Monday, December 3, 2012

Donut Gebu

Resepi donut yang ni memang best.Walaupun tak perlu rehatkan doh , namun ia gebuss.. Memang puas hati la bila buat satu adunan. Anak anak Chetie memang penggemar donut.Bila buat satu adunan boleh makan dua kali..Sekali goreng 10 biji cukup le..Yang separuh lagi tu che tie goreng suku masak.Pastu, frozen kan. Bila nak makan , keluarkan aje dari freezer, terus goreng..senangkan? Untuk karipap pun che tie guna kaedah yang sama.Bila dah goreng separuh masak, simpan dalam freezer, bila ada tetamu yang datang mengejut, bolehla goreng ajer..Itupun kalau sempat difrozenkan la..hihihihi







Nampak tak dia punya tekstur...walllah...memang sedap resepi yang che tie ambil dari blogger ctdelima Iaitu dari dapur ct ddelima.com.
Memang ini le resepi terbaik untuk donut yang pernah che tie buat.Memang berbaloi - baloi...ok..kita tengok resepi nya dulu yer Iibu ibu...hihihi

Bahan- bahan :

500 gram tepung gandum
11 gram yis mauripan
1 sudu besar shortening
50 gram marjerin
2 sudu besar gula kastor
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur - dipukul sedikit
1/ 2 sudu teh garam
190 ml air suam 

Bahan lain : gula kastor untuk tabur diatas donut

Cara - cara membuatnya:

1) Tuang air suam , masuk yis , gula pasir , susu , marjerin dan shortening.
2) Kacau dan biarkan selama 8 - 10 minit .
3) setelah yis berbuih, ayakkan separuh tepung gandum terus ke dalam aadunan.Masukkan pula telur yang telah dipukul dan garam.
4) Ayakkan lagi tepung yang selebihnya . Gaul dengan sudu dan uli dengan tangan hingga sebati.
5) Jika menggunakan breadmaker masukkan semua bahan cecair dan diikuti dengan semua bahan kering.Tekan dough dan tekan butang start.
6) Doh boleh terus dibentuk tanpa direhatkan.
7) Terap doh dengan acuan donut.
8) Goreng dan angkat.Toskan seketika dan taburkan gula atau hias la mengikut kreativiti sendiri..
10) Selamat mencuba

●Che tie menggunakan bread maker ..jadi senang le kerja uli menguli ni...hihihi







Thursday, November 29, 2012

Sate mabelles dr ziela


Salam..Kecur liur kan tengok sate bulat dan montok montok ini...takpe..tengok je dulu....







Memang puas hati betul bila makan sate yang besar besar macam ni..Seisiuanya bermula apabila ada satu tragedi waktu che tie buat open house waktu hari raya ari tu..Sate yang ditempah tak dapat sampai tepat pada waktu nya kerana masalah teknikal..hihihi..dan sate gantian pula tidak le begitu menepati selera..harga sate sekarang pun bukan main mahal lagi ..dah banyak yang dijual dengan harga 70 sen secucuk..Kalau saiznye debab tak pe jugak..tapi cekeding je...Jadi, bermula dari situ che tie bertekad untukmencari resepi sate yang sedap..

Bermula la pulak satu citer...panjang citernye..haishhh..byk pulok story mory ari ni..waktu pergi gathering dengan teman lama hari tu..kami buat makan makan la...dia seorang doktor..Namanya Dr ziela..bila sekali ngap sate dia..terus terasa..Ya Allah..baru ari ni aku jumpa yang kena dengan selera..betul betul sedao..kalah le sate yang hebat hebat kat highway tu..hihihi
Nasib baik dia tak lokek..dia bagi resepi sebelum kami berpisah keesokan harinya


Ini la dia tukang bakar sate che tie..Arif ..hahhahah..gardener yang bantu dia ..nampak macam  terror je..jangan rentung sudah le..

Bahan - bahan

5 ekor ayam - diambil isi sahaja
10 batang serai - dikisar kering
1/ 2 cawan ketumbar biji - kisar kering
1/ 4 cawan jintan manis
1/4 cawan jintan putih
 1 sudu besar serbuk kunyit
2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
Sesudu besar garam
3/ 4 kg gula pasir

Cara membuatnya:

1) semua bahan dikisar kering kecuali bahan perisa
2) satukan semua bahan dan gaul .
3) perap sekurang kurangnye 4 jam
4) cucuk di lidi dan bakar sehingga masak

Bahan kuah :
1/ 2 kg kacang tanah- goreng dgn minyak sikit sehingga betul betul garing
1/ 2 keping gula melaka atau gula kerek
Sehiris lengkuas
3 sudu besar cili kering kisar
5 ulas bawang merah kisar
3 cawan santan
Air asam jawa
1 batang serai
Sedikit garam

Cara - cara
1) kisar kacang tanah sehingga agak halis
2) tumis bawang, cili kering, lengkuas dan serai sehingga wangi
3) masukkan santan, garam , gula dan air asam jawa
4) biarkan mendidih dengan api perlahan selama 30 minit..boleh ditambah sedikit air jika ia kering..

Bihun Goreng Singapore


Salam untuk semua .Musim hujan dah tiba. Boleh dikatakan tiap tiap hari hujan ditempat che tie ni..Kuasa dan rahmat Allah...Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa agar kita di jauhkan daripada segala bencana...Ada yang mendapat rezeki berlipat ganda musim tengkujuh ni..tapi ada pula yang tak dapat mencari  rezeki. ..Walau apa pun Allah dah aturkan semuanya untuk kita..Cukup cantik..Cukup indah..Dalam kita sibuk menjalani rutin harian kita ..kita perlu sentiasa ingat kepada Nya yang mencipta kan kita sebaik baik kejadian..

Aik..panjang pulak tazkirah Chetie hari ni ...Sama sama ingat mengingatkan gitu..hihihi..
hari ni just nak share resepi yang mudah banget...simple tapi sedap dan berkhasiat
...Alah biasa biasa jah..bihun singapore...budak sekolah menengah pun blh masak...tapi che tie nak kongsi jugak..ni blh la untuk yang baru kawin..baru nak asah skill masak untuk cik abang gitu...auwwwww...hihihi

Bahan bahan

1/ 2 bungkus bihun
Isi ayam
Udang
3 ulas Bawang merah- kisar
2 ulas bawang putih - ketuk
Sedikit lada hitam- ditumbuk
Sawi
Lobak merah
Garam dan gula
1 sudu besar cuka makan







Cara - cara membuatnya:

1) Tumis bawang putih dan bawawang merah
2) Apabila dah garing, masukkan lada hitam
3) masukkan pula isi ayam dan udang.
4) tambahkan sedikit air dan biarkan isi ayam dan udang masak..
5) Masukkan perisa iaitu garam , gula dan sedikit cuka makan.
6) Masukkan pula sayur sayuran.
7) Akhir sekali , masukkan bihun.kacau rata..
8) Siap untuk dihidang
9) Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang beserta dgn cili potong.

KEK COKLAT CHEESE

Salam dan selamat Petang untuk semua.. Dah nak masuk bulan Disember.. Sekejap aje masa berlalu.. Pelbagai ranjau dan duri kita telah tempohi.. Tup tup dah berlabuh tahun 2012.. Resepi ni chetie dapat dari blog yang terkenal tu.. siapa lagi kalau bukan dari blog Azlita Masam manis tu..Che tie dah buat 3 kali resepi ni.. Memang hasilnya tidak menghampakan.. sedap dan mendapat pujian dari kawan kawan yang makan.. Licin satu biji bila di bawa ke bilik guru tempoh hari .

 


Bahan - Bahan

 

Kek coklat

150 grm mentega
 120 gm gula halus
 125 tepung gandum
 40 gm serbuk koko
 40 gm milo
2 biji telur
70 gm susu pekat manis

 Cara - cara membuatnya :
1. Sediakan loyang 8 inci. Griskan dengan mentega. Che Tie guna loyang yang boleh buka bahagian bawahnye tu..
 2. Panaskan oven pada suhu 170'c api bawah sahaja tau..
3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
 4. Masukkan telur satu persatu
5. Pukul rata dan tutup mixer.
 6.Masukkan tepung yang telah diayak, milo dan serbuk koko. Gaul dengan senduk kayu sahaja
7. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
8. Masukkan adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 170' c selama 30 minit.
9. Bila kek hampir masak, sediakan bahan cheese.


Bahan Cheese

400 gm cream cheese
120 gm gula halus
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

cara - cara membuatnya:

1. Pukul cream cheese dan gula hingga berkrim
2. Masukkan telur satu persatu dan terus memutar.
3. Tambahkan esen vanilla hingga sebati.
4. Ambil sesudu adunan cheese dan letak pewarna hijau dan merah untuk hiasan.ketepikan
5. Tuang adunan cheese ke atas kek coklat dalam loyang tadi.





6.Bolehlah corakkan ikut kreativiti anda sendiri. ( Che Tie buat dua jenis.. 1. Che tie lukis bunga ros dgn daun  dan yang satu lagi Che Tie tambahkan coklat emulco dan lorekkan sarang labah labah  tu.. hihihi
7. Letak loyang lain yang saiznye lebih besar dari loyang kek tadi dan isi air panas di dalamnya ke dalam oven
8. Balutkan loyang kek dengan aluminium foil jika guna loyang yang boleh buka bawahnya
9. Bakar kek pada suhu 170'c selama 45 minit api bawah sahaja
10. Tutup loyang kek dgn kertas aluminium dan bakar algi selama 15 minit..
11. Sejukkan sebelum dipotong


8. Balut

Durian crepe

Phenomena...crepe telah menyerang ..rata rata pakat order durian crepe..Che tie pun mula lah menggodek google..byk betul versi resepi yang dijumpai...tak tahu yang mana satu ok pulak tu...Last sekali..keputusan telah diambil..Akan ku cuba resepi daripada Azlita masam manis..atau kak Ita..yang sentiasa che tie percaya dengan hasil kerjanya...hihihi Hanya guna empat jenis tepung sahaja..tapi mabelles jugak... Cara meng crepe jugak tak susah sebenarnya..cuma kena pastikan crepe yang dibuat tu nipis..kalau crepe tu tebal..kurang ummmmpppphhhh
Crepe: Bahan - Bahan: 40 gm tepung gandum 40 gm tepung ubi 20 gm tepung kastard / tepung hoen kwee 20 gm tepung jagung 1 biji telur grade A 1 sudu besar minyak jagung 130 ml susu segar 50 ml air 1 sudu besar gula halus pewarna kuning Bahan lain Isi durian secukupnya Krim sedikit garam Cara membuatnya: 1. Ayak semua jenis tepung 2. Campurkan bahan lain dan kacau rata 3. Tapis adunan 4. Sediakan pan untuk mula meng' crepe' 5.sapukan sedikit minyak pada kuali. 6. Ambil sesenduk adunan dan dadarkan 7. Apabila dah siap mendadar semua adunan, sediakan krim dan isi durian 8. Pukul krim hinnga kental dan bertanduk 9. Lapiskan krim,letakkan isi durian dan alas semula dengan krim 10. Lipatkan dan bungkus seperti bantal. 11. Sejukkan di dalam peti ais.

Wednesday, November 28, 2012

ROTI JALA

Pagi pagi che tie dah sediakan roti jala..Kena buat cepat cepat dan awal awal pagi..Aiman start kelas pukul 8.00 pagi..Kena sarapan dan bawa bekal sekali kerana kantin tak dibuka ..Musim cuti sekolah..Ada kelas selama 3 minggu.Terima kasih la kepada para cikgu yang sanggup turun ke sekolah demi anak bangsa...Jasamu di kenang..Dah lama tak buat roti jala sebenarnya..hinggakan Anis kata dah lama sangat mama tak buat roti jala...oklah..tup tup tanpa planning..bangun pagi tadi terus ambil tepung dan bancuh...senang je pun..hihihi..cuma kali ni buat multicolour...meriah gitu..
Ok kita semak resepi sempoi ni.. Roti Jala Bahan - bahan 2 cawan tepung gandum 3 cawan air 1 biji telur 2 sudu besar tepung kastard Sedikit garam Pewarna ikut citarasa 2 sudu besar marjerin- cairkan Cara : 1) Campurkan semua bahan dan tapis 2) Kirai menggunakan non stick pan 3) lipat ikut bentuk yang disukai Kari Ayam: 1/2 ekor ayam 2 sudu besar rempah kari daging 2 biji kentang - potong 6 1 batang lobak merah 4 ulas bawang merah - dikisar 1/2 inci halia 2 cawan santan cair Garam dan gula secukup rasa Air asam jawa Cara - cara : 1.) tumis bawang kisar dan halia 2) masukkan remaph kari.Biarkan hingga pecah minyak 3) masukkan ayam yang telah dipotong kecil 4) masukkan ubi kentang dan turip periuk 5) Biarkan sehingga air ayam kering dan masukkan santan. 6) masukkan garam , gula dan ais asam jawa 7 ) masukkan lobak merah 8 ) biarkan mendidih dan boleh lah dihidangkan dgn roti jala..

Thursday, November 22, 2012

Kerutup Ayam

Salam...Begitu pedih dan sedih bila mengenangkan Palestine... Begitu menyayat hati..Tak sanggup rasanya melihat berita berita terkini tentang kezaliman Israel.Kenapa mereka ini terlalu kejam.Adakah kerana perbezaan agama mereka bertindak ganas dan liar diluar batas batas kemanusiaan? Sungguh menyayat hati..Dalam dok sibuk mengikuti perkembangan terkini, dari bumi Palestine..seperti biasa kena jugak siapkan juadah untuk anak anak makan tengahari..Tapi hari ni masak special sikit..Kerutup Ayam dan nasi beriani..Macam biasalah..anak anak bila bau je je nasi tgh menggelegak..semua turun ke dapur." Mama masak nasi apa hari ni?.macam nasi beriani je...Adoiii...tahu tahu je deria bau anak anak ku ...Maklumlah dah biasa sangat dengan bau bau macam ni..jawab si Arif..hmmm..dia ni sorang memang la..taste tinggi..huhuhu..kesian mama dia..hihihi RESEPI ini juga dah di sent kepada teman baik nun di U.K..Semoga dia akan pulang dgn membawa segulung phd..demi anak bangsa dan ummah.. BAHAN BAHAN 1 ekor ayam -potong 12 dan dibersihkan 2 sudu besar rempah kerutup 6 ulas bawang merah dikisar 1 inci halia dikisar 1 sudu besar cili kering kisar Rempah 3 sekawan 1/2 kg santan pekat Sedikit air asam jawa 4 biji kentang - bersihkan dan dibelah dua Garam dan gula melaka atau gula Sedikit minyak utk menumis
1. Tumiskan rempah 3 sekawan 2.sukkan bahan kisar. Kacau sehingga wangi dan masukkan rempah kerutup 3.Biarkan sehingga pecah minyak dan masukkan ayam. 4.Tutup periuk dan biarkan sehingga air agak kering.Masukkan ubi kentang 5.Masukkan santan dan tambahkan sedikit air jika perlu 6.perisakan dengan garam , gula , air asam jawa 7.Masukkan kerisik. 8.Biarkan kuah mendidih dan pekat. 9.Hidangkan bersama nasi putih , nasi briani ataupun di makan bersama roti putih.

Pizza

Yeaaaa... Cuti sekolah dah pun berlalu selama dua minggu.. Macam macam aktiviti yang dirancang. Selain dari aktiviti jalan - jalan, aktiviti makan makan pun sudah semestinya. Bagi anak anak , ini lah masanya untuk mereka request macam macam daripada mama mereka. Kiranya musim cuti sekolah ni kiranya treat untuk mereka makan makan dan jalan - jalan.. amboiiii!.. Mama la yang penat melayan macam macam kerenah .. En suami pula sibuk la hujung tahun ni. Bulan Disember dan Jun adalah bulan yang paling sibuk bagi nya.

Hari ni chetie nak kongsi resepi pizza yang senang dan mudah. dah buat satu  biji sbb jadikan saiznya XXL.. Licin terus satu biji. Sekali ngaaap je oleh anak anak dan en suami yang kebetulan baru balik opis hari tu.. hihihi.. Seronok le tgk diorang makan...



Ada lagi gambar yang lain. Tapi blm pandai transfer dari galaxy note II yang en suami baru hadiahkan..hihihi..
Kita check dulu bahan - bahannya ye...Terima kasih kepada ros dari www.jintanmanis.com dalam blognya bukan sekadar masakan untuk resepi ini..

Bahan - bahan :

Untuk Doh :
250 gm tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( chetie guna planta)
110 ml air suam atau susu segar suam
5 grm yis


Untuk topping :
sedikit sos tomato
lada benggala - potong dadu
tomato - potong dadu
oregano
cheese ( mozarella dan cheddar )
mayonis dan sos cili
sosej yang telah direbus- hiris nipis
isi ayam yang telah direbus

Cara:

1. Buat doh roti, Che tie hanya gunakan bread maker untuk menguli..
2. Masukkan bahan cecair dulu dan diikuti dgn bahan kering. Pastikan yis tidak bercampur dengan gula kerana prosesnya tidak akan begitu menjadi
3. Tekan butang start dan tekan dough. Tunggu hingga siap
4. Keluarkan dari BM dan tumbuk tumbuk kan doh, uli lagi lima minit.
5. Bahagikan kepada dua bahagian sekiranya nak buat saiz regular.
6. tekan dalam dulang pembakar, cucuk dgn garfu dan biarkan 30 minit.
7. Sapukan base dengan sos tomato dan taburkan dengan semua bahan toping
8. Akhir sekali baru taburkan cheese
9. Bakar pada suhu 180' selam 18 minit.
10. Sejukkan dan simpan dalam bekas tertutup untuk mengekalkan kelembutannya.





Tuesday, October 23, 2012

Moist Choc Cake

hmmmm.. This is the first time I want to share my secret moist chocolate recipe.. hihihi.. Ok..Chetie dapat resepi ni dari seorang kawan sewaktu zaman matrikulasi dulu.. Kiranya dah hampir 16 tahun telah berlalu.. Tapi resepi ni tetap mendapat sambutan hangat bila chetie buat...Senang dan simple.. Kadang tu malas jugak kalau banyak sangat bahan pelik pelik yang nak kena cari ye.. Nak nak bagi orang yang tinggal dikawasan pedalaman.. agak susah la nak dapatkan bahan - bahan yang pelik di kawasan luar bandar..Tapi kalau kat bandar, seronok je bila nak buat kek  atau kuih.. macam macam ada.. naik rambang biji mata...







hmmmmm.. look very tempting? Perasan la pulak.. Tapi apa yang che tie nak bagitahu, kek ni memang best.. Tq utk kak fiza waktu matrikulasi dulu yang sanggup share this lovely recipe...A million of thanks!!!





Bahan - bahan :

250 gm mentega
1 1/2 cawan gula kastor
5 biji telur gred A
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar ovalette
sesudu kecil esen vanila

choc paste
1  cawan serbuk koko van houten
1/2 cawan gula
1 cawan air masak/ susu segar / whipping cream

- satukan bahan coklat ni dan letakkan di tepi

Bahan toping:
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
secubit garam
3 sudu besar minyak jagung

Cara membuatnya :

1. Panaskan oven pada suhu 180 ' selama 10 minit
2. Alaskan loyang dgn kertas minyak dan sapukan dengan marjerin atau lebihan mentega pada pembalut tadi
3. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan ringan
4. Masukkan telur satu persatu sehingga habis.. Masukkan juga esen vanilla
5. Apabila sebati , masukkan pula tepung yang telah diayak berselang seli dengan coklat paste sehingga habis
6. Masukkan ovalette dan kacau hingga sebati
7. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar sehingga masak. (80 minit)

Cara buat toping:
1. panaskan air dalam periuk
2. dalam mahgkuk lain, satukan bahan toping..
3. tutup api ..dan masukkan bekas toping kedalam periuk.. Kacau perlahan - lahan hingga adunan toping sebati
4. Tuang atas keatas kek sewaktu kek masih panas.
5. Hiaskan mengikut kreativiti sendiri.



Sunday, October 21, 2012

Siakap Stim Limau Nipis

Hi!.. I' m back.. Minta maaf le banyak banyak ye.. Sangat tidak sempat nak update blog.. Byk sangat agenda dan kekangan sejak kebelakangan ini.. ok..Tiap tiap hari chetie masak.. cuma tak sempat nak update blog je.. Hari ni chetie nlak share resepi yang cukup simple .. Siakap stim.. Ingat pantun lama - lama tak? Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama lama mencuri... hihihi.. Tapi makan ikan siakap ni memang best.. Keenakan dan kelembutan isi ikannya....  fuh!.. kurus semangat..






Bahan - bahan:

seekor ikan siakap saiz sederhana.. bersihkan dan lumur dgn sedikit garam
- masukkan dalam mangkuk yang tahan panas

Bahan Kuah:

3 Inci  halia - potong halus dan memanjang
3 ulas bawang ptih - ketuk
1 labu bawang besar - belah 8
1 biji cili merah - potong
2 biji limau nipis
daun sup dan daun bawang
1 biji buah tomato - belah 6
sedikit garam dan gula
minyak untuk tumis

Cara - cara membuatnya:

1) Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, halia dan bawang besar
2) masukkan 2 cawan air
3) masukkan garam , gula, buah tomato dan biarkan hingga mendidih
4)  Perahkan limau nipis dan tutup api.
5) Biarkan kuah sehinnga suam
6)  Tuangkan  ke dalam mangkuk yang berisi ikan tadi
7) taburkan cili potong dan daun sup dan daun bawang
8 ) kukus lebih kurang 10 minit di dalam periuk kukus yang telah di panaskan sebelum sediakan kuah tadi
9) Angkat dan hidangkan bersama nasi putih...

Tuesday, July 17, 2012

PULUT KUNING MEMBAKAR SEMANGAT

Salam untuk semua rakan bloggers dan jugak rakan rakan yang sentiasa mengunjungi blog che tie ini.. Hari ahad lalu che tie telah membuat surprise untuk en suami sempena bday beliau.. Happy besday my beloved en suami.. Biasa nya Che Tie selalu membuat kek atau membeli kek untuk bday beliau.. Kali ni rasa macam saja je nak bagi dia touching sikit... ( maklum lah umur dah makin meningkat ni, kita kena lah letak baja lebih sedikit agar CINTA yang telah lama di bajai makin mekar dan mewangi.. hikhikhik.. Amboi... bercakap pasal cinta pulak kita hari ni ye.. Ok.. Tadi waktu kat tempat kerja.. ada seorang ustazah tu.. baik dan sangat mesra dengan Che Tie.. Nama dia Ustazah Rozlina atau nama panggilan manjanya.. kak Leen... Dia tanya "Bila gok Tie nok  sebut namo kak Leen sekali dalam blog tu?" Haaa.. Kak Leen.. ni dah sebut la.. Jangan main main.. Sebut sungguh dah ni...Ok lah banyak pulak citer kita hari ni ye :)

Che Tie nak bagi resepi pulut kuning yang Che Tie masak dengan pressure cooker ahad lalu..Sambil tu kita tinjau dulu gambar gambarnya....





Bahan - bahan :





1 kg beras pulut - bersihkan dan direndam bersama dengan sedikit serbuk kunyit dan asam keping selama 10 minit
2 gelas air

1 gelas santan pekat - masukkan garam dan gula secukup rasa

Cara cara membuatnya:
1) masak pulut bersama dengan air dengan menggunakan  setting "high pressure" selama 3 mint
2) Apabila periuk tekanan dah berbunyi, buka penutup dan masukkan santan pekat. Biarkan selama 3 minit.

3) Apabila dah masak keluarkan dari periuk dan masukkan dalam loyang atau bekas untuk membuat bentuk yang disukai atau boleh terus dihidangkan bersama dengan rendang atau kari ... ikut kesesuaian la ye!...






Wednesday, July 4, 2012

PUDING KARAMEL LAICI

Sedapnya kalau dapat makan puding  karamel laici kalau puasa ye... hikhik.. lecur air liur kalau tengok gambar ni..Resepi ni memang sedap sebab menggunakan banyak telur.. tambah pulak dengan  rasa laici ..mmmm... senang je masuk dalam tekak.. Okey.. puding ni che tie buat beberapa hari lepas.. tapi baru sempat nak pos hari resepinya.. kita tengok dulu gambarnya. Ramai yang berpuasa sempena Nisfu Syaaban hari ni..

Bahan - Bahannya:

10 biji telur
1 tin buah laici - Asingkan buah dan air
1/2 cawan gula untuk karamel
1/2 cawan gula untuk puding
1 tin susu cair
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla


Cara - cara membuatnya :

1. ambil gula untuk karamel, tuangkan kedalam loyang dan buka api perlahan. Kacau perlahan - lahan sehingga menjadi karamel. Tutup api .Biarkan keras dalam loyang
2. Pukul telur , gula dan esen vanilla sehingga telur agak kembang.
3. masukkan susu cair dan air laici.
4. kacau hingga sebati
5. Tuangkan kedalam loyang tadi dan kukus selama 10- 15 minit.
6. Bila dah masak, terbalikkan puding tadi agar karamelnya berada di atas.
7. Susun laici di atas puding tadi.


LALA LEMAK CILI API

Lala ..lauk wajib setiap minggu. Memandangkan semua anak suka makan lala. Samaada di tumis pedas , masak bersama sos tiram atau masak lemak. Tapi Chetie jarang masak lemak cili api lala. Sekali sekala boleh lah tukar selera.

Bahan - bahan :

1 kg lala
1/2 inci kunyit hidup
8 biji cili api
3 ulas bawang merah
1 batang serai - diketuk
2 cawan santan
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya :

1. Tumbuk halus kunyit hidup, bawang merah dan cili api.
2. Tumis bahan tumbuk, masukkan serai sehingga wangi
3. masukkan santan, garam dan gula.Biarkan sehingga mendidih.
4. Akhir sekali, masukkan lala..
5. Biarkan seketika sehingga lala masak (warna kekuningan dan sedikit terbuka )

SOTONG BLACKPEPPER

Salam untuk semua. Hari ni baru berpeluang untuk update blog... Cikgu Norzakiah jiran kat dalam bilik guru menanya .. bila nak update blog? Hari ni baru rajin nak buka laptop. Suasana di tempat baru , berjumpa kawan kawan baru, adalah merupakan lumrah dalam hidup chetie.Sampai pencen la memang hidup berpindah randah. Walau apapun " I'm happy with my life" Okey, kita teruskan dengan resepi kita pada hari ni.. Sotong blackpepper.. Senang dan ringkas 2
Bahan - bahan : 1/2 kg sotong putih 2 inci halia - hiris nipis 1 labu bawang holland - belah 6 5 tangkai cili kering - potong 2 satu sudu besar lada hitam - kisar kicap pekat manis daun sup capsicum @ cili hijau 3 ulas bawang putih - diketuk Cara membuatnya : 1. Tumis bawang putih, bawang besar, cili kering dan halia hingga wangi 2. masukkan sotong putih. Biarkan seketika. 3. Masukkan lada hitam , kicap manis. Biarkan sehingga agak kering 4. Akhir sekali masukkan capsicum dan daun sup. 5. Boleh dihidangkan bersama nasi putih atau nasi beriani.

Wednesday, May 16, 2012

Acar limau

Assalamualaikum wrt...apa khabar semua? Chetie ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua kawan kawan yang berada di seluruh Malaysia.....Rasanya macam - macam acara yang dirancang untuk memeriahkan sambutan pada setiap tahun.....berbalik kepada resepi kita yang chetie nak sangat kongsi hari ni..resepi tradisional dari orang utagha.walaupun chetie tak berapa gemar makan acar ni tapi encik suami sangat menyukainya..digandingkan kan dengan nasi panas..melotup..hihihi

Resepi ni chetie dapat daripada salah seorang helper yang kerja kat rumah..mak dia punya acar..emmmm..mabeleos..Nama resepinya ialah acar limau nipis..sesetangah orang dah gerun kalau mendengar namanya..proses pembuatannya agak rumit..sebab tu ramai yang tak sanggup nak buat..





ACAR LIMAU


Bahan -bahan

1 kg buah limau nipis
Pucuk jambu batu

-rebus dengan air yang banyak dan masukkan barang tembaga cthnya suduatau senduk tembaga..selama 2 hari .Rebus sebanyak 10 - 12 kali setiap hari..tujuan letak tembaga ialah untuk kekalkan warna hijau limau supaya tetap cantik.

Bahan lain
15 ulas bawang merah - dikupas,dicuci dan rendam dalam cuka
1 labu bawang putih- sama sprt bwg merah tdi
Setengah jengkal halia- cuci,hiris secara memanjang dan rendam dalam cuka
15 tangkai cili kering.- bersihkan dan buang biji
Segenggam bijan
1 sudu besar biji sawi
1sudu besar jintan manis dan jintan putih
Jeruk buah buahan,kismis,prunes
Gula pasir,gula melaka,garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1)sangai bijan.Angkat dan ketepikan
2)sangai biji sawi.Angkat dan ketepikan
3)sangai jintan.Angkat dan kisar halus
4) Tuangkan secwan minyak didalam kuali, goreng cili kering.angkat dan kisar halus
5) Toskan semua bahan yang direndam di dalam cuka..goreng satu persatu(bawang putih,bawang merah dan halia)
6) Ambil sedikit bwang merah , bawang putih dan halia yang telah digoreng- kisar halus.
7) Tumis bahan kisar (bwg, halia dan cili kering) hingga garing.Masukkan cuka yang telah dugunakan untuk merendam bahan bahan tdi.
8) Masukkan bawang merah , bawang putih dan halia yang tidak dikisar.
9) Masukkan gula putih secukupnya(1/2 kg),sedikit gula merah dan sedikit garam.
10) Biarkan mendidih.Masukkan bijan,jintan kusar, biji sawi, jeruk buah buahan.
11) Biarkan seketika dan akhir sekali masukkan limau nipis yang telah dibelah dua tanpa putus.
12)Biarkan mendidih seketika. Dan tutup api.
13) sejukkan dan masukkan ke dalam balang kaca.

Ayam masak lemak cili api

Salam pagi khamis untuk semua yang berada di luar sana.. cuaca dua tiga hari ni sentiasa mendung dan redup.. Jadi tuan empunya badan pun agak sejuk la...Semalam adalah merupakan hari guru. ianya disambut dengan penuh kemeriahan di seluruh pelusuk tanah air.Guru tidak mengharap kan hadiah dan penghargaan daripada pelajar nya. Cukuplah dengan ucapan terima kasih dari pelajar.. bagi seorang guru , hadiah yang terbaik ialah pelajarnya dapat mengemudi hidup mereka sendiri pada  masa akan datang.. Teringat zaman che tie sekolah dulu, guru yang paling che tie sayang ialah Cikgu Syafie yaakob. sekarang ni beliau menjadi pengetua di sebuah sekolah Menengah di daerah Besut, Terengganu.. Beliau begitu hebat di mata che tie.. Kerana dialah juga sumber inspirasi Che Tie.. Akhirnya anak didiknya menjadi seorang guru juga.Alhamdulillah

Ok lah, hari ni Che Tie nak kongsi satu resepi yang agak simple.. ayam masak lemak cili api.. Banyak cara untuk masak lemak cili api ni.ada kaedah tumis dan ada kaedah terus rebus.


 Hehehe.. yang ni satu je picture ayam masak lemak cili api.. dalam periuk tembaga laaaagi... Kata kawan yang duduk kat UK sana,, dia tak dapat nak masak sebab takde priuk tembaga..Apa - apa je lah cik Rashidah sri  oiii... hahaha

 Bahan  - bahan:

1/2 ekor  ayam - dipotong kecil
1/2 inci kunyit hidup
7 biji cili api- secukup rasa lah (ikut kepedasan yang dikehendaki)
2 batang serai - dititik
Santan pekat
2 biji ubi kentang
2 ulas bawang merah
cili besar hijau
Garam dan gula secukup rasa
2 keping asam keping


Cara membuatnya :

1. Tumbuk lumat bawang merah, kunyit hidup dan cili api
2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi  bersama serai tang telah dititik.
3. masukkan ayam,garam ,gula dan asam keping. Masukkan juga ubi kentang yang telah dukupas dan dibelah 4. Tutup periuk seketika sehingga air ayam kering.
4. Masukkan santan dan biarkan seketika..
5. Perisakan secukup rasa..
6. Masukkan cili hijau yang dibelah 2..
7. Tutup api.. bolehlah dihidangkan bersama nasi.








Sedap tak nampak ketupat sotong tu?.. saje je paste kat sini... Che Tie akan masukkan dalam ntri yang lain... hihi...saja je Che Tie ni kan...


Thursday, May 10, 2012

MEE KUAH Versi Pantai Timur

Selamat Tengahari semua..Semoga hari yang indah ini akan terus memberikan sinar untuk kita semua..Pagi ni Che Tie nak berkongsi satu resepi yang sangat mudah dan simple untuk semua. Mee kuah versi pantai Timur.. Nak panggil mee sup pun tak berapa kena sebab Tak guna rempah sup langsung..

Che Tie suka menggunakan periuk tembaga apabila memasak kari, sup dan makanan yang berkuah. Rasa umpppp...





Bahan - bahan :

1/2 kg mee kuning - dibersihkan dan ditos
3 ulas bawang putih - dimayang
2 ulas bawang merah - dimayang
sedikit lada hitam - dibersihkan dan di tumbuk
isi ayam
10 ekor udang
sotong
1 sudu besar cuka
1 biji buah tomato - dibelah  6
1 biji cili merah - dipotong
sedikit sawi
garam dan gula secukup rasa

Cara - cara membuatnya:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah
2. Masukkan lada hitam
3. masuukan isi ayam , udang dan sotong
4. Biarkan seketika dan masukkan air secukupnya
5. apabila air telah mendidih, masukkan gula , garam dan cuka makan secukup rasa
6. masukkan sayur- sayuran ( sawi,buah tomato dan cili merah )
7. Masukkan mee dan bolehlah dihidangkan

SAMBAL PAUH /MANGGA MUDA

Salam Jumaat semua.. Pagi yang indah..Dah lama betul tak bersiaran.. Mohon maaf kepada follower.. ada masalah teknikal sikit.SEbenarnya sibuk dengan urusan pindah . dari Pahang ke Perak. Bila dah pindah ke tempat baru ni, banyaklah benda dan urusan yang perlukan perhatian.Sebenarnya banyak sangat resepi yang tertangguh untuk di publishkan.. sabar ye!. Hari ni kta start dengan yang paling mudah dulu.. tapi melotup eh.. Hehehe.. Namanya Sambal mangga muda...fuh! mesti tak cukup nasi punya..
Bahan - bahan: 2 biji mangga muda - dikupas kulit dan diracik racik panjang 1 ekor ikan kembung- saiz sedang (direbus dan diambil isinya) 4 biji cili api ( ikut citarasa) sedikit garam Cara membuatnya: 1. Tumbuk cili api dengan garam 2. Masukkan isi ikan dan mangga 3. tumbuk hingga isi ikan dan mangga muda tadi mesra.. pecah - pecahkan sedikit buah mangga tadi 4. Boleh dimakan bersama nasi panas..