunakan sedikit minyak untuk menggoreng cili kering - angkat dan ketepikan
3. Goreng gajus hingga garing - angkatdan ketepikan
4. tumis bawang putih dan bawang besar
5. masukkan sos cili, sos tiram dan kicap pekat.Biarkan seketika sehingga pekat
6. Masukkan lada benggala, ayam, cili kering, kacang gajus dan bijan. gaulkan hingga sebati dan hidangkan dgn nasi putih