Thursday, November 29, 2012

Sate mabelles dr ziela


Salam..Kecur liur kan tengok sate bulat dan montok montok ini...takpe..tengok je dulu....







Memang puas hati betul bila makan sate yang besar besar macam ni..Seisiuanya bermula apabila ada satu tragedi waktu che tie buat open house waktu hari raya ari tu..Sate yang ditempah tak dapat sampai tepat pada waktu nya kerana masalah teknikal..hihihi..dan sate gantian pula tidak le begitu menepati selera..harga sate sekarang pun bukan main mahal lagi ..dah banyak yang dijual dengan harga 70 sen secucuk..Kalau saiznye debab tak pe jugak..tapi cekeding je...Jadi, bermula dari situ che tie bertekad untukmencari resepi sate yang sedap..

Bermula la pulak satu citer...panjang citernye..haishhh..byk pulok story mory ari ni..waktu pergi gathering dengan teman lama hari tu..kami buat makan makan la...dia seorang doktor..Namanya Dr ziela..bila sekali ngap sate dia..terus terasa..Ya Allah..baru ari ni aku jumpa yang kena dengan selera..betul betul sedao..kalah le sate yang hebat hebat kat highway tu..hihihi
Nasib baik dia tak lokek..dia bagi resepi sebelum kami berpisah keesokan harinya


Ini la dia tukang bakar sate che tie..Arif ..hahhahah..gardener yang bantu dia ..nampak macam  terror je..jangan rentung sudah le..

Bahan - bahan

5 ekor ayam - diambil isi sahaja
10 batang serai - dikisar kering
1/ 2 cawan ketumbar biji - kisar kering
1/ 4 cawan jintan manis
1/4 cawan jintan putih
 1 sudu besar serbuk kunyit
2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
Sesudu besar garam
3/ 4 kg gula pasir

Cara membuatnya:

1) semua bahan dikisar kering kecuali bahan perisa
2) satukan semua bahan dan gaul .
3) perap sekurang kurangnye 4 jam
4) cucuk di lidi dan bakar sehingga masak

Bahan kuah :
1/ 2 kg kacang tanah- goreng dgn minyak sikit sehingga betul betul garing
1/ 2 keping gula melaka atau gula kerek
Sehiris lengkuas
3 sudu besar cili kering kisar
5 ulas bawang merah kisar
3 cawan santan
Air asam jawa
1 batang serai
Sedikit garam

Cara - cara
1) kisar kacang tanah sehingga agak halis
2) tumis bawang, cili kering, lengkuas dan serai sehingga wangi
3) masukkan santan, garam , gula dan air asam jawa
4) biarkan mendidih dengan api perlahan selama 30 minit..boleh ditambah sedikit air jika ia kering..

Bihun Goreng Singapore


Salam untuk semua .Musim hujan dah tiba. Boleh dikatakan tiap tiap hari hujan ditempat che tie ni..Kuasa dan rahmat Allah...Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa agar kita di jauhkan daripada segala bencana...Ada yang mendapat rezeki berlipat ganda musim tengkujuh ni..tapi ada pula yang tak dapat mencari  rezeki. ..Walau apa pun Allah dah aturkan semuanya untuk kita..Cukup cantik..Cukup indah..Dalam kita sibuk menjalani rutin harian kita ..kita perlu sentiasa ingat kepada Nya yang mencipta kan kita sebaik baik kejadian..

Aik..panjang pulak tazkirah Chetie hari ni ...Sama sama ingat mengingatkan gitu..hihihi..
hari ni just nak share resepi yang mudah banget...simple tapi sedap dan berkhasiat
...Alah biasa biasa jah..bihun singapore...budak sekolah menengah pun blh masak...tapi che tie nak kongsi jugak..ni blh la untuk yang baru kawin..baru nak asah skill masak untuk cik abang gitu...auwwwww...hihihi

Bahan bahan

1/ 2 bungkus bihun
Isi ayam
Udang
3 ulas Bawang merah- kisar
2 ulas bawang putih - ketuk
Sedikit lada hitam- ditumbuk
Sawi
Lobak merah
Garam dan gula
1 sudu besar cuka makan







Cara - cara membuatnya:

1) Tumis bawang putih dan bawawang merah
2) Apabila dah garing, masukkan lada hitam
3) masukkan pula isi ayam dan udang.
4) tambahkan sedikit air dan biarkan isi ayam dan udang masak..
5) Masukkan perisa iaitu garam , gula dan sedikit cuka makan.
6) Masukkan pula sayur sayuran.
7) Akhir sekali , masukkan bihun.kacau rata..
8) Siap untuk dihidang
9) Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang beserta dgn cili potong.

KEK COKLAT CHEESE

Salam dan selamat Petang untuk semua.. Dah nak masuk bulan Disember.. Sekejap aje masa berlalu.. Pelbagai ranjau dan duri kita telah tempohi.. Tup tup dah berlabuh tahun 2012.. Resepi ni chetie dapat dari blog yang terkenal tu.. siapa lagi kalau bukan dari blog Azlita Masam manis tu..Che tie dah buat 3 kali resepi ni.. Memang hasilnya tidak menghampakan.. sedap dan mendapat pujian dari kawan kawan yang makan.. Licin satu biji bila di bawa ke bilik guru tempoh hari .

 


Bahan - Bahan

 

Kek coklat

150 grm mentega
 120 gm gula halus
 125 tepung gandum
 40 gm serbuk koko
 40 gm milo
2 biji telur
70 gm susu pekat manis

 Cara - cara membuatnya :
1. Sediakan loyang 8 inci. Griskan dengan mentega. Che Tie guna loyang yang boleh buka bahagian bawahnye tu..
 2. Panaskan oven pada suhu 170'c api bawah sahaja tau..
3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
 4. Masukkan telur satu persatu
5. Pukul rata dan tutup mixer.
 6.Masukkan tepung yang telah diayak, milo dan serbuk koko. Gaul dengan senduk kayu sahaja
7. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
8. Masukkan adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 170' c selama 30 minit.
9. Bila kek hampir masak, sediakan bahan cheese.


Bahan Cheese

400 gm cream cheese
120 gm gula halus
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

cara - cara membuatnya:

1. Pukul cream cheese dan gula hingga berkrim
2. Masukkan telur satu persatu dan terus memutar.
3. Tambahkan esen vanilla hingga sebati.
4. Ambil sesudu adunan cheese dan letak pewarna hijau dan merah untuk hiasan.ketepikan
5. Tuang adunan cheese ke atas kek coklat dalam loyang tadi.





6.Bolehlah corakkan ikut kreativiti anda sendiri. ( Che Tie buat dua jenis.. 1. Che tie lukis bunga ros dgn daun  dan yang satu lagi Che Tie tambahkan coklat emulco dan lorekkan sarang labah labah  tu.. hihihi
7. Letak loyang lain yang saiznye lebih besar dari loyang kek tadi dan isi air panas di dalamnya ke dalam oven
8. Balutkan loyang kek dengan aluminium foil jika guna loyang yang boleh buka bawahnya
9. Bakar kek pada suhu 170'c selama 45 minit api bawah sahaja
10. Tutup loyang kek dgn kertas aluminium dan bakar algi selama 15 minit..
11. Sejukkan sebelum dipotong


8. Balut

Durian crepe

Phenomena...crepe telah menyerang ..rata rata pakat order durian crepe..Che tie pun mula lah menggodek google..byk betul versi resepi yang dijumpai...tak tahu yang mana satu ok pulak tu...Last sekali..keputusan telah diambil..Akan ku cuba resepi daripada Azlita masam manis..atau kak Ita..yang sentiasa che tie percaya dengan hasil kerjanya...hihihi Hanya guna empat jenis tepung sahaja..tapi mabelles jugak... Cara meng crepe jugak tak susah sebenarnya..cuma kena pastikan crepe yang dibuat tu nipis..kalau crepe tu tebal..kurang ummmmpppphhhh
Crepe: Bahan - Bahan: 40 gm tepung gandum 40 gm tepung ubi 20 gm tepung kastard / tepung hoen kwee 20 gm tepung jagung 1 biji telur grade A 1 sudu besar minyak jagung 130 ml susu segar 50 ml air 1 sudu besar gula halus pewarna kuning Bahan lain Isi durian secukupnya Krim sedikit garam Cara membuatnya: 1. Ayak semua jenis tepung 2. Campurkan bahan lain dan kacau rata 3. Tapis adunan 4. Sediakan pan untuk mula meng' crepe' 5.sapukan sedikit minyak pada kuali. 6. Ambil sesenduk adunan dan dadarkan 7. Apabila dah siap mendadar semua adunan, sediakan krim dan isi durian 8. Pukul krim hinnga kental dan bertanduk 9. Lapiskan krim,letakkan isi durian dan alas semula dengan krim 10. Lipatkan dan bungkus seperti bantal. 11. Sejukkan di dalam peti ais.

Wednesday, November 28, 2012

ROTI JALA

Pagi pagi che tie dah sediakan roti jala..Kena buat cepat cepat dan awal awal pagi..Aiman start kelas pukul 8.00 pagi..Kena sarapan dan bawa bekal sekali kerana kantin tak dibuka ..Musim cuti sekolah..Ada kelas selama 3 minggu.Terima kasih la kepada para cikgu yang sanggup turun ke sekolah demi anak bangsa...Jasamu di kenang..Dah lama tak buat roti jala sebenarnya..hinggakan Anis kata dah lama sangat mama tak buat roti jala...oklah..tup tup tanpa planning..bangun pagi tadi terus ambil tepung dan bancuh...senang je pun..hihihi..cuma kali ni buat multicolour...meriah gitu..
Ok kita semak resepi sempoi ni.. Roti Jala Bahan - bahan 2 cawan tepung gandum 3 cawan air 1 biji telur 2 sudu besar tepung kastard Sedikit garam Pewarna ikut citarasa 2 sudu besar marjerin- cairkan Cara : 1) Campurkan semua bahan dan tapis 2) Kirai menggunakan non stick pan 3) lipat ikut bentuk yang disukai Kari Ayam: 1/2 ekor ayam 2 sudu besar rempah kari daging 2 biji kentang - potong 6 1 batang lobak merah 4 ulas bawang merah - dikisar 1/2 inci halia 2 cawan santan cair Garam dan gula secukup rasa Air asam jawa Cara - cara : 1.) tumis bawang kisar dan halia 2) masukkan remaph kari.Biarkan hingga pecah minyak 3) masukkan ayam yang telah dipotong kecil 4) masukkan ubi kentang dan turip periuk 5) Biarkan sehingga air ayam kering dan masukkan santan. 6) masukkan garam , gula dan ais asam jawa 7 ) masukkan lobak merah 8 ) biarkan mendidih dan boleh lah dihidangkan dgn roti jala..

Thursday, November 22, 2012

Kerutup Ayam

Salam...Begitu pedih dan sedih bila mengenangkan Palestine... Begitu menyayat hati..Tak sanggup rasanya melihat berita berita terkini tentang kezaliman Israel.Kenapa mereka ini terlalu kejam.Adakah kerana perbezaan agama mereka bertindak ganas dan liar diluar batas batas kemanusiaan? Sungguh menyayat hati..Dalam dok sibuk mengikuti perkembangan terkini, dari bumi Palestine..seperti biasa kena jugak siapkan juadah untuk anak anak makan tengahari..Tapi hari ni masak special sikit..Kerutup Ayam dan nasi beriani..Macam biasalah..anak anak bila bau je je nasi tgh menggelegak..semua turun ke dapur." Mama masak nasi apa hari ni?.macam nasi beriani je...Adoiii...tahu tahu je deria bau anak anak ku ...Maklumlah dah biasa sangat dengan bau bau macam ni..jawab si Arif..hmmm..dia ni sorang memang la..taste tinggi..huhuhu..kesian mama dia..hihihi RESEPI ini juga dah di sent kepada teman baik nun di U.K..Semoga dia akan pulang dgn membawa segulung phd..demi anak bangsa dan ummah.. BAHAN BAHAN 1 ekor ayam -potong 12 dan dibersihkan 2 sudu besar rempah kerutup 6 ulas bawang merah dikisar 1 inci halia dikisar 1 sudu besar cili kering kisar Rempah 3 sekawan 1/2 kg santan pekat Sedikit air asam jawa 4 biji kentang - bersihkan dan dibelah dua Garam dan gula melaka atau gula Sedikit minyak utk menumis
1. Tumiskan rempah 3 sekawan 2.sukkan bahan kisar. Kacau sehingga wangi dan masukkan rempah kerutup 3.Biarkan sehingga pecah minyak dan masukkan ayam. 4.Tutup periuk dan biarkan sehingga air agak kering.Masukkan ubi kentang 5.Masukkan santan dan tambahkan sedikit air jika perlu 6.perisakan dengan garam , gula , air asam jawa 7.Masukkan kerisik. 8.Biarkan kuah mendidih dan pekat. 9.Hidangkan bersama nasi putih , nasi briani ataupun di makan bersama roti putih.

Pizza

Yeaaaa... Cuti sekolah dah pun berlalu selama dua minggu.. Macam macam aktiviti yang dirancang. Selain dari aktiviti jalan - jalan, aktiviti makan makan pun sudah semestinya. Bagi anak anak , ini lah masanya untuk mereka request macam macam daripada mama mereka. Kiranya musim cuti sekolah ni kiranya treat untuk mereka makan makan dan jalan - jalan.. amboiiii!.. Mama la yang penat melayan macam macam kerenah .. En suami pula sibuk la hujung tahun ni. Bulan Disember dan Jun adalah bulan yang paling sibuk bagi nya.

Hari ni chetie nak kongsi resepi pizza yang senang dan mudah. dah buat satu  biji sbb jadikan saiznya XXL.. Licin terus satu biji. Sekali ngaaap je oleh anak anak dan en suami yang kebetulan baru balik opis hari tu.. hihihi.. Seronok le tgk diorang makan...



Ada lagi gambar yang lain. Tapi blm pandai transfer dari galaxy note II yang en suami baru hadiahkan..hihihi..
Kita check dulu bahan - bahannya ye...Terima kasih kepada ros dari www.jintanmanis.com dalam blognya bukan sekadar masakan untuk resepi ini..

Bahan - bahan :

Untuk Doh :
250 gm tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( chetie guna planta)
110 ml air suam atau susu segar suam
5 grm yis


Untuk topping :
sedikit sos tomato
lada benggala - potong dadu
tomato - potong dadu
oregano
cheese ( mozarella dan cheddar )
mayonis dan sos cili
sosej yang telah direbus- hiris nipis
isi ayam yang telah direbus

Cara:

1. Buat doh roti, Che tie hanya gunakan bread maker untuk menguli..
2. Masukkan bahan cecair dulu dan diikuti dgn bahan kering. Pastikan yis tidak bercampur dengan gula kerana prosesnya tidak akan begitu menjadi
3. Tekan butang start dan tekan dough. Tunggu hingga siap
4. Keluarkan dari BM dan tumbuk tumbuk kan doh, uli lagi lima minit.
5. Bahagikan kepada dua bahagian sekiranya nak buat saiz regular.
6. tekan dalam dulang pembakar, cucuk dgn garfu dan biarkan 30 minit.
7. Sapukan base dengan sos tomato dan taburkan dengan semua bahan toping
8. Akhir sekali baru taburkan cheese
9. Bakar pada suhu 180' selam 18 minit.
10. Sejukkan dan simpan dalam bekas tertutup untuk mengekalkan kelembutannya.